Memaparkan catatan dengan label Potatolicious. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Potatolicious. Papar semua catatan

Wordless Wednesday - Bengkayang Makan Kentang

Rabu, Oktober 16, 2024


Loaded Fries - Kentang goreng, daging, sos keju Naco, Ranch dressing dan salsa fresca. 



Kentang Ikan Bilis Air Asam

Selasa, Jun 04, 2024

Hari ini memasak edisi menghabiskan apa bahan-bahan yang ada di dapur sebelum pergi shopping barang basah. Mula-mula ingat hendak buat lauk kentang berlada. Tetapi, macam tiada angin nak makan sambal berlada pula. Lebih kepada teringin lauk berkuah yang masam-masam.

Jadi, saya sediakan kentang ikan bilis air asam. Mudah, yang penting sedap! Kentang dan ikan bilis goreng, disimbah dengan air asam. Nikmati dengan nasi panas dan ulam-ulaman. Tentu-tentu bertambah nasi. 😂


Kentang Ikan Bilis Air Asam

Resepi Kentang Ikan Bilis Air Asam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 - 3 biji kentang. (Kupas kulit, bersihkan, potong dan goreng sehingga empuk.) 
  • Segenggam atau dua ikan bilis (buang kepala dan bersihkan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang atau dipotong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris) Saya suka lebihkan bawang putih.
  • 7 batang cili api (dihiris). Saya belah dua sahaja cilinya. Andai tidak makan pedas, tidak perlu guna cili api.
  • 1 cawan air asam jawa (Asam jawa dilarutkan dengan air.) Banyak mana kuantiti yang hendak digunakan bergantung kepada tahap kemasaman yang kalian inginkan.
  • garam jika perlu
  • minyak masak secukupnya


Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak, goreng potongan kentang dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam lebih kurang dua sudu minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api.
  3. Masukkan air asam jawa. Jangan terus tuang semua. Agak-agaklah kemasamannya. Biarkan seketika hingga mendidih. Perasakan dengan garam jika perlu.
  4. Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, tuangkan kuah asam ke atas ikan bilis dan kentang hanya apabila lauk sedia untuk dihidangkan.

Siap! Jemput makan 😊

Pstt! Saya belum sempat balas kunjungan kawan-kawan semua. Tunggu ya. Insya-Allah, saya sampai juga nanti. 

Kentang Bakar Sos Cajun

Jumaat, Jun 09, 2023

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari. Moga hari ini indah dan baik-baik sahaja buat kita semua.

Lama benar rasanya saya tidak menulis entri resepi di blog ini. Kali ini, saya ingin kongsikan resepi mudah Kentang Bakar Cecah Sos Cajun. Kentang yang crispy di luar, lembut empuk di bahagian dalam, dicecah dengan sos cajun yang mewah. Memang sedap sangat untuk dibuat kudap-kudap.

Okey, jom intai resepi. Kentang boleh dibakar menggunakan air fryer atau ketuhar pembakar (oven) biasa.

Kentang Bakar Sos Cajun

Resepi Kentang Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan:

Teringin Sambal Berlada Kentang

Ahad, Julai 11, 2021

Beberapa hari yang lepas, saya masak lauk sambal berlada kentang untuk makan tengah hari. Rasa teringin sangat hendak makan juadah Minang yang satu ini. Apabila difikir-fikir, memang sudah lama saya tidak masak hidangan sambal berlada. Saya dan Bott asyik suka makan lauk berasaskan kicap je. Entah kenapa entah, kami jadi hantu kicap tiba-tiba. 😂

Kentang  ada ...  cili merah ada ... ikan bilis ada (ikan bilis dekat tapi jauh saya tu 😆), marilah buat lauk legend ini!

Resepi Air Fryer - Ubi Bakar Cajun

Isnin, Jun 14, 2021

Satu lagi resepi mudah untuk disediakan yang sangat sedap dibuat kunyah-kunyah, Ubi Bakar Cajun. Untuk resepi ini, saya menggunakan dua jenis ubi - ubi kentang dan ubi keledek oren. 

Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Cuma ubi, sedikit minyak, beberapa ulas bawang putih dan rempah cajun secukupnya. Jika tiada rempah cajun, boleh ditukar kepada thyme atau rosemary. Tetapi, dah tak boleh panggil ubi bakar cajun lah ya. 

Resepi Telur Dadar Ubi | Omelette with Potatoes

Jumaat, Mac 19, 2021

Gemar tak makan telur dadar untuk sarapan? Hidangan telur ini sangat mudah disediakan dan boleh kita pelbagaikan ramuannya mengikut selera. Antaranya tentu sahaja keju, hirisan tomato, hirisan kobis, lobak merah, jagung manis, bayam, sosej atau peperoni. Pilihannya tanpa batas, terserah selera.

