728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Isnin, 8 Disember 2014

Jom Cuba Nasib - Namakan & Teka Bahan (Updated)

{This is a sticky post. Sila scroll ke bawah untuk entri terkini.}

Updated 6/12/2014
Yang masih belum join, sempat lagi :) Banyak masa nak berfikir, membuat renungan makrifat.
Bagi rakan-rakan yang dah jawab,...tetiba ada 2nd thought,..nak tambah jawapan ke,...nak tukar jawapan ke,..pos lagi di ruangan komen ye :) Setakat ni belum ada yang mengena. Jadi, untuk edisi kemas kini, saya beri hint tentang hidangan ni dan sediakan klu utk soalan bonus.

-------------------

Haaa, semalam dah dapat preview kan,...OK, let's cut to the chase.

Hidangan Misteri Jom Cuba Nasib

Baiklah adik-adik, kakak-kakak dan kawan-kawan semua, sila perhatikan gambar hidangan di atas. Apa yang kalian perlu lakukan kali ini ialah:

  1. Teka 3 bahan - 1 bahan utama dan 2 lagi bahan sampingan yang digunakan untuk resepi ini. Agak-agak je apa yang saya gunakan,...timbang dan sukat TIDAK PERLU! Jangan nak pening kepala fikir 100g, 3 sudu tu semua ;)

    Bahan utama:
    Bahan sampingan:
  2.  
  3. Berikan nama paling kreatif untuk hidangan ini. 
           Nama hidangan ini ialah...

Tinggalkan jawapan di ruangan komen ye. Tak perlu up entri. Oh, tapi kalau nak buat entri untuk minta pengunjung blog sama-sama bantu kalian, terpulang =) Yang penting, jawapan untuk No. 1 & 2 perlu ditinggalkan di entri ini. Saya akan approve comments jawapan setelah 'Jom Cuba Nasib' ini berakhir. Selamat Mencuba!

Apa? Nak klu? OK,..ok. Saya bagi satu.

KLU: Bukan kentang tapi rasa macam kentang


Dapat? Susah ke? Jangan risau. Ada satu soalan bonus! Jadi, sesiapa yang rasa 2 soalan di atas tu boleh mengundang migrain atau gundah-gulana dalam jiwa, anda hanya perlu jawab soalan ini.

Soalan: Apa yang saya tabur di atas hidangan tersebut?
Klu: Sejenis rempah

Siapa yang paling pantas menjawab soalan bonus dengan betul akan dapat hadiah! Untuk yang ini, tak ada klu. 'Jom Cuba Nasib' berlangsung dari

12.30 tengah hari, Jumaat, 5 Disember sehinggalah 12.30 malam, Isnin, 8 Disember 2014.


Kita mencari:
  • 1 pemenang untuk Namakan Resepi & Teka Bahan
  • 1 pemenang yang paling pantas menjawab Soalan Bonus dengan tepat

Psst! Kalau ada banyak yang menarik dan kreatif, saya tambah hadiah. So, jika nak peluang cerah untuk menang,..jawablah ketiga-tiga soalan di atas =)


73 ulasan:

  1. Maybe it's an ice cream.. So the main ingredient is ovellete.. And Susu.. Ye ke ni.. Yg tabur tu pulak maybe serbuk cappucino or something like that

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firah yang pertama cuba jawab!!!! :)

      Padam
  2. Utk bahan Utama saya rasa pisang (dia macam puri baby) .pisang yg dilecek?
    sampingan : gula dan garam (ini normal la kan) ..esen vanilla.

    utk topping tu saya rasa rempah ..tapi tak thu la rempah apa..macam serbuk biskut ja..

    no idea la kak.hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira ada idealah tu,..antara tepat atau tak je ;)

      Padam
  3. Asalam..tak tercapai akal ku nak jawab farra..dok renung sampai senyum sendiri,apakah ini?mungkinkah serbuk oregano..ngee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Khaty. Heheeh tak tercapai akal dibuatnya ye. Tak apa. Sekurang-kurangnya saya dah buat Khaty senyum hari ini :)

      Padam
  4. Bahan Utama : pisang
    Bahan sampingan : Tepung, Gula

    soalan bonus : coklat


    hahaha teka ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiba-tiba sRz buat akak jadi teringin nak makan nasi lenyek pisang :)
      nak jadi baby besau lak

      Padam
    2. teka pisang sebab saya memang suka pisang....

