Ginnva Bopp Tape

Isnin, Mac 15, 2021

Minggu lepas saya ke pejabat pos untuk urusan pengeposan barang. Alang-alang sudah keluar tu, saya ajak Bott singgah ke Mr. DIY. Saya hendak beli bopp tape buat bungkus barang pelanggan. Bopp tape saya dah habis. Tiada stok dalam simpanan pula tu.

Alhamdulillah, mujurlah jenama Ginnva yang biasa saya gunakan ada di Mr. DIY. Tengah pilih-pilih, ternampak pula hand-tearing bopp tape keluaran Ginnva juga. Saiznya lebih kecil. Menarik! Selama ini, saya tidak pernah jumpa bopp tape yang senang untuk kita carik guna tangan. Yalah, bopp tape ni kan kita selalu guna untuk shipping, seal kotak  dan bungkus barang, jadi tekstur pita ini lebih kuat berbanding cello tape. Setahu saya cello tape jenama Sellotape tu je yang mudah dikoyak pakai tangan dan cantik kesan carikannya. Jenama lain agak sukar juga.

Jadi, atas dasar ingin tahu, saya pun belilah dua gulung kecil. Sekiranya produk ini tidak seperti yang digambarkan pun, saya tetap boleh gunakan kerana saya miliki tape dispenser. Harga bopp tape yang besar dalam tiga ringgit lebih manakala yang kecil tu seringgit lebih.


Betulkah boleh koyak pakai tangan sahaja? Boleh memang boleh. Tetapi, carikan tape akan jadi tidak cantik. Kurang kemaslah hasilnya. Selain itu, saya perlu gunakan lebih daya untuk mengoyakkan bopp tape ini. Senang cerita, tidak semudah koyak Sellotape lah. Secara peribadi, saya lebih selesa menggunakan tape dispenser berbanding koyakkan pita ini pakai tangan. 

Okey, dah ada bopp tape, barang-barang keperluan untuk bungkus jounal accessories and embellishments tempahan pelanggan sudah lengkap. Bolehlah bungkus barang dengan senang hati. 


Bagi yang tercari-cari bopp tape tu, boleh cari jenama Ginnva ni di Mr. DIY. Harga berpatutan, kualiti pun okey. 




7 ulasan

  1. akak tau salotape je.. x tau tape lain heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe saya ni pula semua tape saya panggil selotape. Bila nak pergi beli kat kedai baru gigih belajar balik tape apa yang saya guna 😅

      Padam
  2. Koyak pakai tangan kalau untuk pindah rumah takpelah. Tapi kalau nak bagi orang or balut buku, prefer potong selofan tape elok2. Takdelah comot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan... kalau untuk balut-balut ni bila koyak guna tangan agak menyakitkan mata hasilnya 😊

      Padam
  3. bolehlah cuba jenama ni sbb tape yg ada pun dah tggl sikit. kalau dah ada kt DIY sng laa nk cari nnt

    BalasPadam
  4. tape niii banyak brand rupanyaaa. selalu amek xngok brand pon kak.hikhik

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.