Assalamualaikum. Salam sejahtera. 😊
Sebenarnya kering idea hendak menulis apa. Tahun ni tak sempat buat tutorial kraf kertas kad raya DIY. Jadi, saya kongsikan progress kad hari raya saya jelah. Saya pernah cerita mengenai misi kad raya di sini.
Mungkin kerana tahun ini saya asyik 'bergelumang' dengan junk journal, saya teringin nak hasilkan kad raya bertema vintage. Kad ala-ala scrapbook dengan tema junk journal. Dalam kepala dah dapat bayang dah, tapi tak pasti apabila dah siap nanti jadi tak seperti yang dirancang.
Sewaktu suarakan pada Bott, Bott suruh fikir dua tiga kali sebab bimbang saya tak dapat siapkan kad-kad saya. Kad ni macam banyak proses sedikit. Kalau setakat sekeping dua tak mengapalah, tapi saya nak buat banyak. Dia sarankan buat something yang simple je sebab saya ada komitmen penting kena selesaikan bulan ni dan masa saya terhad.
Fikir-fikir ... campur tolak darab bahagi semua ... boleh kot. 🤔 Buat perlahan-lahan. Setiap hari curi masa untuk siapkan satu bahagian. Hari ini potong kad, esok tulis sentimen, lusa tampal hiasan-hiasan ... lama-lama siaplah. Beria-ia saya plan dalam kepala.
Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan seperti yang dirancang. Antara proses awal kad raya saya: