Ahad, Januari 24, 2021

Lawak Kampus daripada Anies

Assalamu'alaikum,

Entri ini merupakan entri penghargaan khusus buat teman blogger saya, Anies.

Saya terima kiriman daripada Anies yang berupa senaskhah Lawak Kampus. Tidak silap saya, ini merupakan hadiah kerana berkunjung dan meninggalkan komen di Blog Anies and You. Anies merupakan antara rakan blogger yang awal-awal saya kenal semasa mula aktif berblogging dahulu. Seorang yang peramah dan sangat pemurah. Rajin benar hargai rakan-rakan blogger dengan titipan istimewa. Saya sendiri sudah hilang jejak berapa banyak kiriman tanda ingatan daripada Anies yang telah saya terima.

Lawak Kampus milik saya. Bertambah bahan bacaan ringan dan santai. 


Terima kasih banyak-banyak, Anies. Jika dilihat dari tarikh pengeposan, mungkin saya terima kiriman ini sekitar minggu lepas lagi. Cuma disebabkan saya masih menggunakan alamat surat-menyurat di kampung, dan saya lambat balik untuk ambil surat-surat, baru minggu inilah kiriman tersebut selamat sampai ke tangan saya.

Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Anies, sentiasa sukses dalam apa sahaja yang dilakukan, sentiasa ceria dan dirahmati dengan kesihatan yang baik.

Kita masih belum ada rezeki untuk bertemu empat mata lagi, kan? Insya-Allah, nanti ada kesempatan kita ngopi sama ya.


Kalian sudah follow Anies ke belum? Jom kawan-kawan, ramai-ramai pergi terjah blog Anies!

14 ulasan:

  1. Wah ada rancangan hendak jumpa 4 mata ya?
    Selamat membaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, NA. Kalau ada rezeki memang nak sangat jumpa :)

      Padam
  2. Tahniah! Moga persahabatan maya berpanjangan.

    BalasPadam
  3. Kalau dating saya nak ikut. Hehe. Menyibuk je

    BalasPadam
    Balasan
    1. eee sibuk jeee... maaf laa sy nk jupe yuri je... ��������

      Padam
    2. Boleh boleh. Kita ngedate ramai-ramai. Nanti Anies boleh lanjut ikut balik jumpa Yuri heheh

      Padam
    3. lalu dah jumpa yuri bw balik trs ������

      Padam
  4. p/s sama2 Alhamdulillah smpi jua��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Anies. Nak call atau reach Anies tau tapi dah tertinggal your details kat kampung pulak :)

      Padam
  5. nk mengopi dgn anies siapkan masa. 2jam memang tak cukup. hehe

    selamat membaca

    BalasPadam
  6. Nak joint juga mengopi dengan Anies.. hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.