Memaparkan catatan dengan label Hidup Lebih Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidup Lebih Sihat. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 27, 2022

Salad Ringkas Baby Butterhead dan Kruton

Antara daun salad kegemaran saya ialah baby butterhead. Baru-baru ni semasa singgah Lotus’s untuk beli barang, jumpa daun salad ni di bahagian reduced to clear. Murah. Keadaan masih okey dan segar lagi. Saya pun ambil beberapa pek.

Sementara baby butterhead yang dibeli masih elok dan boleh dimakan, saya sediakan salad ringkas seperti bawah ini. Ada kruton yang saya buat beberapa hari lalu. Masuk sekali sebagai bahan tambahan untuk extra crunch

Baby butterhead salad with croutons

Isnin, Januari 31, 2022

9 Makanan Membantu Mengurangkan Nafsu Makan

Awal-awal tahun ni, saya masih gigih dan berkobar-kobar lagi jaga pemakanan, pantau aktiviti fizikal. Maklumlah hujung tahun lepas banyak lupa diri (baca: lupa kawal makan, lupa exercise) Esok lusa tidak tahu lagi. Harap-harap saya dapat terus konsisten.

Sekarang, masalah utama saya ialah selera makan yang tidak terkawal. Mulut tu asyik hendak mengunyah sahaja. Kadangkala bukan lapar pun, tapi mulut terlebih sunyi. 🤣

Jadi, mulalah episod saya menyusun balik pola makan. Gali balik tips dan ilmu pemakanan yang boleh dipraktikkan semula. 

Di bawah ini, saya ingin kongsi bersama-sama kalian beberapa makanan yang boleh dimasukkan ke dalam diet harian kerana makanan-makanan ini dapat mengekang selera selanjutnya membantu mengurangkan nafsu makan. Tidaklah terlajak makan nanti.


Natural Appetite Suppressants

Selasa, Ogos 31, 2021

Idea Snek Sihat Selepas Makan Malam

Biasa tak selepas makan malam, terasa macam hendak makan snek atau sesuatu yang ringan? Sebenarnya tabiat ini memang A BIG NO dan perlu dihindar sama sekali. Pengambilan makanan yang berlebihan pada waktu malam akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita kerana dekat dengan waktu tidur. Biasanya waktu-waktu begini tubuh tidak lagi aktif melakukan kerja.

Tetapi, kalau dah teringin sangat tidak ada masalah untuk makan sedikit. Jangan ambil makanan berat pula. Pilih untuk nikmati sesuatu berupa snek sekadar untuk alas perut.

Di bawah ini ada perkongsian idea snek selepas makan malam (kredit kepada @movingdietitian) yang boleh disediakan. Bahan-bahan yang digunakan boleh membantu kita untuk rasa lebih berisi (agak mengenyangkanlah jika dibandingkan dengan makanan ringan seperti cip kentang atau aiskrim.) dan tidak akan terlalu 'menghukum' atau 'membebankan' tubuh. Yang penting, jaga portion

Isnin, Ogos 23, 2021

Resepi Lempeng Oat dan Pisang

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsi resepi sihat lempeng oat dan pisang. Lebih kurang seperti lempeng pisang biasa tetapi lempeng yang ini versi rendah kalori kerana kita guna oat. Bagi yang tercari-cari idea bagaimana untuk memasukkan oat dalam hidangan atau menu harian anda, lempeng oat dan pisang ini sesuai untuk sarapan atau minum petang. Bukan sahaja mudah disediakan, malah lempeng ini berkhasiat dan mengenyangkan.


Lempeng Oat dan Pisang

Resepi Lempeng Oat dan Pisang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji pisang bersaiz besar (+/- 280 - 300g). Jika guna pisang yang bersaiz sederhana atau kecil, tambah bilangan pisang. Lebih masak pisang lebih baik kerana kita akan peroleh manis daripada pisang ini.
  • 2 biji telur
  • 1 cawan rolled oats
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 - 3 sudu besar susu (optional)
  • secubit garam
  • sedikit minyak kelapa, minyak sayuran atau mentega untuk lengser kuali leper

Rabu, Julai 07, 2021

Wak Garmin Sudah Habis Nyawa

Minggu lepas, kurang pasti hari apa ... dalam pada saya sibuk merampungkan urusan harian, saya perasan juga yang jam penjejak aktiviti kecergasan agak senyap berbanding biasa.

