Resepi Bangkit Cheese Lemak dan Gebu

Rabu, April 07, 2021

Jika ditanya pada saya apakah kuih raya kegemaran saya, saya akan jawab kuit tart nanas dan bangkit keju (bangkit cheese). Saya punya suka sampai gigih cuba belajar buat sendiri. Sebab beli rasa tak puas. Kalau buat tu, dapatlah banyak sedikit untuk dimakan berulang-ulang. Saya memang sejak kenal kuih bangkit keju, dah tak berpaling dah! Suka benar akan rasanya yang lemak-lemak, teksturnya yang gebu, lembut dan cair di mulut. Bulan bukan raya pun saya mahu makan bangkit keju. 😁

Inilah kuih bangkit keju saya. Buat satu adunan sahaja konon-kononnya biskut kunyah-kunyah pra-Ramadan.

Resepi Bangkit Cheese | Resepi Bangkit Keju



Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 250g mentega
  • 180g gula aising
  • 2 butir kuning telur
  • 250g tepung ubi - disangrai seketika sekitar 10 minit.
  • 225g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 50 - 75g parutan keju Cheddar / 50g serbuk keju parmesan. Pilihan keju ini bergantung kepada kalian. Jika ingin rasa yang lemak-lemak, gunakan parutan keju Cheddar. Jika ingin ada rasa masin keju, gunakan serbuk keju Parmesan. Parutan keju Cheddar untuk ditaburkan di atas permukaan biskut.

Bahan untuk sapuan atas biskut:
  • 1 butir telur kuning
  • 80 - 100g parutan keju Cheddar


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Satukan dan gaul rata semua bahan kering - tepung ubi, tepung jagung, serbuk penaik dan garam.
  2. Pukul mentega dan gula aising sehingga berkrim. Seterusnya masukkan, kuning telur, pukul lagi sehingga sebati sebelum dimasukkan parutan keju Cheddar. Pastikan bahan-bahan ini tergaul sebati.
  3. Setelah itu, masukkan bahan kering dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Canai doh dan terap doh menggunakan acuan berbentuk bunga. Susun di dalam loyang yang sudah dilengser.
  5. Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur parutan keju di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 - 20. Jangan lupa panaskan ketuhar pembakar terlebih dahulu untuk dapatkan pembakaran yang lebih sempurna.

Sedap betul aroma yang berlegar-legar di dalam dapur ketika biskut bangkit keju ini sedang dibakar. Tersengih-sengih saya seorang diri ulang alik mengintai biskut ni. Apabila sudah siap, tak sempat tunggu biskut betul-betul sejuk di atas redai, terus sambar untuk minum petang. Lawan dengan secawan latte panas memang asyik!


Insya-Allah, bulan puasa nanti hajat hati hendak cuba buat bangkit cheese ikut resepi Azlina Ina pula. Resepi ini saya peroleh melalui perkongsian di Facebook. Setahu saya resepi-resepi yang dikongsikan oleh Puan Azlina ini memang sedap dan menjadi.


Resepi Biskut Bangkit Cheese Azlina Ina


Bahan-bahan:
  • 500g butter / majerin pelangi
  • 350g gula aising
  • 3 biji kuning telur
  • 500g tepung ubi - goreng tanpa minyak 15minit atau jemur
  • 400g tepung jagung
  • 50g serbuk santan
  • 50g serbuk badam
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 150 parutan keju cheddar

Cara penyediaan:
  1. Satukan semua bahan2 kering dan gaul rata
  2. Mix butter dengan gula aising hingga kembang.
  3. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati
  4. Masukkan cheddar parut dan gaul sebati
  5. Masukkan bahan2 kering sambil uli sedikit2 sampai jadi doh
  6. Canai dan terap
  7. Bakar pada suhu oven 170 masa selama 15-20minit


Apakah kuih raya kegemaran kalian? Jangan lupa kongsi di bawah ya.

23 ulasan

  1. Favorite saya pun tart nenas! Cornflakes madu! Cornflakes madu tu kalau buat seminggu sebelum raya, tak sempat tunggu raya. Habis dulu HAHAHAHA. Duk masuk mulut je kerjanya hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, cornflakes madu tak boleh kira sebagai biskut raya sebab bila dah siap buat ... tak sempat tunggu raya dah habis 😂

      Padam
  2. Suka pakai parutan parmesan. nak rasa kruk kruk sikit

    BalasPadam
  3. Hampir setiap tahun isteri saya membuat kuih raya untuk dijual. Antara kuih yang biasa dibuat ialah kuih tat dan kuih coklat cip.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, bestnya! Semoga tahun ini rezeki Fairus dan isteri melimpah ruah dengan tempahan kuih raya 😊

      Padam
  4. eh sama favourite kita, tart nanas. Bangkit cheese pun sedap juga. suka kuih bangkit melting dalam mulut :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, bab melting dalam mulut tu yang asyikkk 😊

      Padam
  5. awal mama yuri buat kuih raya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih raya ni sebenarnya excited makan masa sebelum raya hahaha

      Padam
  6. sedapnya.. cair kat mulut dan ranggup cheesenya

    BalasPadam
  7. wak pon sukak kuih biskut tart.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada biskut tart, susut sedikit keriangan raya 😊

      Padam
  8. Rajin betul buat sendiri. Hehe suka juga tapi belum rajin untuk buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab dah teringin sangat, NA. Tu yang gagahkan diri utk buat tu 😊

      Padam
  9. pergh!! sedapnya.. tambah bau yang keluar semasa biskut dibakar.. pergh!! Wanginya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau tu yang buat makin tak sabar nak makan! 😊

      Padam
  10. omgggggg sedapnyaa! i love this too

    BalasPadam
  11. Terimakasih untuk resepi ni sis :) Hee

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.