Disember | Maulud Nabi | Bookdoc Activ Platinum

Jumaat, Disember 01, 2017

Assalamu'alaikum.
1 Disember 2017.
Ada 31 hari je lagi untuk kita habiskan 2017. Saya masuk bulan 12 ni mulalah sibuk. Sebelum ni cuti sebulan lebih (sekejap je...tahu-tahu cuti dah habis!). So, now it's time to get back to work!

Apapun, buat kalian semua, selamat melakar bab dua belas untuk 2017. Moga-moga 31 hari yang akan datang ini penuh dengan cerita-cerita gembira dan bermakna. Dapatlah kita tutup 2017 dengan baik. Ada sebarang perancangan istimewa untuk bulan terakhir ni? Any occasion or celebration? Atau ada azam tahun ini yang masih belum tercapai? Sempat lagi nak dijadikan kenyataan 🌝


Salam Maulidur Rasul

Selamat bercuti panjang hujung minggu ini. Sempena sambutan bersejarah ini, saya ingin kongsi semula sebahagian daripada entri yang saya tulis dua tahun lepas. Buat renungan dan peringatan untuk diri saya dan kalian juga. 

-----------

Saya terpanggil untuk kongsi petikan kisah menarik ini.

Pernah suatu hari, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berbual-bual dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan beberapa sahabat yang lain, baginda menyuarakan hasratnya.

“Wahai Abu Bakar, aku amat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan).”

“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” soal Saidina Abu Bakar kepada baginda.
“Bukan,” jawab Rasulullah. “Kamu adalah sahabat-sahabatku."

Kemudian, baginda menerangkan, "Saudara-saudaraku (ikhwan) ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua."

Bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Saya ingin berada dalam kalangan ikhwan (orikhwah) yang dirindui oleh Rasulullah. Kalau boleh biarlah ahli keluarga, saudara mara, kenalan dan sahabat handai juga tergolong dalam kumpulan yang sama. Bagaimana? Kita mulakan dengan sesuatu yang berskala kecil tetapi dengan istiqamah. Antaranya:

  • Biasakan lidah mengucapkan 'Sallallahu 'alaihi wassalam' setiap kali mendengar nama baginda. Lentur kelaziman ini pada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
  • Banyakkan berselawat ke atas nabi.
  • Adakan perhiasan atau objek (Contohnya bingkai nama Nabi Muhammad, carta salasilah keluarga baginda) di rumah/sekolah/pejabat yang boleh mengingatkan kita kepada Rasulullah. Setiap kali terpandang perhiasan atau objek ini, berselawatlah sebagai tanda ingatan kepada baginda.
  • Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Saya ada seorang teman yang meletakkan target untuk belajar satu sunnah Rasulullah setiap hari. Kemudian cuba mengamalkannya bersama amalan sunnah lain yang telah diketahui.
  • Baca buku-buku mengenai riwayat hidup Rasulullah dan perjuangan baginda. Terapkan sifat-sifat mulia baginda dalam diri kita, anak-anak dan ahli keluarga.

Semoga dengan ada sambutan sebegini saban tahun, kita sebagai satu ummah dapat terus mengenang baginda, menyanjungi baginda dan menjadikan baginda Rasulullah sebagai role model kita. Bukan pada hari ini sahaja kita perlu mengingati baginda, malah tiap-tiap hari. 


Bookdoc Activ Platinum

Seawal pagi saya dah tersenyum lebar. Dapat notifikasi dari aplikasi Bookdoc. Bulan ni saya berjaya kekalkan status Platinum lagi.


Alhamdulillah! Lepas ni bolehlah tebus vouchers lagi. Bookdoc ni satu aplikasi kesihatan. Dalam aplikasi ini ada Bookdoc Activ. Kita boleh synchronize steps harian kita, peroleh rewards pada bulan baru jika bulan sebelumnya kita berjaya capai target yang ditetapkan. Ada banyak vouchers yang boleh ditebus - Secret Recipe, Zalora, Old Time White Coffee, La Juiceria,...macam-macam lagilah. Insya Allah, dalam kesempatan lain saya akan tulis mengenai aplikasi Bookdoc ini dengan lebih lanjut.


Enjoy your long weekend!

16 ulasan

  1. Salam Maulidur Rasul..
    Semoga kita tergolong dalam kalangan ikhwan di hari Rasulullah S.A.W.
    Tahniah diucapkan kerana berjaya mengekalkan platinum dengan Bookdoc

    BalasPadam
  2. App tu macam menarik. Nanti nak cuba baca dengan lebih lanjut :D

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak Farrah.. kejap je masa berlalu, 2018 bakal tiba kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Cik Rose. Memang 2017 berlalu cepat sangat kan,..

      Padam
  4. Salam maulidur rasul kak Farrah. Sekejap je dah bulan 12 kan. rasanya tak sempat capai azam, kita postpone tahun depan.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,..tak pe,...kita postpone,...takde hal :)

      Padam
  5. salam mulidur rasul kak farah ! ada jugak azam yg tak dpt capai. nmpk gayanya kena bwk ke tahun dpn ni hehe. wahhhh bookdoc apps tu mcm menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe,...yang mana tak tercapai lagi tu kita bawak ke tahun depan ye.
      Cubalah download app bookdoc tu. Menarik gak.

      Padam
  6. اللهم صل على محمد وآل محمد

    BalasPadam
  7. rajinnye kak farrah ayu ni...
    mcm2 reward leh dpt

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.