Baru-baru ini saya mengemas kotak yang berisi lebihan kertas di dalam bilik kraf. Biasanya, lebihan-lebihan kertas buat kad, buku skrap atau projek kraf kertas yang lain akan saya simpan dalam satu kotak. Sayang hendak buang sebab masih boleh digunakan lagi.
Disebabkan kotak tersebut sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk memuntahkan isinya, saya pun mulalah fikir untuk buat sesuatu dengan lebihan kertas yang ada. Benda paling mudah, kita buat hiasan untuk jurnal atau planner.
Di bawah ini sebahagian kecil daripada lebihan kertas saya. Bayangkan bila dah banyak-banyak berkumpul sisa kertas begini, boleh sesak nafas juga dibuatnya.
Mula-mula saya akan asingkan dan tengok baki kertas yang ada. Macam dalam gambar di atas, saiznya bukan besar pun. Lebih kepada jalur-jalur kertas sahaja. Jadi, kita potong-potong, koyak-koyak dan tampal ikut selera.
Antara yang dihasilkan. Ada yang saya gabungkan ikut tona warna; ada yang saya simply mix and match; ada juga yang saya potong hujungnya untuk dapatkan efek banner atau bendera. Setelah siap begini, saya simpan dalam satu bekas lain. Nanti apabila hendak hias jurnal atau planner, bolehlah ambil mana yang berkenan di hati dan tambah apa yang patut.
Ini contohnya 😎
Apabila sudah sedia ada jalur-jalur kertas yang saya buat, tinggal tambah sahaja label JANUARY tu. Baru semangat sedikit hendak buat journal spread. Tak adalah masa tu nak hias jurnal, baru masa tu juga nak buat hiasan-hiasannya. Jimat masa sedikit.
Selain itu, saya gabungkan dengan hiasan lain untuk buat embellishments seperti di bawah ini.
Letak pelekat dengan kata-kata motivasi, hias dengan kertas glitter atau potongan die-cuts yang menarik. Barulah berseri jurnal atau planner kita. Hampir sepetang di bilik kraf, banyak juga hiasan jurnal yang berjaya saya siapkan. Sebahagian daripadanya saya simpan untuk kegunaan sendiri. Selebihnya saya masuk listing Carousell.
Haa, siapa-siapa antara kalian yang gemar hias jurnal atau planner, sila tinggal jejak di ruangan komen. Mana tahu ada rezeki lebih, bolehlah saya kirimkan hiasan jurnal barang sekeping dua buat kalian.
Selamat menikmati hari!
kreatif.... :)
BalasPadam☺️☺️☺️
PadamKirimlah kat saya. Journal saya hambar macam life saya jugak. Haha
BalasPadamjangan bagi. nanti dia bagi kucing dia main haahahahaha
PadamOkey, Sal. Nanti insya-Allah, akak titip something for you. Siapa kata life Sal hambar? You are full of colours lah 😊 lagi satu... mana boleh jadi hambar kalau ada Anies? Kan Anies kan? Kan... kan? 😂
PadamNak kenal dengan kucing Sal buleh?
Anies, Yuri tanya bila nak playdate?
baru thn ni je dia ckp hambar sbb selalu msk gua. musim lps dia bergumbira sakan. maklum laa jd juara. thn ni bakal dpt no. 2. tu yg ckp hambarudin hahahahhaha
Padamkabo kat yuri sblm playdate, bagi hantaran coklat van houten limited editon 16 dulang serba satu hahahahahahha
bestnya jadi org creative ni huhuhu
BalasPadamHikhii tak adalah kreatif mana, Atie. Potong-potong tampal je 😊
PadamCantiknya :)
BalasPadamThank you 😘😘😘
Padamcantikkk kak.. kertas tuuu koyak2 ponnn nampak cantik kak.. hehe
BalasPadamRajin betul simpan lebihan kertas kraf :) Mix & match pun menjadi, creative betul
BalasPadamlebihan kertas pun masih berguna.. Betul2 all out ini kak..
BalasPadamTapi memang ohsem buat cengginie.. Nak pakai just ambil je.. adoi.. bagi sikit kreatif tu dekat Sha.. hahahaha