Assalamu'alaikum, selamat memulakan minggu baru. Minggu ni saya boleh rehat lebih sikit sebab hanya akan ada kelas selepas cuti merdeka. :) Sebenarnya hari ini saya nak kongsi satu resepi popcorn yang mudah dan sihat. Bukan popcorn manis berkaramel berkeju berkacang macam Garrett tu tau! Bagi yang suka mengunyah (sampai dagu jatuh) macam saya ni, memang sesuailah buat popcorn ringkas yang kurang manis dan kurang kalori. Ala-ala guilt-free gitu!
Inilah seperiuk bertih jagung yang saya buat pada malam debaran mengharap pingat emas daripada Datuk LCW. Konon-konon Popcorn DCLW lah. Mana datangnya Popcorn Hangit Siti Yang Menaip?
Hahahaha sebenarnya malam tu, sewaktu saya hilir-mudik antara dapur dan bilik kraf (TV saya dalam bilik kraf), saya asyik bersembang dengan adik Siti (SYM) menerusi Whatsapp. A lot of catching up to be done, tahu-tahu apabila masuk dapur semula, saya terbau benda hangit! Periuk popcorn saya dah jadi naga mengeluarkan asap!
Alaaaa,...mesti popcorn bahagian bawah yang hangit. Jika buat popcorn pakai periuk biasa,..once bunyi pop pop pop tu dah reda, kita kena padam api. Memang akan ada beberapa corn kernels yang bersisa (tidak meletup jadi popcorn). Disebabkan ralit sangat bersembang dengan SYM sambil intai-intai tengok game dah mula ke belum, pergi kacuk air pula,...tak sedar pun bunyi pop pop dah tak ada. Clearly, multitasking is not my thing!
Mujurlah hanya sedikit popcorn di bahagian dasar periuk yang hangit. Beginilah rupanya! Yang cantik elok rupa namanya Popcorn DLCW, yang hangit saya namakan Popcorn Hangit SYM. Heeeee,...dinda Siti jangan marah, akak bergurau je. Ditekankan sekali lagi, akak bergurau. Kalau tak leh gurau, jangan mengaku kita kenal rapat eh heheheh
Ok, dah banyak congceng, jom tengok resepinya pula.
Resepi Popcorn Mudah (...dan sihat!)
- 1/2 cup butir jagung/corn kernels
- 2 - 3 sudu besar minyak zaitun/marjerin
- 1 -2 sudu besar gula (Saya biasanya hanya guna satu sudu teh.)
- garam secukup rasa
Perasa Tambahan: (dah jadi kurang sihat!)
- serbuk keju Parmesan
- sos karamel
- sos coklat
Perlu ada:
- 1 periuk besar bertutup
Jika ingin popcorn yang savoury, boleh guna serbuk lada hitam atau serbuk kari. Mulakan dengan kuantiti serbuk yang sedikit dahulu agar rasa rempahnya tidak keterlaluan.
Jika ingin something zesty/fruity/citrusy, boleh taburkan parutan kulit lemon/limau atau hirisan daun limau.
Cara-cara:
- Panaskan periuk dengan api sederhana. Masukkan minyak zaitun/marjerin. Jika boleh, biar minyak meliputi bahagian dasar periuk. Tapi jangan letak banyak minyak pula ye. Just nice agar dasar periuk tidak kering.
- Kemudian, masukkan jagung. Ratakan di bahagian dasar periuk.
- Tutup periuk. Biar minyak dalam periuk menjadi semakin panas dan mula pop pop kan popcorn.
- Tunggu sehingga bunyi pop pop reda. Padamkan api dapur. Pindahkan ke dalam sebuah mangkuk besar.
- Masukkan gula, garam dan perasa tambahan yang dikehendaki. Gaul sekata sehingga sebati ketika popcorn masih panas.
- Sedia untuk omnomnomnom!
Hee. Baru semalam ayah siqah bercerita pasal cara buat popcorn sendiri, hari ni farrah dah share resepi 😁 Popcorn wajib masa tengok wayang tuk siqah lah. Hee..
BalasPadamso Siqah pe lagi..pat masuk dapur..masak utk ayah ;p
Padamcepat² masak tu..nnt share
Padamsis jm la buat
PadamHahahaha comel nama popcorn ! Tak rajin la nak buat sendiri :p
BalasPadamkalau tgh wasap ngan sis JM..mesti lagi sweet namanya keh keh keh
Padamekin pernah buat hahahhaha sendiri puas hati makan
BalasPadamEkin rajin masak...kerabu jantung pisang satu heeee
Padambuat sendiri memang puas hati kan
Padamsis Jm ekin rajin masak suami nak makan hihihihi..
Padamish3xx.. tce ni kacau je, tgk habis hangit..kihkihkih
BalasPadamp/s: ayat cari pasal.kahkah
hangit sikit je , ni memang cari pasal
Padambab pop pop tu yg takut nak buat nih.. aishh
BalasPadamecececeh..main mercun takut tak ;p
Padamhahahhaha
Padamehhhh.. tak main mercun ler sis JM.. Jap mercun poppop tu je blhlah main....kihkihkihhh
Padammacam susah je kak Farrah..
