Khamis, 22 April 2021

Terima Kasih, Shida Radzuan

Assalamualaikum w.b.t.

Menulis entri ini dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Gembira sebab dapat hadiah. Hadiah apa? Haa ... baru-baru ini saya ada sertai Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog. Alhamdulillah, apabila Shida umumkan pemenang giveaway, saya merupakan salah seorang daripada 7 pemenang hadiah cabutan bertuah. 

Rezeki Ramadan kali ini, saya dapat sebiji bantal kusyen Leyna dan sekeping kad raya SRB. ♪♩ Riang hatiku badan bertuah! ♪ ♪  Eh, ternyanyi pula!

Kelmarin, Shida hubungi saya sebab semasa beri details saya lupa beri nombor telefon sekali. Shida hendak pos hadiah. Adoi, acik Farrah! Semakin ketara simptom-simptom tuanya. 🥴 Maafkan akak ya, Shida.

Semalam, apabila dengar bunyi hon van adik Poslaju di hadapan rumah, saya dah mula sengih. Hadiah saya dah sampai! Semakin lebar saya tersengih apabila kotak bertukar tangan.


Setelah masuk rumah, sengih dah  macam menyeringai dah sebab excited sangat. Maklumlah dapat hadiah kusyen Leyna gebu gebas ini.

Kad Raya Pertama 2021

Sebagaimana terujanya saya hendak mengirim kad raya pada tahun ini, begitu jugalah terujanya apabila menerima kad hari raya. Yeayyyy! Ini kad raya saya yang pertama untuk 2021.


Terima kasih banyak-banyak, Shida atas hadiah dan kiriman kad raya ini. Akak doakan agar rezeki Shida tidak akan pernah putus malah berlipat ganda dan sentiasa diberkati Allah. Semoga dikurniakan kelapangan dan kesihatan yang baik sepanjang Ramadan agar dapat merebut peluang mendapatkan ganjaran hebat bulan mulia ini.

Siapa-siapa yang belum mengenali Shida, bolehlah berkunjung ke Blog Shida Radzuan di sini. Jangan lupa untuk follow, baca entri-entri Shida dan tinggal jejak ya.

10 ulasan:

  1. Wah..dah sampai bantal. Semoga tidur lebih lena kak Farrah. jangan tak bangun sahur plak

    BalasPadam
  2. wow,tido lena lah malam ni,ki3
    Papepon tahniah sis

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah selamat sampai.

    BalasPadam
  4. Tahniah kak. Bestnya dapat bantal. hehe

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Tahniah kak farrah. Seronok dapat hadiah hadiah best tu. Semoga melimpah ruah rezeki Shida juga. Aaminn...

    BalasPadam
  6. best tuuuuu hadiahnyaaa tahniah tau! jgn kasi yuri nmpk tau nnt dia nk tumpang 'sebulu' hehehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.