Hari ini saya ingin kongsi resepi telur dadar ubi kegemaran saya. Saya menggunakan ubi kentang dan ubi keledek kuning. Kebetulan ada kedua-duanya di dapur. Selalunya saya akan buat guna ubi kentang sahaja. Kali ini biar bergabung keenakannya. 

'Keratan rentas' telur dadar ubi saya. Terliur tak?

Idahoan Mashed Potatoes - Obat Demam

Sabtu, Disember 08, 2018

Dua tiga hari ni badan rasa tak sedap. Makan benda pun rasa payau je. Pada asalnya tekak teringin nak makan something soupy, yang masam-masam macam tom yam. Tetapi, malas pula nak masak tom yam. Setakat saya seorang je di rumah, rasa macam tak berbaloi pula (Sebenarnya lebih kepada malas!).

Makanya, punggah-punggahlah apa yang ada kat dapur. Intai-intai stok dalam almari. Jumpa instant mashed potatoes ni. Tinggal bancuh dengan air panas je. How convenient! Kebiasaannya, makanan instant begini jarang masuk rumah. Sekali-sekala jelah. Tu pun kalau si Cekengah pergi jalan-jalan shopping, terserempak benda begini. Teringin nak rasa atau teringat pada orang-orang di rumah, dia belilah sepek dua. Dan selalunya, bila dia beli, dia malas nak buat, jadilah rezeki saya 😀


Inilah rupa packaging Idahoan Roasted Garlic Mashed Potatoes.

Kentang Bakar - Sedap Mudah Mengenyangkan

Jumaat, Oktober 26, 2018

Saya selalu pastikan ubi kentang sentiasa ada dalam stok barang dapur. Sekurang-kurangnya apabila saya hendak sediakan sesuatu yang mudah dan sedap, my favourite pick is baked potatoes. Tidak kisahlah sebagai side dish, something to eat during brunch or just a simple treat for one, kentang bakar akan jadi sesuatu yang lazat untuk dinikmati.

Resepi kentang bakar sangat mudah. Disediakan dengan menggunakan ramuan minima yang boleh didapati di dapur. Secara dasarnya, kita hanya perlukan:
  • Kentang
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak masak. Juga boleh digantikan dengan sedikit marjerin atau mentega.

Empat bahan di atas kira bahan asaslah. Selebihnya, kita enhance keenakan rasa kentang bakar dengan pelbagai bahan lain (mengikut cita rasa). Macam saya, kalau nak sesuatu yang mudah disediakan dan  mengenyangkan, saya memang akan buat kentang bakar kegemaran guna empat bahan tadi je. Kentang bakar versi empat bahan ini juga sesuai untuk yang menjaga pengambilan kalori dalam pemakanan.

Cuma apabila tunas rasa ingin dimanja-manja ... sudah alang-alang buat kentang bakar tu apalah salahnya buat sesuatu yang kaya dengan rasa, kan? Pilihan utama saya tentulah tambah parutan keju kemudian  gandingkan dengan taburan herba yang sesuai seperti parsley, oregano atau thyme. Guna rosemary pun sedap! 

Resepi Air Fryer - Tauhu Bergedel

Jumaat, Jun 01, 2018

Tauhu bergedel memang kegemaran saya. Suka sangat makan tauhu bergedel, cicah dengan kuahnya siap dengan cili api. Bila gigit tang cili api tu, fuhhh terangkattttt!!

Tahun lepas si Cekengah rajin beli tauhu bergedel ni sebagai salah satu hidangan berbuka puasa kami. Alang-alang dah suka tu, saya mula buat sendiri. Buat banyak barulah puas makan.

Tauhu bergedel versi saya disediakan guna air fryer. So, saya goreng (masak) tidak perlu guna minyak. Kiranya ni healthier version of tauhu bergedel lah. Lagipun, saya prefer guna air fryer time bersilat busy di dapur. Tak perlu tunggu perhati gorengan di dalam kuali. Masukkan je ke dalam air fryer, set timer, biarkan dan TINGGGG! Siap!


Resepi Tauhu Bergedel Mudah


Resepi Kentang Goreng Bawang

Isnin, Februari 05, 2018

Kentang goreng bawang ini sebenarnya biasa disediakan sebagai side dish apabila saya masak bubur kosong untuk Cekebon. Berseleralah sedikit makan apabila ada side dish sebegini. Tidakpun, kalau nak makan nasi tak ada lauk, hidangan kentang goreng bawang ini akan jadi lauk segera yang dimasak. Nikmati dengan nasi panas dan sedikit kicap manis. Yummehhh! 