BalasPadamlast2x beli kat pasar malam jelah..hihihihihhi
SUSAH? mmg lah susah kalau time nk buat tu multitasking..campak je dlm kuali tutup tggu dua MELETOP...angkat boleh mkn..ce masak KARI lagi susah tau ;p
Padamce buat ce buat
Padamish3x... kad raya Sis JM baru sampai.. kihkihkih.. nanti pi putrajaya nk blanja kan?? kihkihkih.. belanja homemade popcorn lerrr... hihihihihihiih
Padamtetiba pula masuk kad raya..kihkihkihhh
PadamReen tak pandai buat popcorn. Sebab xranggup macam kat pawagam.. Huwaaaa :'(
BalasPadamMasak kat dapur pun tak ranggup.. Kat oven pula jadi hangus. Hahahaaa
maman reen kena BELI...x pun minta dak Farrah buatkan ;p
Padamwow pop corn hangit SYM.. nantileh try ni.. kikiki
BalasPadammummy..nanti wasap JM leh dapat popcorn sweet Jari Manis keh keh keh
Padamhahhahaha nak jugak mummy!
PadamHero kecik cakap kita pun reti buat pop corn.. hahahha ..
BalasPadammestilah reti mummy..repair basikal pun dia pandai heheheh
Padamserba boleh hero mummy tu
Padammlm ni jadi popcorn kjp kat blog akak.. dtg mengebom.. kihkihkih..
BalasPadampatutlah bunyi meletop2 kat sini ;p
Padamehem , join jugak lah!
Padamdua org ni lg kuat meletop ea.... kihkihkih
PadamAhahah. Rancak sangat tu berborak dengan Siti. Sedapnya popcorn !
BalasPadamhahahha tulah pasal lupa popcorn
Padamkeh keh keh ingatkan CT yg buat popcorn tu
BalasPadamhaah mula mula yang pon ingat cenggitu , itu pentingnya baca sampai habis
Padamkalo CT yang buat pakat x makan popcorn la hampa hehehe..
Padamtu aa moral of the story masak popcorn gjn main wasep :p
BalasPadampatutlah putih cantik je popcorn tu rupanya penangan DLCW ahakasss
BalasPadamhahhaha pon boleh
Padampopcorn hangit tu kasi si CT tu mkn keh keh keh
BalasPadamhangit pun sedap kan.. special sket. lepas orang makan sure takleh lupa kat CT huahaua.. da jampi siap..
Padambetul tu Farrah..kalau tak leh gurau still x kenal rapat...so kita leh gurau tak heeee
BalasPadamHahahaah kita boleh,...kita bolehhhhh. :D
Padamgurau senda baru bawa bahagia tul tak?
BalasPadamamboi sis JM
PadamSemestinyaaaa,...tapi kalau gurau senda bawa sentap, tak maulah. Yang tu, kita layan formal2 je :)
Padamtulah... Tak mau sentap2x.. kihkih
Padamglamour CT keh keh keh
BalasPadamtapi popcorn haaangit ahahaha..
Padamnama CT jugak popcorn ni...hihi
BalasPadamtgk wayang wajib ada.. pas2 raba-raba popcorn tu nk yg dpt ada perasa.. xmau yg kosong..xrasa pa
BalasPadamjgn tersalah raba ZF ;p
PadamPop corn selalu beli dulu tapi yana suka yang warna warna
BalasPadamsanga tak sihat kan
BalasPadamyang putih putih yang tinggai tepi semua hahahha
BalasPadamOh sebab tu nama diberi rupanya :)
BalasPadamRos tak pernah buat. Nak makan beli je. Tapi jarang sangat. Sebab bujan feveret. Hihi
BalasPadamhehehe tak pasal2 SYM dapat nama plak kan..
BalasPadampatut rasa tesedak semacam.. bleh claim popcorn dari Kak Farrah la klo gini..
Padamhahaha claim ja SYM.. sebab guna nama SYM untuk popcorn tu..
PadamNak popcorn caramel cam aritu leh tak?
BalasPadamSape yg tak leh gurau tu? Saya ngorat leh?
BalasPadamapaaaakaaaah ???????????????????????
BalasPadambhahahaha adeh !! punca popcorn hangit.. dok Whatsapp sambil ngulas game badminton gitula jadinya.. hahaha..
BalasPadamhahaha mangsa keadaan..
Padamyang hangit2 pun ada gak keistimewaan kan hehe.. sedap gak kelat2 tu..
BalasPadamhahaha.. no wonder !
BalasPadamhahahahah xpasal2 siti yang dpt name ye...
BalasPadamtp berani dia xleh gurau nga kak farrah
tp kan kak farrah cmne lak bt y gourmet tu ea