Isnin, Mac 15, 2021

Kejutan Istimewa daripada Anies

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sekejap je dah masuk pertengahan Mac. Seperti biasa, hujung minggu saya balik rumah lama untuk kemas apa-apa yang patut. Seperti biasa juga, inilah masanya mengumpul surat-surat dan bungkusan-bungkusan yang dialamatkan kepada saya.

Dalam pada belek-belek surat dan bungkusan tu, ada satu yang memang saya tidak jangka langsung. Teman blogger yang seorang ini memang suka betul buat kejutan. Baru sahaja rasanya menerima kiriman daripada tuan punya badan. Tup tup ada titipan lagi!

Dapat agak tak siapa teman blogger yang saya maksudkan? Minggu lalu, ketika blogwalking ke blog kawan-kawan, adalah nampak beberapa entri mereka bercerita tentang kiriman yang sama. Tidak sangka, ada rezeki untuk saya juga.

Inilah isi kandungan bungkusan saya.

Pengirimnya, tidak lain tidak bukan ... blogger yang ramah mesra penuh kasih sayang melimpah ruah itulah. Pemilik blog Anies and You. Kenal, kan? Kalau belum, silalah berkunjung ke blog Anies selepas ini.


Terima kasih banyak-banyak, Anies. Teruja dapat hadiah comel-comel begini. Ada dua keping mask jenama HappyMask, beg dan set buku nota unicorn. Mask memang malam tu juga saya buat sesi manjakan diri di rumah. Buku nota dan beg unicorn akan masuk bilik kraf untuk isi barang-barang saya. Thanks again. Moga Allah membalas kebaikan Anies ini dengan sebaik-baik ganjaran.


14 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.