Assalamualaikum. Sebelum ini saya pernah bercerita tentang Dark Roasted Coffee Almond Butter. Dah lama habis dah. Jadi, tiba masanya untuk cari lepa kacang baharu. Semasa cuci mata di Shopee, ternampak Natural Peanut Butter 4nutz ini. Terus rasa tertarik untuk mencuba. Harga amat berpatutan dan ulasan pelanggan pun baik.
Satu lagi faktor yang mendorong saya untuk cuba beli produk ini, apabila diteliti ramuan yang digunakan, mentega kacang ini ada garam. Biasanya saya beli mentega kacang yang tiada gula dan garam tetapi si Bott tak lalu nak makan. Kosong dan kesat je mentega kacang tu pada dia. Yelah, kacang semata, kan? Dia kata tak kick untuk buat PB&J (Peanut butter and jam).
Jadi, beli yang ini bolehlah dia tumpang sekaki.
Inilah mentega kacang yang saya beli. Apa yang saya suka, mentega kacang ini hanya akan dibuat oleh penjualnya apabila kita sahkan pesanan. Dapatlah fresh batch.
Ada tiga pilihan untuk mentega kacang ini -
Chunky, Smooth dan
Creamy. Saya pilih
smooth. Sedap! Masih ada tekstur kacang tu sedikit tetapi tidak terlalu kasar seperti yang
chunky. Lain kali hendak cuba yang
creamy pula. Untuk sebotol 350gram ini, harganya cuma RM14. Kadangkala ada promosi boleh dapat harga diskaun. Memang berbaloi-baloi.
Ini yang paling saya suka! Pembungkusannya. Produk dibungkus dengan elok dan rapi. Siap ada mesej untuk kakitangan kurier dan rider agar handle bungkusan sebaiknya kerana mudah pecah. Alhamdulillah, mentega kacang saya sampai dalam keadaan selamat tanpa sebarang cela.
Dapat je, terus buka dan rasa. Sedap sangat! Kena dengan selera saya. Keesokan harinya saya buat lempeng jagung. Apa lagi, kita makan dengan mentega kacanglah. Yummehhh!
Berminat? Carilah kedai 4nutz (Kakak Kacang) ini di Shopee. Selain mentega kacang ada juga mentega kacang hazel dan kacang badam.
wahh bestnye. nak kena g cari dkt shopee nnti
BalasPadamSelamat mencari 😊
PadamSedapnya.. Kena habiskan stok kat rumah ini.. hehehe
BalasPadamHaaa habiskan stok rumah dulu. Lepas tu boleh cuba yang ini 😊
Padamwahhh, macam best je.
BalasPadamBolehlah, Wawa. Buat tukar-tukar selera 😊
Padammentega kacang hazel & badam...sedapnya..peanut butter suka jg yg smooth..
BalasPadamItulah, kak. Kalau ikut nak borong semua tapi takut tak terhabis pula. 😂
PadamAda banayak jeniss, boleh try nanti. Beli satu tengok macam mana rasa hehehe
BalasPadamCubalah, dik. Mana tahu ada yang kena dengan selera kan... akak nanti nak cuba yang creamy tu pula.
Padamwowww. teringat masa mood diet.. mmg makan jem peanut no sugar tuu//sedappppp tp nadyya mkn mcm jenama lain. ntyyy nk try jenama niii pulak :)
BalasPadammacam sedap je, boleh la beli
BalasPadamSaya suka peanut butter. Best gak makan yang fresh instead of buatan kilang
BalasPadammenarik ni! wpn bkn penggemar peanut butter tp why not sy try kan? ;-)
BalasPadamthis is so yummy.. my mom would love it
BalasPadamWah mcm sedap je. Makan dengan Saderi. Memang sedap ni..
BalasPadam