Lazimnya, banyak notifikasi yang masuk. Saya baca Whatsapp pun selalu melalui jam sahaja. Hari tu memang hening sehening-heningnya. Tetapi, saya tidak syak apa-apa sehinggalah saya terdetik untuk periksa jumlah tapak saya.

Kosong! Langsung tiada paparan skrin. Bateri habis? Peliklah juga sebab baru beberapa hari sebelumnya saya caj jam saya. Apasal tiba-tiba jam mati ni? Cuba caj semula, tiada apa-apa perubahan. Skrin masih hitam. 

Lama jugalah sel-sel otak ni ambil masa nak hantar input yang jam saya sudah rosak. Oh, sedih! Wak Garmin saya sudah kehabisan nyawa rupanya.

Inilah Wak Garmin saya (Garmin Fenix 3 HR). Hadiah hari jadi pemberian adik lelaki saya. Sudah kurang lebih empat tahun Wak Garmin ni berbakti.

Khamis, Jun 24, 2021

Kacang Kuda dalam Menu Sihat Anda

Assalamualaikum.

Ada tak dalam kalangan teman-teman saya di sini yang gemar makan kacang kuda? Biasa tak masukkan kacang kuda dalam diet dan menu harian kalian?

Kacang kuda mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin dan mineral, kacang kuda selalu jadi pilihan sebagai sumber berkhasiat dalam pelbagai jenis diet. Antaranya, diet rendah glisemik, diet suku-suku separuh dan clean eating. Tetapi, bagi pengamal diet rendah karbohidrat, tidak bolehlah ya. 


Antara resepi kacang kuda yang pernah saya kongsikan di blog ini ialah:


Sandwic Kacang Kuda

Isnin, Januari 25, 2021

Dark Roasted Coffee Almond Butter

Assalamu'alaikum. Hai semua!

Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang almond butter. Sebelum ini saya biasa makan almond butter yang kosong sahaja. Tukar-tukar dengan peanut butter. Makan dengan toast, overnight oat, timun jeruk. Macam-macamlah. 

Saya biasa beli peanut butter yang tiada campuran garam dan gula. Memang ada satu produk ni yang saya suka sangat. Selalu beli online sahaja. Melalui kedai online inilah saya berjinak-jinak cuba almond butter dan hazelnut butter. Saja buat tukar-tukar selera. 

Sebelum PKP, ketika pergi rumah Cekengah, dia beri sebotol almond butter. Katanya dia beli untuk saya sebab yakin saya akan suka punyalah. Masa baca label, terus muka happy tak boleh nak cover. Ini bukan almond butter biasa. Almond butter ini ada campuran kopi!

Sabtu, Februari 09, 2019

9 Motivasi Supaya Konsisten Bersenam

Entri hari ini saya ingin promote artikel yang saya tulis untuk Thread by Zalora Malaysia pada Disember tahun lepas. Selalunya kita memang akan berdepan dengan pelbagai kekangan kalau masuk bab-bab bersenam ni. Tidak tahulah kalian bagaimana, tetapi di pihak saya memang liat sungguh! Masalahnya, dahlah berat nak bersenam, makan sesedap rasa pula tu. Bayangkanlah, rutin senaman saya hanya sekitar 30 minit ke 1 jam sahaja. Selebihnya, saya cuma kena pastikan saya log in steps around 10 - 12 ribu tapak setiap hari. Itupun bercinta nak capai target!

Apa nak buat? Bagaimana hendak pastikan kita dapat workout secara konsisten. Kalaupun tidak dapat lakukan setiap hari, sekurang-kurangnya 3 - 4 kali seminggu.

Melalui artikel ini, saya kongsikan 9 cara untuk dapatkan motivasi agar kita konsisten bersenam. Ya, motivasi. Clearly, in my case, I need strong motivation to workout. Memang kena betul-betul paksa diri. Once dah mula workout, endorphins dah kicked in, dah OK dah. Nak mula tu yang jenuh!



