Habiskan Baucar Lazada Sebelum Tamat Tempoh

Isnin, Ogos 30, 2021

Saya ada baucar Lazada bernilai RM50 yang hendak tamat tempoh. Entah bagaimana saya boleh terlepas pandang entah. Tidak pasti saya dapat baucar ini dari mana sebab lazimnya, baucar-baucar yang saya tebus hasil buat online surveys belakangan ini saya terus guna. 

Cepat-cepat buka aplikasi Lazada, lihat apa yang ada di dalam cart. Cart saya memang tidak pernah lengang. 😅 Apabila ada penurunan harga atau flash sale dan barang berkenaan dalam senarai keutamaan saya, barulah saya sempurnakan pembelian.

Setelah puas belek dan saring, inilah produk-produk yang saya beli menggunakan baucar tersebut.


Semua makanan!😄


1. Nise Asli dari Kelantan

Dah lama tak ada stok nise di rumah. Sehingga entri ini ditulis, saya masih belum cuba rasa nise yang dibeli. Jadi, tidak pasti sama ada betul-betul asli atau tidak. Tetapi, jika dibaca ulasan-ulasan pengguna lain, memang autentik rasanya. Rasa manis yang lembut tanpa sebarang gula tambahan. RM9 untuk satu bungkus. Berat +800g. Mahal ke murah?

Kemas kini:

Sudah rasa, sedap, lemak manis, berbaloi! Jika berminat, bolehlah dapatkan nise kerek original di sini.


2. Mentega Kacang 4nutz

Ini memang antara mentega kacang kegemaran saya kerana tiada gula dan hydrogenated oil. Hanya kacang dan garam sahaja. Saya pernah cerita mengenai mentega kacang ini yang saya beli di Shopee di sini. Sedap dan harga lebih murah berbanding mentega kacang yang seangkatan dengannya. RM14.00 untuk satu botol 350g.

Sekarang penjual ini dah berniaga juga di Lazada. Dengan gembiranya saya beli Mentega Kacang Creamy. (Mentega kacang ada tiga tekstur - Crunchy, Smooth dan Creamy) Tetapi, dan-dan dah lengkapkan pembayaran untuk Creamy, penjual hubungi saya dan maklumkan yang Creamy dah discontinued. Yang ada Smooth sahaja, sama je Creamy dan Smooth katanya.

Aik? Kalau dah discontinued kenapa masih ada dalam senarai produk yang dijual? Sampai ke hari ini, masih ada lagi mentega kacang Creamy dipromosikan di kedainya. Siap ada dua saiz lagi. Kalau sama je Smooth dan Creamy tu, kenapa penjelasan produk membezakan tekstur antara kedua-duanya?

Keliru sekejap dengan ragam si penjual. Tapi, anggap jelah tiada rezeki. Saya malas nak tanya banyak. Ikutkan hati nak batalkan pembelian, tetapi agak leceh sebab saya pakai baucar. Nanti hangus begitu sahajalah nilai baucar saya. Memandangkan saya sudah pernah rasa dan suka Smooth, saya setuju untuk terima Smooth. Lagipun mentega kacang dah habis. Dah beberapa hari teringin nak sarapan PB&J (peanut butter and jam).


3. Sun Macaron Spaghetti

Stok pasta di rumah dah surut. Tertarik untuk cuba jenama dari Turki ini kerana harganya yang murah. RM2.20 untuk satu pek 500g. Ulasan-ulasan pengguna pun positif. Bak kata Bott, spageti ... mana sangat boleh lari rasanya. Kami dah cuba masak. Memang okey. Cuma spagetinya tidak setebal spageti Prego. Nipis dan halus sikit. 


4. Ikan Bilis Kopek Murah The Fisherman

Ikan bilis ni jenis masin sedikit dan kurang rangup berbanding bilis mata biru dan bilis pepak. Sesuai untuk buat sambal tumis. Harga untuk 300g + pembungkusan menggunakan zipper bag - RM8.50. Dapat pek kecil udang geragau sebagai hadiah percuma. 


5. Cendawan Shitake Kering The Herb Shop

Restock dari kedai yang sama. Saya suka sebab cendawan shitake kering kedai ini besar-besar dan cantik. Kebetulan ada flash sale. Beli dua bungkus pek 100g sekali gus. RM13.78 untuk 2 pek.


Alhamdulillah, dengan penggunaan baucar, saya hanya perlu bayar RM1.88. Penghantaran untuk semua produk di atas percuma. Berbaloi-baloi!






14 ulasan

  1. Haah murah caj penghantaran.
    Harga shiitake itu pun murah juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, NA. Sebab murah tu yang grab dua bungkus sekali 😁

      Padam
  2. bestnya.. dpt baucer pastu beli brng.. byr pon xmahal.. hihi..

    BalasPadam
  3. kak ret jarang shoping kat lazada so mmg xde voucher la sangat hehehe

    satu lagi, ntah kita mcm x reti sgt soping kat lazada.. mcm x puas nak

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah . Mujur ingat . RM50 tu pun bernilai jugak tu . Dapat juga tambah barang2 dapurkan ..

    BalasPadam
  5. Selalu lupa nak reinstall app Lazada. Ramai yang cakap sekarang Lazada dah best nak shopping berbanding dulu..
    Gula nise tu kalau RM9 dan original tanpa gula tambahan dah cukup murah sangat tu dan ada kerek lagi..

    Sekarang ramai yang jual gula nise tak de kerek dan biasanya yang tak de kerek tu banyak gula dan di jual murah. Jangan beli .. Hehe..

    BalasPadam
  6. Berbaloi sangat guna voucher. Rugi kalau terlepas expired tu. Rasa macam murah je nise tu. Mentega Kacang 4nutz macam sedap je. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  7. Sha dah lama tak membeli di Lazada..
    Kerana perkongsian akak sebelum ini, sha pun beli Cendawan Shitake Kering.. hehehe.. Mudah betul bila ada yang kering nie..

    BalasPadam
  8. Perghh best nya voucher banyak macam tu. Banyak beli bayar less than rm2. Bestnyaaa

    BalasPadam
  9. Best tu voucher RM 50.00. Semua makanan pun beli nampak sihat dan berkhasiat

    BalasPadam
  10. Best nya dapat voucher RM50 tuuu! Memang berbaloi sungguh laaa sebab bayar RM1.88 aje. Saya ni susah sikit dengan apps lazada sebab lagi suka dekat shopee hehehe

    BalasPadam
  11. saya tak pernah shopping di Lazada. Bila tengok kak Farrah beria membeli, tertarik pulak nak cuba

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.