Kad Raya 1437 - Sis Jari Manis

Ahad, Julai 03, 2016

Entri penghargaan kad raya kali ini buat warga Putrajaya yang manis jelita. Siapa lagi kalau bukan Sis Jari Manis kesayangan ramai! Kad Sis JM saya terima bersama kad-kad raya yang lain pada Rabu lepas. 


Inilah kadnya. Cantik kan...dan yang paling mahal ada duit raya! Heheheh. Sebenarnya melalui Sis JM saya dah belajar banyak perkara. Antaranya budaya hantar-hantar kad nilah. Pertama kali saya ke blog akak manis ni, saya kagum tengok Sis JM dah sediakan berkeping-keping kad raya, sampul dah siap bersetem tinggal nak ditulis nama dan alamat penerimanya sahaja.  Terus saya excited dan dapat idea untuk hantar kad pada kawan-kawan blogger

Dari kecil, saya suka sangat dengan tradisi hantar dan balas kad raya. Dulu-dulu sibuk kira siapa antara kami tiga beradik yang paling banyak dapat kad raya. Tetapi dengan beredarnya masa, orang hantar e-card, hantar sms, budaya kad ni makin hilang. Saya minta alamat daripada kawan-kawan pun, diorang gelak cakap, "Tak payahlah nak bazir duit Farrah, kau sms je." Hmmm, tak bestlah sebab tak feel ;)

So, sejak tahun lepas saya mula hantar kad raya pada kawan-kawan blogger sebagai tanda ingatan pada mereka. Tahun ni pun! Kira inspired by Sis JM lah ni.

Thanks so much for the card, Sis
Terima kasih juga untuk ang pau raya. Mengekek Cekebon tengok saya dapat ang pau. 
Jangan lupa beriang ria lebaran ini. Enjoy yourself but at the same time, jaga diri baik-baik tau!


20 ulasan

  1. betul.. dulu Akak JM lah orang first yang hantar kad raya kat CT.. sebab time tu CT brani tegur dia sorang dulu ehehe.. baru la kenal kakak2 lain.. =)

    BalasPadam
  2. bagusla hidupkan budaya ni.. kalo dulu kat kampung kita gantung kad2 raya kat dinding rumah.. tapi skrang orang tak buat dah..

    BalasPadam
  3. wah ! duit raya.. semoga terus murah rezeki untuk akak berdua... aminnn

    BalasPadam
  4. Jay Emm pon inspired SS jugak utk hantar kad raya.... Tiap2 tahun dapat! Love u...

    BalasPadam
  5. Waaah .. Siap dapat ang pau lagi.. Bestnyaaa :D

    BalasPadam
  6. da balik Penang.. sob sob.. xde banyak dapat kad pun tahun ni =(

    BalasPadam
  7. banyak juga kad raya tahun ni akak dapat kan? heheh.. tu la nak sekarang zaman moden dah tak ramai hantar,jadi apa kata kita yg mulakan dulu.. saling tukar-tukar,kalau ada kesempataan la.hehe

    BalasPadam
  8. waaaaaaaaaa, kak JM pun kasi kad raya!! syoknya. rugi pula dah lama x blogwalking. dah lama x tahu berita pasal akak-akak sekalian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amy J..ke mana menyepi..dah habiskan study..so buat pe skrg ni..dh keje?

      Padam
  9. ahakss..trharu tau baca entri ni..muahhh Farrah

    BalasPadam
  10. Nak jugak kasi juga tapi tulah , busy + tak ada mood nak beraya kalau belum tiba 1 syawal hehhe

    BalasPadam
  11. Ekin pun dapat kad raya dari sis JM dapat lepas raya serentak kad raya yang lain

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.