Antara perkara yang boleh kita buat untuk dorong kita supaya bersenam ialah:

Jumaat, Disember 01, 2017

Disember | Maulud Nabi | Bookdoc Activ Platinum

Assalamu'alaikum.
1 Disember 2017.
Ada 31 hari je lagi untuk kita habiskan 2017. Saya masuk bulan 12 ni mulalah sibuk. Sebelum ni cuti sebulan lebih (sekejap je...tahu-tahu cuti dah habis!). So, now it's time to get back to work!

Apapun, buat kalian semua, selamat melakar bab dua belas untuk 2017. Moga-moga 31 hari yang akan datang ini penuh dengan cerita-cerita gembira dan bermakna. Dapatlah kita tutup 2017 dengan baik. Ada sebarang perancangan istimewa untuk bulan terakhir ni? Any occasion or celebration? Atau ada azam tahun ini yang masih belum tercapai? Sempat lagi nak dijadikan kenyataan 🌝

Khamis, November 30, 2017

Bagi yang Ingin Berjinak-jinak dengan Fitness dan Workout

Salah satu perkara penting yang saya ingin capai pada 2017 ini ialah turunkan berat badan, jadi lebih fit dan lebih sihat. I mean in serious term. Selama ni asyik kata nak sihat, nak makan sihat, nak hidup sihat...tapi saya tak betul-betul komited. Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya lakukan sedikit perubahan dalam gaya hidup demi realisasikan misi hidup sihat saya.

Personally, saya tidak suka bersenam. Semangat nak bersenam tu ada, tetapi MALAS! Lazimnya, niat nak bersenam tu datang masa saya tengah rehat atas katil sudah hendak lelapkan mata. Hahahah! 😜Dan saya suka makan! Bayangkan,..suka makan, suka kunyah-kunyah snek, tak suka bersenam. Pasifnya hidup! Mujurlah, dari segi pemakanan, saya berpantang dan berjaga-jaga juga. Menguruskan diet harian Cekebon, secara tidak langsung saya turut sama mengawal food intake.

Fitness journey saya tidak drastik tetapi saya sedaya upaya cuba untuk konsisten sebab target utama saya - nak sihat, nak bebas penyakit. Apa yang saya lakukan saya kongsi melalui penulisan artikel di ZALORA. Setakat ini saya sudah tulis 3 artikel santai berkenaan penurunan berat badan dan fitness mengikut pengalaman saya. Jadi, siapa-siapa yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti fitness dan workout, boleh cuba baca artikel-artikel di bawah to give you some insights.


Jumaat, Mei 26, 2017

Mi Band 2 - Fitness Tracker Mampu Milik yang Awesome dan Berbaloi!

Assalamu'alaikum. Hari ini saya nak kongsi tentang salah satu fitness tracker yang tengah hot - Xiaomi Mi Band 2. Apa yang hot? Haaa, itu kena baca entri saya sampai habis ye :)

Kita semua tahu, peralatan untuk exercise and fitness bukan murah. It's quite costly. Kalau tak ada ratus-ratus dalam tangan, lupakan sahaja hasrat nak beli. Yes, memang ada equipment, gadjet atau fitness tracker yang boleh diperoleh dengan harga murah. Kita kena bersedialah dengan kualitinya yang crappp! Yang tak semenggah! Or lacking in certain important features.

Tetapi tidak dengan Mi Band 2. Apa yang saya boleh kata tentang fitness tracker yang satu ini -
 Mampu milik dan Berbaloi!


Xiaomi Mi Band 2

Isnin, Mac 20, 2017

Resepi Overnight Oat - Strawberry and Peanut Butter

Assalamu'alaikum,

Selamat Hari Isnin! Selamat kembali bekerja dan mulakan minggu baru.

Saya cuti hari ni. Paksa diri untuk jengah tower sekejap. 
Lama terbiar sepi.


Hari ini nak kongsi satu resepi overnight oat (OO). Memang sekarang, saya lebih gemar makan OO untuk sarapan. Dulu-dulu, saya buat oat dengan air panas dan susu. Tabur kismis dan sedikit serbuk kayu manis. Sekarang, semua nak mudah, nak cepat,..jadi OO menjadi pilihan. Malam sebelum tidur, masukkan bahan-bahan dalam botol/bekas/mason jar,...esoknya bangun pagi, buka peti sejuk dah ada OO sedia untuk dimakan.

