Kad Raya - Kanda SS

Ahad, Julai 12, 2015

Scheduled Entry - Saya tak de di rumah hari ni :)

Antara kad raya terawal yang saya terima tahun ini dilayangkan jauh dari selatan. Siap pakai poslaju lagi! Sekarang ni, adik poslaju nak kejar apa tak tahulah,.. memang orang ada rumah ke,.. tak de rumah ke, dia dah siap-siap tulis slip poslaju, berhenti depan rumah dan letak dalam letter box. Style apa tah! Bukan sekali dua, dah banyak kali!

Bayangkan saya yang bersaiz 'sukar untuk tidak dinampak' ni memang tengah tercokoh depan rumah menyapu lantai. Dia selamba je turun van letak slip dalam letter box dan,...(guna ayat novel jap) BERLALU PERGI! Memanglah jarak antara rumah saya dan pagar agak jauh, tapi tak adalah sampai tak boleh nak deliver.

Dah dapat slip, hanya boleh claim keesokan harinya. Bayangkan sepanjang malam berteka-teki fikir daripada siapa. Rupa-rupanya daripada Kanda SS a.k.a Mbak Jambu! Kad untuk Cekebon pun ada!

Fresh keluar dari sampul. Terus snap masuk IG =)


Kad suci tulus mulus from SS
Thanks so much, SS! 
Terima kasih atas ingatan. Moga Syawal tahun ini lebih happening dan vavavooom! Time bersuka-ria tu, ingat-ingat saya kat sini. Nanti balik raya, kirim salam pada GIRLFRIEND SS tau! Harap-harap bonda  SS sentiasa sihat dan ceria. Take the greatest care of yourself too! Flying kiss 7 kali!

 

Cekebon Feeling-feeling Dapat Kad Raya

[Cekebon & SS in a nutshell
Sebelum ini, Cekebon memang biasa dengar tentang SS sebab apabila ada masa terluang, saya akan bacakan cerita-cerita travel SS yang menarik pada Cekebon. Cekebon sampai gelar SS Malin Kundang sebab entri SS menjejak Malin Kundang tu antara entri favouritenya. 

Hubungan 'dua hala' mula wujud apabila Cekebon sakit dan dimasukkan ke ICU. SS selalu titip pesan dan doa buat Cekebon. Selalu tanya keadaan Cekebon. In a way, it helped a lottt especially time Cekebon penat sakit, malas makan ubat, malas nak berpantang. Saya akan bacakan mesej-mesej SS dan rakan-rakan blogger yang lain. Sedikit sebanyak Cekebon jadi lebih bersemangat. Of course nalurinya tersentuh bila tahu orang-orang keliling ramai yang sayang and care tentang dia. 

Pada masa yang sama Cekebon selalu pelik dengan kisah saya dan rakan-rakan blogger yang boleh exchange stories, kirim-kirim hadiah walaupun tak pernah bersua muka. Long story short, SS ni kira anak angkat maya Cekebon lah. Kisah Cekebon & SS boleh baca di sini.


Balik dari pejabat pos, Cekebon tanya surat apa? Dapat hadiah dari kawan blogger ke?

"Surat ibulah."

Dengan muka hairan, dia pandang sampul surat putih. Ambil magnifying glass khas (Cekebon ada glaucoma) dan baca tulisan yang tertera dekat sampul.

"Cekebon. Ni mesti kawan blogger akak ni."

Saya diam dan perhatikan je.

Setelah beberapa ketika, ada senyuman lebar di wajahnya, followed by tears.

"SS! Ingat dia kat ibu. Kak, ni ada sampul raya. Ibu dapat duit raya daripada SS lah." 

Amboiiii! Cerianya Cekebon! Berhati-hati dia buka sampul raya tu. Sambil tu mulut sempat mengomel marah saya pergi pejabat pos tak tolong pos kad raya SS. (Heheheh,..manalah Along tahu Bon nak pos apa-apa...tengok relaks je.)

That was her first hari raya card and her first duit raya. So, rasa-rasanya boleh bayangkan apa yang berlaku lepas tu kan? :) Banjir air mata!

Kad raya SS utk Cekebon.

Uishhh! Entri ni kalau panjang sikit lagi dah boleh buat tesis! Anyway, boleh terjah blog SS - Scdha Sein Photo & Travel atau baca tentang Kanda SS di sini:

 Psst! Birthday SS nak dekat!


52 ulasan

  1. First... Rasa nak maki laju2 posmen yang buat angkara tu... Tapi sabar... Bulan puasa... Tak bulan puasa pon kena sabar jugak... Ha Ha Ha...

    Kedua... SS senyum baca entry ini...

    Ketiga... Dalam masa yang sama SS sebak... Tentang kisah 'awan pilu' disebaliknya... Tak penting untuk diceritakan di sini...

    Tolong bagi Cekebon rest2 aje ek... Jangan biar dia buat keja berat2...

    Thank you my dear Ceketed... Muahhhhhh!

    And... I Love you Cekebon... He He He...

    BalasPadam
  2. Hihihihi...Yes,..kita sabar...walaupun tak sabar sangat. Kedua, aipppp! Tak mo sebak2. Nanti sesak nafas pulak. Kisah 'awan pilu' tu memang utk kita-kita aja :)

    Lastly, I am the one who should thank you. Ada SS dlm dunia terhad Cekebon buat life dia tambah warna-warni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM sarakan SS pegi beraya di rumah cikgu Ceketed tahun ni..ada BRAN!!! jumpa Cekebon!!! mesti sweet sgt situasi tu

      Padam
    2. SS senyum baca komen Jay Emm nih... Senyum tanpa sebab... Tapi nak senyum... Keh Keh Keh...