      Padam
  5. mak oi..susahnya kak farah..wana yang selalu di dapur ni pun jadi pening memikir ni..haha..

    tapi wana nak try juga la..suka2..boleh kan? hee :)

    teka 3 bahan:
    1 bahan utama - tepung
    2 bahan sampingan - susu pekat dan air

    Nama hidangan ni adalah: Ombak rindu
    - sebab bentuknya yang kelihatan berombak dan rindu sebab bila dah rasa hidangan ni rasa rindu pula nak makan..hihi

    soalan bonus:
    serbuk oregano kot..


    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh pening-pening pun, hidangan Ombak Rindu you ;)

      Padam
    2. amboi chef kita...ombak rindu..

      Padam
  6. nak cuba suka-suka.

    Bahan utama : terung
    Bahan sampingan : mayonis, bawang besar

    Nama hidangan ini ialah Melongena Dip.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboiii, kreatip Cik Fafa sampai guna nama saintifik terung :)

      Padam
  7. memang misteri betul hidangan ni. Urmm...nk try je lah suka-suka
    1 bahan utama adalah tempoyak dan 2 bahan sampingan tu lada hitam dan air

    Farrah tabur lada hitam yg telah di tumbuk

    Nama hidangan : Tempoyak berlada...ahaha..sah jawapan sis JM salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe apapun, thanks so much kak sebab sporting nak cuba-cuba jawab ;)

      Padam
  8. saya lupa la komen semalam tu,uhu..saya syak la ada tepung susu.
    bila tengok balik mcm doh yg lembik2 tu, banyak la teori saya kak.. dah pening fikir.


    utktopping tu saya rasa jintan manis la

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK, nanti kita tengok jawapan siapa yang paling tepat ye... :)

      Padam
  9. Soalan 1:-
    Bahan utama : roti
    Bahan sampingan : telur dan susu

    Soalan 2 :-
    Puding jalinan kasih

    Soalan bonus :-
    Serbuk koko

    #pakai hentam ja ni, heheheh

    BalasPadam
  10. follow blog cik anggur balik follow twitter dan facebook cik anggur di http://belogcikanggur.blogspot.com
    terima kasih

    BalasPadam
  11. Alamak im bad in guessing things. Hehe
    Goodluck kak farrah!

    BalasPadam
  12. salah pulak dah... hurmh,,

    okeh! yang ditabur itu mungkin serbuk kayu manis... inti patinya...adeh.. ape ek... tak mau mari pulak ideanya... nanti kalau ada idea boleh sambung komen kan.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa akak dapat bayangkan comelnya Firah tengah perah otak ;)

      Padam
  13. boleh join lagi ke kak farrah? ke utk yg dah join je? haha. loading pulak saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lagi....boleh lagi...cuma bagi yang dah hantar komen, kalau nak ubah fikiran boleh hantar beberapa kali hihihi

      Padam
  14. Kak farrah, saya main jawab je ni. Kalo salah jangan gelak. Haha

    NAMA HIDANGAN INI IALAH : MASHED CAULIFLOWER

    NAMA HIDANGAN KREATIF :
    Mashed Cauliflower ala-ala FAMF Tower

    BAHAN UTAMA : CAULIFLOWER

    2 BAHAN SAMPINGAN : PARMESAN CHEESE, BLACK PEPPER

    BAHAN TABUR : ROSEMARY (sebab akak ada tanam rosemary kat rumah akak)