Resepi pertama OO yang ingin saya kongsi - Strawberry and Peanut Butter 


Isnin, Oktober 17, 2016

Mulakan Hari dengan Teh Halia dan Lemon

Sejauh manapun addiction saya pada kopi, sekali-sekala saya kena struggle jugak untuk kata tidak pada minuman kegemaran saya ni. Banyak sangat coffee consumption tak elok untuk badan. Almaklumlah, kandungan kopi tu sendiri berasid.

Jadi, pada hari-hari yang saya tidak (more to terpaksa) minum kopi, saya akan mulakan hari dengan secawan teh lemon dan halia. Teh lemon dan halia ni elok tau untuk badan.


Antara manfaat dan kebaikan teh halia dan lemon ialah:

Isnin, Ogos 29, 2016

Popcorn Hangit Siti Yang Menaip

Assalamu'alaikum, selamat memulakan minggu baru. Minggu ni saya boleh rehat lebih sikit sebab hanya akan ada kelas selepas cuti merdeka. :) Sebenarnya hari ini saya nak kongsi satu resepi popcorn yang mudah dan sihat. Bukan popcorn manis berkaramel berkeju berkacang macam Garrett tu tau! Bagi yang suka mengunyah (sampai dagu jatuh) macam saya ni, memang sesuailah buat popcorn ringkas yang kurang manis dan kurang kalori. Ala-ala guilt-free gitu!

Inilah seperiuk bertih jagung yang saya buat pada malam debaran mengharap pingat emas daripada Datuk LCW. Konon-konon Popcorn DCLW lah. Mana datangnya Popcorn Hangit Siti Yang Menaip?

Rabu, Disember 23, 2015

My 20kgs Target

Pertama sekali, semestinya ini bukan target saya. Hahahaha! Saya bab diet dan exercise memang FAIL! Mini board ini saya buatkan untuk salah seorang bekas peserta Jom Kurus 1 Malaysia. Program di bawah Kevin Zahri tu. Walaupun telah tamat musim JK1M, peserta-pesertanya terus gigih ikuti program-program workout dan amalkan cara hidup yang lebih sihat.

Board My 20kgs Target ini adalah sebagai motivasi. A constant reminder kepada tuan punya diri yang berhajat untuk turun 20 kilo demi mencapai berat badan idaman. Berat badan ideal :)

Semasa terima tempahan ini, tuannya requested ASAP. Jadi, saya cuba fikirkan something simple yang boleh dibuat menggunakan bahan-bahan yang ada dalam stok kraf saya. Nak pergi kedai tak sempat. Alhamdulillah, inilah final look board apabila dah siap!

Ahad, April 12, 2015

Gula Tebu Organik Mildura

Dua minggu lepas, saya pergi Cosway. Ada a few things nak beli. Tengah keliling-keliling kedai cuci mata tengok barang, Bott ternampak benda ni,...

Gula Tebu Organik Mildura

Di rumah memang guna gula tebu organik. Rasanya dah nak masuk tiga tahun dah sejak saya dan keluarga bertukar ke gula organik. Ini antara changes yang dibuat (selain penggunaan garam bukit dan beras Herba Ponni Taj Mahal) untuk jaga diet seluruh isi rumah hihihi. Gula tebu organik memang warnanya perang begini sebab apabila perahan jus tebu diambil dan dikeringkan, kandungan niranya (molasses) dikekalkan. Tidak diproses atau dibuang. 

Selalunya pek 900g/ 1 kg gula tebu organik berharga belasan ringgit. Bergantung pada jenama. Paling murah saya jumpa ialah Gula Tebu Organik Hexa RM7.90/900g. Itupun kalau dibeli di 99 Speedmart. Sekarang ni di Speedmart area rumah saya asyik tak ada stok je.

Gula Tebu Organik Mildura ini pun harganya RM7.90 untuk 900g. Tetapi, member entitled to purchase dengan harga RM6.90. Yeayyyyyyy! Paling murah! Paling murah! Berbaloi-baloi!


Ahad, Disember 14, 2014

Buat Sendiri Masker Teh Hijau

Assalamu'alaikum. Happy Sunday!