      Padam
    3. setuju Sis JM punya cafdangan hihihi

      Padam
    4. setuju jugak dengan cadangan kak JM.. hehehe..

      Padam
    5. Amboi, ramainya penyokong cadangan Sis JM!
      Saya pun senyum. Nak taip komen,.. senyum lagi.
      Jauhlah! Kesian SS nak travel. Lagipun, bukan ke SS kena bertemu empat mata dgn Sis JM dulu? :)

      Padam
    6. alaaaa....x jauh lah dak Farrah....kalau nak seribu daya hihihih

      Padam
    7. Kita yang dekat lebih kurang senegeri pun tak jumpa lagi sis,..apa lagi SS yang jauh di selatan :)

      Padam
  3. ishh...geram lak dengan org pos laju tu...ye lah kalau nak 'laju sgt pun tgk dulu, ada org ke tidak kat umah...kalau bak kata dak Farrah "size tidak sukar utk di nampak" tu hihhi...tunggu lah sekejap...satu keje lak nak ke pos laju g tuntut..ishh...cam nk komplain je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. I selalu kena p tuntut barang kat pos laju.. malas nak tekan intercom kat office ni panngil org turun ambik parcel.. klu currier lain siap naik atas hantar barang, n pastikan selamat sampai.. ni kadang slip pun masuk longkang.. basah2 pun ambiklah nak tgk parcel sapa punya.. sedih!

      Padam
    2. oh..ingat saya je kena..tu sebab kalau ada apa-apa bagi alamat office.biar unit courier yang receive

      Padam
    3. Itulah yang geramnya. Lately selalu kena. Geram gak. Kalau memang betul2 kita tak ada di rumah tak apalah.

      Padam
  4. menitis air mata baca statement ni ""SS! Ingat dia kat ibu. Kak, ni ada sampul raya. Ibu dapat duit raya daripada SS lah." dan sambil bayangkan reaksi muka Cekebon tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel tu memang comel. Touching pun ada. Faham-fahamlah dengan penyakit dia, dunia Cekebon a bit terhad. So, sekali sekala ada something yang buat harinya extraordinary, excitedlah Cekebon!

      Padam
  5. Hehe bertambah lagi koleksi kad raya

    BalasPadam
  6. tak sabar nak balik rumahh... nak tengok kad raya siapa yang dah sampai

    BalasPadam
  7. dh tak rmai buat pos kad ni...moga kita jelah kembalikan nostalgia lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang indahnya. Kita sama2 hidupkan balik budaya berbalas kad ni :)

      Padam
  8. salam ramadhan, untunglarr dpt kad raya tuu ;p

    BalasPadam
  9. ayat yg cekebon tu ekin boleh bayang sitiuasinmuka cekebon hihihi..

    sedih baca entri ini...

    kirim salam kat Cekebon . ucapan Selamat Hari Raya Cekebon.. Raya tahun ni ekin balik Kelantan hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Nanti akak sampaikan. Kirim salam pada ma Ekin juga. Semoga raya ni kesihatan ma Ekin bertambah baik :)

      Padam
    2. Balik raya aritu kesihatan ma ekin x berapa ok lg la... pening2 tu ada lg... tak boleh penat buat keje, tido tu dlm xleh panas...

      Padam
  10. hubungan yg specel antara ibu blogger dengan blogger.. bukan calang2 relationship yg terbina w/pun just blogging.. terharu plak... Kita tak sangka kan, dlm2 tak pernah bersua muka, kita masih ambik berat akan satu sama lain..

    BalasPadam
  11. Kak Farrah, surat cinta I xsampai lagi ke? kenapa johor sampai dulu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wehhhhh! Johor jugakkkkk di bangkit2nyeeee... Kah Kah Kah... Selangor banyak tol laaaa.. Keh Keh Keh...

      Padam
    2. Sampai dah,..saing2 johor gak. Tapi terperap! Huhuhuh

      Padam
  12. Sebak baca entri ni..mesti cekebon happy sgt2 dapat kad raya dari SS :) Semoga Cekebon sentiasa diberi kesihatan yg baik... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn. Thanks atas doanya, Cik Mimie. Memang Cekebon happy sangat. Akak intai2 gak kalau malam2 dia mengigau sebut nama SS...hahah kalau camtu dah parah dah tu :)

      Padam
    2. Hahahaha..kalau ngingau sebut nama SS..kena paggil mbak jambu duk umah Kak Farrah la..teman Cekebon..hehehe

      Padam
  13. ni mesti kes nak keja siap cepat.. nak jimat masa.. sabar jelah kalau jumpa macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak cepat siap kerja. Kena pasrah je lah :)

      Padam
  14. tetiba berair mata bila baca apa yg farrah citerkan kat atas....sy boleh bygkan mcm mn keadaannya....semoga cekebon dan SS sentiasa dirahmati Allah....aminnnnnn

    BalasPadam
  15. pasal adik poslaju ~ kat umah aida ni beriya-iya tekan hon lori.
    walaupun tgk confirm umah tu takde org hi hi hi :)
    mcm2 peel diorang ni ekk...

    BalasPadam
  16. amboi so suwit la kekanda ss kak farrah ni ye
    heheheh
    siap pakai po laju lagi
    tapi tula pny malas nak tggu kan
    takde panggil ters kasi surat cinta tu
    nak suh p amek kat dorang lak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak pergi mengadap tu yang jenuh. Kalau dekat sebelah rumah je tak pelah kan ;)

      Padam
  17. wah cekebon dpt duit raya,, sweetnya kanda ss ni :)

    BalasPadam
  18. Comel sangat hubungan Cekebon dengan SS

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.