Assalamu'alaikum,
Entri ini merupakan entri penghargaan khusus buat teman blogger saya, Anies.
Saya terima kiriman daripada Anies yang berupa senaskhah Lawak Kampus. Tidak silap saya, ini merupakan hadiah kerana berkunjung dan meninggalkan komen di Blog Anies and You. Anies merupakan antara rakan blogger yang awal-awal saya kenal semasa mula aktif berblogging dahulu. Seorang yang peramah dan sangat pemurah. Rajin benar hargai rakan-rakan blogger dengan titipan istimewa. Saya sendiri sudah hilang jejak berapa banyak kiriman tanda ingatan daripada Anies yang telah saya terima.
Lawak Kampus milik saya. Bertambah bahan bacaan ringan dan santai.
Terima kasih banyak-banyak, Anies. Jika dilihat dari tarikh pengeposan, mungkin saya terima kiriman ini sekitar minggu lepas lagi. Cuma disebabkan saya masih menggunakan alamat surat-menyurat di kampung, dan saya lambat balik untuk ambil surat-surat, baru minggu inilah kiriman tersebut selamat sampai ke tangan saya.
Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Anies, sentiasa sukses dalam apa sahaja yang dilakukan, sentiasa ceria dan dirahmati dengan kesihatan yang baik.
Kita masih belum ada rezeki untuk bertemu empat mata lagi, kan? Insya-Allah, nanti ada kesempatan kita ngopi sama ya.
Kalian sudah follow Anies ke belum? Jom kawan-kawan, ramai-ramai pergi terjah blog Anies!
Wah ada rancangan hendak jumpa 4 mata ya?
BalasPadamSelamat membaca.
Terima kasih, NA. Kalau ada rezeki memang nak sangat jumpa :)
PadamTahniah! Moga persahabatan maya berpanjangan.
BalasPadamAmin. Terima kasih, Kak Amie.
Padamtahniah sis. selamat membaca :)
BalasPadamThanks so much, Tiara :)
PadamKalau dating saya nak ikut. Hehe. Menyibuk je
BalasPadameee sibuk jeee... maaf laa sy nk jupe yuri je... ��������
PadamBoleh boleh. Kita ngedate ramai-ramai. Nanti Anies boleh lanjut ikut balik jumpa Yuri heheh
Padamlalu dah jumpa yuri bw balik trs ������
Padamp/s sama2 Alhamdulillah smpi jua��
BalasPadamThanks, Anies. Nak call atau reach Anies tau tapi dah tertinggal your details kat kampung pulak :)
Padamnk mengopi dgn anies siapkan masa. 2jam memang tak cukup. hehe
BalasPadamselamat membaca
Nak joint juga mengopi dengan Anies.. hehehe
BalasPadam