Biasa tak selepas makan malam, terasa macam hendak makan snek atau sesuatu yang ringan? Sebenarnya tabiat ini memang A BIG NO dan perlu dihindar sama sekali. Pengambilan makanan yang berlebihan pada waktu malam akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita kerana dekat dengan waktu tidur. Biasanya waktu-waktu begini tubuh tidak lagi aktif melakukan kerja.
Tetapi, kalau dah teringin sangat tidak ada masalah untuk makan sedikit. Jangan ambil makanan berat pula. Pilih untuk nikmati sesuatu berupa snek sekadar untuk alas perut.
Di bawah ini ada perkongsian idea snek selepas makan malam (kredit kepada @movingdietitian) yang boleh disediakan. Bahan-bahan yang digunakan boleh membantu kita untuk rasa lebih berisi (agak mengenyangkanlah jika dibandingkan dengan makanan ringan seperti cip kentang atau aiskrim.) dan tidak akan terlalu 'menghukum' atau 'membebankan' tubuh. Yang penting, jaga portion.
Ada enam pilihan menarik yang sedap-sedap:
- Bertih jagung dan kekacang panggang
- 1/2 cup buah beri dan satu petak kecil coklat gelap
- Buah-buahan dan kekacang
- Buah-buahan dan yogurt tinggi protein
- Rice cake dengan sedikit sapuan keju ricotta dan hirisan buah
- Roti bakar dengan sapuan mentega kacang dan hirisan buah pisang
dulu2 sy sllu mkn berat2 sblom tido.. sbb tu kot bdn sy dlu mcm dipam2.. haha.
BalasPadamskrg dh kurang.. kalo rs lapar sy pilih kekacang.. sedap!
Sedap semua, macam nak pergi cari sekarang hehe.. Mungkin buah dan kekacang, buah tu pun macam buah kurma, kismis ke..tapi Kalau dah sampai dapur tu.. buat roti bakar kut.. hehe..
BalasPadamBila dah makan nasi malam2 ni ..mesti akan rasa kelaparan lgi . Mujur la ada juga stand by jajan2 kat rumah boleh juga kunyah sambil layan tv
BalasPadamSaya popcorn la biasanya sebab yang tu je senang beli hehehe.
BalasPadamTak punnn makan koko krunch atau honey cornflakes tuu, sedapppp!
Makan kurma pun ok.. Saya malam-malam kalau lapar kadang-kadang makan kurma.. Atau makan maggie.. Hehe
BalasPadamSelalu buat no.3 dan no.6. Itu dulu. Sekarang paling lewat pun makan sebelum jam 9 tapi tetap minum kopi lewat malam sambil buat kerja (memang tak sihat)
BalasPadamkena ambil makanan sihat ya
BalasPadamMakan kacang salut tepung. Tidak pun makan buah yang ada di rumah macam jambu batu atau pisang.
BalasPadamKek nasi? Apa itu? Hehe.
Apapun betul jaga bahagian makanan. Jangan banyak sangat.
sedap2 semuanya...selalunya makan buah & kerepek..
BalasPadamsaya makan protein shake je. At time like this saya bersyukur dikurniakan metabolisma kuasa turbo. Biarlah orang nak thin shaming, diorang jeles je tu. huhu
BalasPadamSaya suka makan buah. Tapi kadang tu rasa nak makan maggi pulak tekak ni. memang big no tapi selagi tak dapat rasa tak senang duduk. Aduhaii....
BalasPadam