Jumaat, 9 April 2021

Terima Kasih, Dik Atiqah Najihah

Assalamualaikum. Kali ini cerita tentang balang bibir merah yang baru saya terima semalam. Bulan lepas saya ada sertai Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah. Alhamdulillah,  saya memulakan April dengan senyum sengih kerang busuk apabila dapat tahu yang saya terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk giveaway ini.

Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang ialah satu jar Mouthgasm Crunchy sama ada perasa Mocha atau Macchiato

Sebenarnya hadiah telah sampai kelmarin lagi. Atiqah sudah beri siap-siap tracking numbernya tetapi dek kerana sibuk sedikit dua tiga hari ni, saya betul-betul terlupa tentang Mouthgasm Crunchy saya. Kebetulan pula petang semalam memang tiada di rumah. Semalam baru terdetik untuk periksa. Biru muka sekejap sebab status delivered tetapi tiada sebarang bungkusan pun yang ditinggalkan.

Baru sahaja hendak telefon J&T untuk tanya di mana kakitangan mereka tinggalkan parcel saya, jiran sebelah rumah dah laung laung nama saya ajak ngedate dekat tepi pagar. Itu tandanya ada surat atau bungkusan saya yang sesat sampai ke rumahnya. 

Alhamdulillah. Si balang bibir merah selamat sampai ke pangkuan saya. 😍

Mouthgasm Crunchy. Mix of Chococrunch and Cookies in Mocha Chocolate.

Sebelum ini snek dalam jar sebegini saya pernah rasa yang perasa coklat sahaja. Dapat yang Mocha, extra teruja sedikit. Meh tengok isi di dalamnya. Ada biskut dan butir-butir comel Chococrunch.



Dari segi rasa, memang betullah seperti yang Atiqah cakap, sedap. A bit sweet for me tetapi tidaklah sampai manis melampau tu. I enjoyed the mocha flavour as well. Cuma orang tua macam saya ni tak bolehlah hendak lupa diri makan banyak-banyak. Puas nak laksanakan misi membunuh kalori pula nanti hehehe

Kepada Dik Atiqah, 

Terima kasih banyak-banyak untuk Mouthgasm Crunchy ini. Alhamdulillah, berpeluang akak merasa. Akak doakan semoga Atiqah dikurniakan kelapangan dalam hidup dan diganjarkan rezeki yang tidak putus daripada Allah. Terima kasih juga kerana rajin datang singgah dan tinggal komen di blog akak.


Giveaway anjuran Atiqah ini memang sudah tamat. Tetapi peluang untuk kalian mengenal si cantik manis ini masih terbuka luas. Ringan-ringankan jari untuk klik pautan blog di bawah ya.


Blog Atiqah Najihah


12 ulasan:

  1. Bolehlah tahu rasa macam mana daripada prnerangan Farrah.
    Tahniah menang.

    BalasPadam
  2. Yeay alhamdulillah selamat sampai walaupun salah sampai rumah jiran hehehe.
    Terima kasih kak farrah sudi join giveaway saya yang kecik tu <3

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. tahniah kak.. mengancam betul dia punya gambar tu..

    BalasPadam
  4. Btw kak farrah, terima kasih atas wish akak :)
    Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga kata kata yang baik yang akak wishkan untuk saya melantun kepada akak jugak ^.^

    BalasPadam
  5. tahniah diatas kejayaan ini. keep it up!

    BalasPadam
  6. alhamdulilah..
    cekelat tu nampak tempting sgt hahha

    BalasPadam
  7. Aiyo.. Mana ada tua kak. Tahniah menang GA!

    BalasPadam
  8. wah, bestnyaaa.. tahniah kak :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.