    Sekadar cuba nasib dan meriahkan suasana ^.^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm...kenapa kak Farrah tak jawab di sini ye?macam betul je jawapan awak ni HSB..nak kongsi jugak la jawapan ni

      Padam
    2. Saja je nak buat entri nak uar-uarkan pemenang :)

      Padam
  15. baru nak teka mash potatoes tetibe keluar klu 'bukan kentang'..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihihi ;) bukan kentang ye... bukan kentang :D

      Padam
  16. memang otak blur nak memikir.. nampak mcm pati prego carbonara pun ada. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sekali pandang lain, dua kali pandang lain,...

      Padam
  17. pening nak jawab ni @Farah ..nak cuba..
    1. Ubi kayu
    2. Susu
    3. Mash Tapioca

    Rempah : Tyme

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pening ye...thanks Erry kerana mencuba :)

      Padam
  18. Nak teka jugakkk. Tapi kalau bab makanan terpaksa surrender haha

    BalasPadam
  19. macam mash potato, tapi bukan ubi kentang...

    jadi... mungkinkah ianya... mmmm.... ape ea...?? tolonglah bergerak pantas sel2ku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sel-sel otak Firah, cepat bergabung! Tengah malam nanti dah nak tamat :)

      Padam
  20. Bahan utama : nasik
    bahan sampingan : sup ayam

    herbs : italian herbs

    wow suka hati hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, CT. Akak suka je CT 'suka hati' kat sini :)

      Padam
    2. hahaha sebab nampak macam moi baby baby makan tu je hahaha..

      Padam
  21. Alamak susahnya Kak..uji Minda sungguh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi tak uji minda sangat,..saja2 nak suruh korang main teka-teka, rapatkan hubungan ;)

      Padam
  22. Alhamdulillah, tamat sudah JCN ni. Thanks so much pada yang sudi participate :) Siapa menang? Haaa,...bacalah dulu jawapan2 mereka. Agak2 siapa,...

    Insya Allah saya akan umumkan pemenang ASAP.

    BalasPadam
  23. entahlaer...sis JM x dapat nk guess walau dah di beri klu maybe x pernah makan so no idea...siapalah yg bertuah dapat guess dish ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sat lagi saya buat entri pemenang, sis!

      Padam
  24. Selagi tak ada keputusan rasmi, dikira masih berjalan..Acik nak teka jugak...bubur nasi yang diblender campur susu campur ayam tabur dengan serbuk lada hitam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh terima kasih acik, sudi joined saat-saat akhir :)

      Padam
  25. Nama Hidangan ni : Satu untuk Awak, Dua untuk Saya...hehehee

    BalasPadam
  26. tiba2 buka entry ni,, perot terus bunyi,, macam2 gambaran dapat,, nk kata roti tak juga, nk kata ubi jauh lari,, nk teka nasi mcm tak kena ja,,,, tengok2 time lunch habis mcm tu ja,, hehehehehe...

    tapi farra nak jugak teka,, bahan utama ubi kayu, bahan sampingan mesti garam n gula,, untuk serbuk atas tu, serbuk kulit kayu manis... untuk nama makanan ni farra bg : Ubi Sejoli,,

    hehehehe hantam je lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comelnya nama! Ubi Sejoli :)
      Nway, thanks Farra sebab sudi hentam,..

      Padam
  27. Tak sabar nak tau jawapannya.. dah berhari2 pk tak dapat jawapan yang bersesuaian.. try mimpi pun tak masuk dalam mimpi.. lastly tak mencuba nasib pun di sini.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak,..tak masuk mimpi ye...hahaha tak apa. Lain kali kita buat utk suka-suka lagi ye :)

      Padam
  28. dh terlepas la... mcm iskrim ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe...kan hujung minggu lepas Zarul busy gi kenduri :)

      Padam
  29. ala, x sempat nak join. sobs

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...