Projek Kad Raya 2021 Selesai

Jumaat, Mei 07, 2021

Ingat lagi tentang projek kad raya saya? Boleh baca mengenainya di sini dan di sini. Alhamdulillah, hari ini saya sudah boleh senyum lebar-lebar. Semua kad raya yang saya buat sudah siap ditulis dan dipos. Tinggal kad-kad untuk beri by hand atau letak di dalam hamper raya sahaja yang masih ada dalam simpanan saya.

Proses karang ayat hari raya untuk batch kad yang terakhir.

Kad Hari Raya Syawal 1442


Pagi tadi sempat menghantar trip kedua (dan terakhir) untuk dipos. Berdasarkan tarikh akhir yang diberi oleh pihak Pos Malaysia, insya-Allah akan sempat sampai sebelum raya. 😀

Bersedia untuk dipos


Kalau ikutkan hati ...

Alhamdulillah, dalam pada saya bimbang tidak sempat siapkan kad raya, saya berjaya hasilkan sebanyak 39 keping. 1 keping koyak sebab tiba-tiba Yuri sakit hati dengan panel kad yang tegak tu. Sampai koyak dia buat main. Setiap proses dari mengecap sentimen, potong dan lipat kad, tampal hiasan sehinggalah ke proses percik gold paint, saya yang buat sendiri. 100% usaha saya. Bott langsung tak boleh tolong!

Maaflah andai kad bertema junk journal atau scrapbook ala ala vintage look ini tidak menepati selera kalian atau tak ada feeling kad raya biasa. Yang penting, saya dah bersungguh hendak hantar sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan hahaha. 

Selain itu, apa yang paling menggembirakan ialah saya berjaya hasilkan kad-kad ini menggunakan barang dan bahan yang sedia ada dalam bilik kraf. Yeayyy! Kejayaan peribadi di situ. Tak keluar satu sen pun. Keluar kos untuk setem sahaja.

Mudah-mudahan kad raya ini akan selamat sampai ke pangkuan si penerima. Jika diikutkan hati, ramai lagi yang saya ingin titipkan kad lebaran. Tetapi, kudrat saya terhad dan saya tidak sempat dapatkan butiran untuk tujuan pengeposan. Ada segelintir teman-teman yang sehingga ke hari ini tidak beri alamat surat-menyurat kalian walaupun saya sudah tinggal komen di blog atau hantar e-mel. Jadi, saya hormat pendirian kalian yang mungkin ingin menjaga privasi masing-masing. Anggaplah saya layangkan kad di atas secara maya ya. Ingatan tu dah ada, kan? 😁 


Kad Kalis Air

Berdasarkan pengalaman saya beberapa tahun lalu, kad hari raya buatan tangan yang saya pos ditimpa hujan dan sampai ke tangan penerima dalam keadaan lencun, turun warna turun dakwat segala. Saya memang terlepas pandang mengenai hal ini ketika itu. 

Tetapi, tahun ini dah bijak sedikit. 💡 Saya pakaikan kad-kad saya baju supaya kalau kena hujan pun, kad di dalam akan tetap terpelihara rekaan dan bentuknya. Bagi yang sudah terima, jangan lupa lucutkan ‘baju hujan’ kad tu dahulu, barulah panel utama kad dapat ditegakkan.


Selesai sudah misi kad raya saya tahun ini. Terima kasih kepada teman-teman yang rajin beri sokongan dan idea apabila saya suarakan mengenainya di sini. Insya-Allah ada rezeki tahun depan, kita terus hidupkan budaya hantar kad raya ini sama-sama. Seronok tau!


37 ulasan

  1. wahh sonoknyer kalo dpt kaad raya dari farah camni., ;p

    gigih n tekun utk rakan2 blogger mmg terbaik.,

    BalasPadam
  2. menarik konsep kad raya Farrah..impossible card..

    BalasPadam
  3. Adakah saya salah seorang daripada 39 orang tu? Hehehehe.
    Tapi kad raya kak farrah memang menarik! Apa yang nak dikisahkan sangat kad raya tema junk journal ke scrapbook ala ala vintage, janji 100% dari kak farrah sendiri. Usaha kak farrah buat dah dihargai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya, adinda. Insya-Allah, esok lusa sampailah kad ini ke pangkuanmu. Chewahhh!

      Padam
    2. Yeay! HAHAHAHA terima kasih kak farrah <3
      Saya lupa nak update alamat latest saya, jadi mungkin lambat sikit la hadiah kak farrah sampai ke tangan saya sebab alamat lama tu alamat rumah kakak hehehe. Tunggu weekend baru boleh gi ambil :D

      Padam
    3. Tak pa. Janji sempat reach Atiqah sebelum raya. 😊

      Padam
  4. walaupun tak dapat tahun ni, saya akan tunggu tahun depan. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha insya-Allah, tahun depan kita besarkan sikit skala projek kad raya ya...

      Padam
  5. Tahniah sudah siap buat. Hasil tangan ketelian. Tabik saya pada Puan Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, NA. Alahai, tak perlu tabik-tabiklah... saya potong-potong tampal je :D

      Padam
  6. Faham kegigihan tu. Seronok dapat kad raya exclusive dan limited edition ni. Semoga selamat sampai pada penerimanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, sekarang kita tunggu ke kad-kad tu travel ke seluruh Malaysia :)

      Padam
  7. Tahniah Farrah. Siap juga akhirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Kak Amie. Alhamdulillah, berjaya siapkan. Dah makin semangat nak raya ni!

      Padam
  8. Wah... Ni thn depan bole tempah ke cane ni hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishh... kita buat suka-suka je. Tak capai piawaianlah nak open order hahaha

      Padam
  9. Rindu nak dpt kad dr sorng member tu.. Nama fara jgk.. Org nama fara ni mmg krratif eh? ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, tak kreatif mana, kak. Yang saya tahu, orang nama Farrah ni 'happy' hahahah.
      Moga kerinduanmu pada Farah yang satu lagi akan terlerai kak. Insya-Allah, kad daripada Farrah yang ini sedang menjejakmu :)

      Padam
  10. Wahhh.seronoknyaaaa.. cantik pulak tuuuu😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi asal ada rupa kad raya tu, jadilah kan... :)

      Padam
  11. bestnya jadi org creative mcm ni.. huhuu and tahniahh .. akhirnyaaa selesai misi kad raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dah boleh excited nak raya hahaha

      Padam
  12. Rindu Zaman-zaman kad raya.. hish la kena buat balik pos kad raya cam dulu-dulu ni..

    BalasPadam
  13. nak tempah untuk raya tahun depan boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi alamak, segan pula saya sis nak tempah-tempah ni 😊

      Padam
  14. aaaahhh sioknya buat projek kad raya ni. dah lama tak buat camni huhu dulu rajin buat, siap ada list nama dan alamat penerima yakni rakan2 alam maya.. mudah2an ada rezeki buat projek kad raya next year

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... feeling buat senarai nak bagi kad kat siapa tu yang mahal hehehe insya-Allah, tahun hadapan kita buat projek kad raya sama-sama :)

      Padam
  15. habis tu yuri saya kena babab lah kan?

    sian yuri.... hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.