Isnin, Mac 10, 2014

Bergedil @ Bergedel Tuna

Ada yang sebut begedil,...ada yang sebut bergedil. Di sesetengah tempat pula dipanggil pegedil atau pergedil. Sebenarnya perkataan yang tepat ialah 'bergedel' dan 'pergedel'. So, hari ini dari dapur FAMF Tower, saya nak kongsi resepi Bergedel @ Pergedel Tuna.


Resepi Bergedel @ Pergedel Tuna

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 tin tuna
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 3 biji cili hijau (hiris)
  • 4 biji kentang saiz sederhana besar (kupas kulit dan rebus)
  • 1 - 2 biji telur
  • 2-3 sudu besar jus perahan lemon
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • Minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng.


Cara penyediaan:
  1. Tuskan tuna. Masukkan ke dalam mangkuk sederhana besar. Hancur-hancurkan dan gaul bersama bawang besar, kentang yang telah direbus dan dilenyek dan cili hijau.
  2. Masukkan jus perahan lemon. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Tambah jus lemon jika ingin lebih masam atau lebihkan lada hitam jika suka.
  3. Kepal dan bulat-bulatkan ikut saiz yang dikehendaki. Padat-padatkan isi bergedel supaya tidak mudah pecah apabila digoreng.
  4. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Kacau sedikit hingga kembang.
  5. Panaskan minyak. Celup bergedel dengan telur dan goreng hingga keperangan.
Kebiasaannya, untuk membuat bergedel kentangnya digoreng (supaya lebih senang melekat apabila dibentuk). Saya memilih untuk rebus kentang sebab nak meminimakan penggunaan minyak. Itu sebabnya sewaktu membentuk bergedel, kita kena padat-padatkan isinya.

Saya juga tidak 'deep-fry' sebaliknya menggunakan sedikit minyak canola dan goreng bergedel di atas kuali tidak melekat (non-stick pan). Goreng setiap sisi lebih kurang 2-3 minit.

Selamat Mencuba!


4 ulasan:

  1. ini mcm sedappp jer.. nnti nk try la.. tq share the recipe..

    BalasPadam
  2. @rohayati ramli bolehlah buat tukar2 selera :) yg penting mudah utk disediakan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.