Isnin, 25 Januari 2021

Dark Roasted Coffee Almond Butter

Assalamu'alaikum. Hai semua!

Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang almond butter. Sebelum ini saya biasa makan almond butter yang kosong sahaja. Tukar-tukar dengan peanut butter. Makan dengan toast, overnight oat, timun jeruk. Macam-macamlah. 

Saya biasa beli peanut butter yang tiada campuran garam dan gula. Memang ada satu produk ni yang saya suka sangat. Selalu beli online sahaja. Melalui kedai online inilah saya berjinak-jinak cuba almond butter dan hazelnut butter. Saja buat tukar-tukar selera. 

Sebelum PKP, ketika pergi rumah Cekengah, dia beri sebotol almond butter. Katanya dia beli untuk saya sebab yakin saya akan suka punyalah. Masa baca label, terus muka happy tak boleh nak cover. Ini bukan almond butter biasa. Almond butter ini ada campuran kopi!

Inilah Dark Roasted Coffee Almond Butter keluaran Skinnylab.inc. Seperti yang tertera pada label, bahan-bahan yang digunakan sesuai untuk yang hendak kawal pemakanan, jaga kalori dan jaga paras gula dalam darah. Monk fruit sweetener merupakan pemanis alternatif untuk gula, kosong kalori, tidak akan memberi kesan pada bacaan gula dalam darah. Sesuai juga buat pengamal diet eat clean atau keto kerana monk fruit sweetener ini dianggap sebagai salah satu pemanis semula jadi.



Beginilah rupa Dark Roasted Coffee Almond Butter. Sebenarnya tektur almond butter ini a bit runny. Ini nampak bergumpal dan agak pekat kerana saya masukkan dalam peti ais. Buka je penutup botol ... fuh, semerbak bau kopi menerpa hidung!


Dari segi rasa, saya pasti semua penggemar kopi akan jatuh cinta pada almond butter ini. Saya rasmikan Dark Roasted Coffee Almond Butter saya, makan dengan honey butter biscuits. Konon nak rasa sedikit je. Habis juga sampai dua sudu! Sah sahlah sedap, kan! Rasa kopinya ketara. Gabungan kopi dan lemak kacang badam tu serasi sangat. Kita tidak akan cepat muak.

Sewaktu menulis entri ni, dah semakin surut dah almond butter saya. Nanti nak surveylah dekat laman web produk ni. Dekat Shopee pun ada tak silap saya. Menurut Cekengah, untuk satu balang kecil 170g seperti dalam gambar di atas, harganya RM20++. Ada beberapa jenis lepa kacang lain yang tidak kurang lazatnya. Her preference is the Dark Cocoa Hazelnut Butter. Kalau ada antara kalian yang berminat dengan almond butter ini, gunakanlah ketangkasan hujung jari untuk bertindak segera. 


14 ulasan:

  1. Selalu makanan sihat dan sedap ini boleh tahan harga.
    Hehe satu hari boleh cuba. Selalu dapat cuba kalau adik beli sebab dia penggemar makanan sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bab harga tu yang selalu buat kita berkira-kira nak beli kan... sekali sekala bolehlah untuk cuba

      Padam
  2. shopping online ni buat kita lagi berpeluang try macam-macam jenis makanan. Almond butter saya tak pernah cuba. Low sugar ye. Hurm.. Menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Guna monk fruit sweetener. Bolehlah nanti cuba Sal. Nak cuba almond butter kosong je dulu pun OK. Sedap gak.

      Padam
  3. boleh tahan jg harga dia tp bolehlah kalau sy nk cuba��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah untuk cuba tapi bagi saya nak dijadikan makanan tetap dalam diet harian, tak kot...

      Padam
  4. sedap ni buat minum petang2 hari hujan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya! Lawan pula dengan kopi atau teh panas kan :)

      Padam
  5. Terbayang rasa dia tu macamana.. nak cari jugak lah..

    BalasPadam
  6. Alahai rasa coffee dan almond bila baca post Farrah MF..
    Almond dah laa sedap ditambah pula coffee memang memanggil2 minta beli..

    BalasPadam
  7. boleh bayangkan baunya. memang sedap!. nanti nk usha dlm shopee

    BalasPadam
  8. nampak sedap. boleh tahan juga harga dia..

    BalasPadam
  9. Yeah!! Dah jumpa dah kat SHopee.. Add to cart dulu.. hehehe

    BalasPadam
  10. Boleh bayangkan bau kopi harum semerbak bila buka botol

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.