Resepi Overnight Oat - Strawberry and Peanut Butter

Isnin, Mac 20, 2017

Assalamu'alaikum,

Selamat Hari Isnin! Selamat kembali bekerja dan mulakan minggu baru.

Saya cuti hari ni. Paksa diri untuk jengah tower sekejap. 
Lama terbiar sepi.


Hari ini nak kongsi satu resepi overnight oat (OO). Memang sekarang, saya lebih gemar makan OO untuk sarapan. Dulu-dulu, saya buat oat dengan air panas dan susu. Tabur kismis dan sedikit serbuk kayu manis. Sekarang, semua nak mudah, nak cepat,..jadi OO menjadi pilihan. Malam sebelum tidur, masukkan bahan-bahan dalam botol/bekas/mason jar,...esoknya bangun pagi, buka peti sejuk dah ada OO sedia untuk dimakan.

Resepi pertama OO yang ingin saya kongsi - Strawberry and Peanut Butter 



Resepi Overnight Oat - Strawberry and Peanut Butter

Bahan-bahan yang diperlukan: 

  • 1/2 cawan instant oat/rolled oat
  • 1/2 cawan susu segar/penuh krim/rendah lemak
  • 3 biji strawberi (dihiris)
  • 1 sudu kecil peanut butter

Cara-cara Penyediaan:
  1. Masukkan oat, susu dan peanut butter ke dalam botol/mason jar/bekas minuman.
  2. Kacau hingga sekata.
  3. Masukkan hirisan strawberi.
  4. Tutup botol/mason jar/bekas minuman dan dinginkan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Keesokan harinya, nikmati OO dengan senyum lebar. Jika OO agak pekat, tambahkan sedikit susu. Ikut citarasa nak pekat atau cair sedikit.
Ini antara OO pilihan utama saya. Saya suka kombinasi masam manis buah strawberi dengan rasa lemak peanut butter. Yummehhhhh! Oh, bagi yang baru mula nak berjinak-jinak dengan oat, saya cadang masukkan satu sudu teh madu supaya rasanya manis sedikit. Bolehlah tambat selera. Macam saya, manis strawberi dan peanut butter tu pun dah memadai.


Tips untuk Olah Resepi Overnight Oat:
  1. Jika ingin something crunchy, taburkan sedikit kacang walnut/badam yang telah dibakar.
  2. Ada chia seed? Tambahkan 1 sudu teh chia seed bersama bahan-bahan di atas sebelum disejukkan.

Selamat Mencuba!


Psstt!! Terima kasih buat yang sudi datang, tinggal komen meskipun saya sunyi lama. Insya-Allah, saya akan buat kunjungan balas. Jangan risau ye,...


27 ulasan

  1. Balasan
    1. Memang sedap nikmati oat begini compared to the traditional way :)

      Padam
  2. nmpak sedap..boleh cuba ni..thanks sudi berkongsi

    BalasPadam
  3. Wah..sedap ni..mrs pip pun suka mkn oat, tapi oat panas ditabur bersama milo dan sedikit susu manis. Nak cuba juga nnt resepi farrah ni.

    BalasPadam
  4. tapi tu lah.. nanti belioat hangat2 ta*& ayam je.. *lap peluh*

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kalau buat OO ni insya allah konsisten makan oat..hehehe

      Padam
  5. dah lama teringin nak cuba..thanks share resipi

    BalasPadam
  6. kalau rajin, sy buat. kalau x rajin... hrmmm

    BalasPadam
  7. Rose ada beli oat haritu ingat nak buat juga overnight oat. tapi, tak terbuat sebab takut nanti makan sikit je.. hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan buat banyak2. portion yang sesuai untuk kita breakfast 1/2 cup oat :)

      Padam
  8. Salam ramadhan kak! Hehe
    Saja google resepi overnight oat,jumpa pula entri ni. Tengah cari resepi yg mudah & tak banyak bahan.

    BalasPadam
  9. salam sis, kalau susu segar tu ditukarkan dengan susu tepung tapi bancuh dulu lah susunya. rasa-rasanya okeyh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tak ada masalah. Bancuh siap2 susu ikut cita rasa :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.