Resepi Air Coklat Panas

Isnin, Mac 27, 2017

Saya penggemar air coklat panas. Selalu minum malam-malam time cuaca sejuk atau ketika berjaga siapkan kerja.  Di bawah ini, resepi air coklat panas pekat kawww kegemaran saya.

Air coklat pekat dan lazatttt!

Resepi Air Coklat Panas | Resepi Air Koko Panas

Portion untuk 2 orang atau 1 mug besar untuk seorang 😆


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan susu (Full Cream/Fresh Milk/Low Fat) - Jika mahu lebih sedap, gunakan susu full cream
  • 20 - 25 gram dark chocolate. Saya suka air coklat yang strong rasa kokonya. Jika kalian suka yang lebih manis, gunakan milk chocolate. Coklat apa? Terpulang. Ikut citarasa masing-masing. Saya guna Ghirardelli Dark Chocolate yang kandungan cocoanya 60%. Guna Beryl's pun sedappp!
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • secubit garam

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Didihkan susu di dalam periuk. Apabila susu dah mula panas, masukkan dark chocolate. Pecahkan kepada serpihan kecil terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan serbuk koko. Gunakan whisk dan kacau sehingga coklat dan serbuk koko larut.
  3. Biarkan mendidih selama 1-2 minit supaya kanji kokonya masak. Akan ada buih-buih di permukaan air coklat, sendukkan dan buang. Jika mahu, boleh tapis air coklat menggunakan penapis ketika dituang ke dalam mug/cawan.
  4. Akhir sekali, taburkan secubit garam dan kacau menggunakan sebatang sudu. Ini bertujuan untuk menaikkan lagi rasa air coklat/koko kita.
  5. Sedia untuk diminum!
Selamat Mencuba!


35 ulasan

  1. Saya lebih suka hot coco dari nescafe! hehehe.
    tapi jarang sangat beli air coklat ni haih. thanks for the recipe though.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat sendiri, Syed boleh adjust rasa ikut selera :)

      Padam
    2. Tak perlu sebab dah ada manis daripada susu dan coklat. Tapi jika kurang manis, bolehlah tambah sedikit gula.

      Padam
  2. sedapnya coklet panas...rasa tenang je kalau dapat hirup
    JanjiKita

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Salam. Baca resepi akak pun dah tahu sedap, nanti nak cuba lah, mana gaji bleh berniaga hehe, kalau mldifyy resepi akak ni buat milkshake chocolate sejuk sesuai tak kak? Sedapnyaaaa. 😋😋😋

      Padam
    2. Wsalam, Adi. Maaflah, akak lambat reply. Baru sempat nak jengah blog. Kalau nak modify buat milkshake chocolate, akak cadangkan Adi blend dengan aiskrim chocolate/vanila. Adjustlah kemanisan ikut cita rasa. 😊 kalau ada rezeki buat niaga, jangan lupa bagi akak rasa 😊

      Padam
  4. Baca resepi pun dah boleh imagine sedapnya hot choco tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi belum rasa lagi tu kan,...dah minum memang terangkat!

      Padam
  5. wah sedapnya, menarik resepi homemade hot choco nie :D
    best minum kalau musim hujan2 :)

    BalasPadam
  6. dah terasa hujung lidah..ni kalau musim hujan, lepak petang weekend sambil baca buku. heaven OK!

    BalasPadam
  7. Rajinnya Farrah buat hot choc buatan sendiri :)

    BalasPadam
  8. memang sedap hot chocolate...dulu pernah minum cadbury hot chocolate

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. dua cawan pun boleh,..meh datang sini, saya jamu :)

      Padam
  10. Assalam kak , baca tajuk , terus rasa manis kat lidah

    BalasPadam
  11. sejak sejak kebelakang ni dah kurang sikit dengan coklat more to coffee

    BalasPadam
  12. Saya suka minum susu coklat tak kira yang panas atau sejuk.

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Memang boleh sangat! Kalau nak lagi best, lepas sediakan air ni, bekukan separuh dalam ice tray. Nanti bila dah jadi ice cubes, masukkan ke dalam air coklat yang selebihnya. So, bila ais tu cair, rasa air tetap kekal, tak jadi tawar :)

      Padam
  14. saya guna jenama ven houten yg serbuk tu. pure coklat 100%. sedapp sangat...

    BalasPadam
  15. Kalau x guna dark cholate tu tukar ke serbuk coklat boleh ke sis ? Serbuk coklat yg sedap pula ap ye sis ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf Sha, ambil masa untuk balas. Boleh. Tak ada masalah. Jika mahu boleh guna serbuk coklat Cadbury yang dijual dalam botol ungu tu. Tidak pun, abaikan dark chocolate, guna sahaja serbuk koko jenama Van Houtten atau Delfi.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.