Pagi-pagi buka peti ais, ternampak uncang-uncang teh yang saya simpan. Ada teh hijau, ada teh biasa. Saya memang tak buang. Simpan untuk letak kat mata bila rajin. Tiba-tiba hari ni datang angin nak manjakan diri. So, saya buat masker teh hijau untuk muka.

Masker Teh Hijau

Masker teh hijau elok untuk mengecilkan pori pada wajah. Gandingkan dengan bahan-bahan lain seperti tomato, strawberi, lemon atau madu, kita boleh dapat kulit yang lembut dan segar lepas pakai masker ni. Kalau tumbuh jerawat batu, tepekkan je teh hijau supaya jerawat tu lebih cepat mengecut.

Cara nak buat masker teh hijau sangat mudah. Yang di atas tu, saya hanya gabungkan teh hijau dan madu.
  • 2 uncang teh hijau (keluarkan serbuk teh hijau daripada uncang dan letakkan ke dalam mangkuk)
  • 1 sudu besar madu
  • Gaulkan hingga sekata. Letak pada muka.
  • Biarkan 15 - 20 minit. Kemudian, basuh wajah dengan air suam.

Selain itu, boleh juga cuba kombinasi di bawah:
  • teh hijau + sesudu kecil perahan lemon + sesudu kecil air
  • teh hijau + tomato yang telah dilenyek
  • teh hijau + buah strawberi yang telah dihiris halus

Selamat Memanjakan Wajah!



Khamis, Disember 11, 2014

Resepi Mashed Cauliflower @ Kubis Bunga Lenyek

OK, inilah resepi kubis bunga lenyek @ mashed cauliflower yang saya janjikan. Dah puas fikir-fikir, teka-teka dalam Jom Cuba Nasib minggu lepas, meh cuba buat pula :)

Saya dah beberapa kali dengar tentang mashed cauliflower. Tak pernah cuba sehinggalah minggu lepas. Pernah baca yang rasanya memang seperti mashed potato but of course lebih sihatlah sebab tukar kentang tu kepada kubis bunga. Dish ni sesuai sangat untuk ajar anak-anak supaya makan sayur. 

Rabu, Julai 09, 2014

Bergedel @ Pergedel Tuna untuk Iftar

Dua tiga hari ni kerja saya asyik mengepal, membentuk bulat-bulat, meleper-leper. Kelmarin buat kuih kasturi, kali ni buat bergedel tuna pula! Resepi Bergedil Tuna sangat mudah. Adun semua bahan-bahan sekali. Then, sambil layan blues @ layan jiwang, kepal-kepallah bergedel satu persatu mengikut saiz yang dikehendaki. Pejam mata pun boleh siap ;)

Istimewanya bergedel tuna ni adalah pada rasa sitrusnya sebab kita guna sedikit jus lemon. Lemon and tuna can never go wrong hehehe...

Bergedel Tuna - Rupa sebelum masuk kuali.
Untuk resepi, sila ke entri saya di sini :)




Khamis, Julai 03, 2014

Resepi Sihat - Peria Katak Tumis Mudah

Saya memang suka peria katak. Selalunya akan buat jus peria katak dengan epal hijau atau lobak merah. Kadang-kadang je masak sebagai hidangan. Itupun saya makan seorang. Sebab kat rumah ni saya seorang je yang makan peria. Yang lain semua akan menyeringai buat muka pahit the moment saya mentioned 'peria'. Bott & Cekengah lagilah,..paksa minum air peria untuk kesihatan pun liat!

Resepi di bawah ni senang untuk disediakan. Cubalah! Menu sihat, rasa lazat!
Peria Katak Tumis
Bahan-bahan:
  • Beberapa biji peria katak (bersihkan, buang biji dan potong)
  • 3-5 batang cili kering (potong dua)
  • 3 siung bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak canola/minyak bunga matahari
  • beberapa tangkai daun kari

Langkah-langkah:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Kemudian, masukkan daun kari dan cili kering. Tumis sehingga daun kari garing dan naik bau.
  2. Masukkan peria, renjiskan dengan sedikit air untuk melembutkan teksturnya. Biarkan selama beberapa minit. Siapppp!
 Selain resepi ini, boleh cuba  Resepi Peria Goreng Berempah. Atau amalkan minum jus peria untuk kawal kandungan gula dalam darah.