Resepi Kentang Goreng Bawang

Resepi Ubi Goreng Berempah

Ahad, Ogos 07, 2016

Ubi goreng,..ubi rebus,..ubi bakar...ubi lenyek, semuanya kegemaran saya. Kali ini dapur di tower buat ubi goreng berempah pula. Sedapppppp! Bahagian luarnya garing-garing, tetapi bahagian dalam tetap lembut dan sangat enjoyable untuk dinikmati.



Resepi Mudah Ubi Goreng Berempah

Bahan-bahan yang diperlukan:

Creamy Sweet Potatoes

Isnin, September 21, 2015

Hidangan ini sepatutnya hidangan salad. Hajat hati nak buat salad keledek. Kebetulan ada lebihan keledek jepun bakar dan sedikit romaine lettuce. Tengah prep bahan-bahan lain, saya pergi buat panggilan jap. Lepas tu terus hilang fokus. Pergi kemas fail, angkat kain, main kejar-kejar dengan Yuri, sakat Cekebon,...dah buat macam-macam baru teringat yang saya nak buat salad sebenarnya.

Masuk dapur balik, I lost my greens! Dengan muka tak bersalah, si Bott tengah mengunyah daun salad terakhir. Bott ni memang dah macam kambing dah. Pantang nampak sayur! Daun salad ke,..ulam ke,..semua dia bedal dengan penuh selera.

Makanya,..tukar plan! Jadilah Creamy Sweet Potatoes.

Resepi Mudah - Jejari Keledek Kayu Manis

Selasa, Jun 23, 2015

Ini hidangan berbuka dan moreh hujung minggu lepas. Ada lebihan dua tiga biji keledek Jepun di rumah, baki buat keledek bakar. Kononnya treat untuk diri sebelum puasa. Tak dapat ubi cilembu, ubi Jepun pun sodapppp!

Takkanlah nak buat keledek bakar lagi kan,.. So, kita gorenglah. Buat macam sweet potatoes yang dijual di Shihlin Taiwan Snacks tu. Tapi, yang ini cinnamon version :)
 
Jejari Keledek Kayu Manis Yummy!

Resepi Jejari Keledek Kayu Manis

Jom Keledek Bakar

Khamis, April 16, 2015

Selamat petang semua! Dah lunch ke belum? Haaa, ingat lagi craving saya yang teringin sangat nak makan ubi cilembu dulu (Sila baca di sini ye)? Tak sudah lagi 'episod teringin' saya hehehe. Hujung minggu, masa Cekengah gi joging kat TTDI, kirim kat dia suruh beli keledek Jepun ni. Dekat park tempat si Cekengah joging, memang ada macam-macam gerai. Selalu dia jeling-jeling je gerai jual keledek Jepun tu. Kali ni saya suruh dia beli 1 kilo.

Resepi Keledek Bakar (Baked Sweet Potatoes) ini sangat mudah! Mula-mula, basuh dan bersihkan keledek-keledek yang ada. Saya potong dan buang bahagian hujungnya sedikit.

Keledek Jepun sedia untuk diproses :)

Ubi Cilembu Bakar

Rabu, Mac 25, 2015

Ni kisah beberapa hari lepas. Bangun pagi je tiba-tiba teringin nak makan ubi cilembu bakar. Melampau tak? Penangan edit manuskriplah ni. Ada pula sentuh bab ubi cilembu. Lepas tu, kenalan saya di Jakarta boleh pula upload gambar dia makan ubi ni. Pingin ubi cilembu! Pingin ubi cilembu!

Ubi cilembu sebenarnya salah satu spesies keledek yang banyak terdapat di Indonesia. Turut dikenali sebagai ubi madu dek kerana rasanya yang manis. Apabila ubi ni dibakar atau dipanggang, kandungan gula di dalam ubi ni akan meleleh keluar dan caramelized. Tekstur ubinya akan kelihatan seperti bersira dengan gula merah.

Pagi tu jugak saya rengek dekat Bott nak pergi cari keledek bakar. Tidak silap saya, dekat kedai yang selalu jual buah berangan, ada baked sweet potato juga. Bott pening kepala. "Confirm ke kat kedai tu ada ubi cilembu?!" Saya dengan confident angguk kepala. Dah masuk Malaysia, tak adalah pakai nama ubi cilembu lagi! Jadi 'honey sweet potato' atau keledek madu ;)

Resepi Mudah - Kentang Bakar Rosemary

Sabtu, Januari 10, 2015

Satu lagi resepi berasaskan kentang yang sangat mudah untuk disediakan.

Kentang Bakar Rosemary


Bahan-bahan:
  • Beberapa biji kentang. Bersihkan, potong memanjang. Jika nak lebih berperisa dan nak dapat khasiat kentang sepenuhnya, tidak perlu buang kulit. Untuk hidangan kali ini, saya kupas kulit kentang kerana nak leach; - rendam untuk kurangkan kandungan potassium. Jadi, Cekebon yang on low potassium diet boleh makan sama :)
  • 2 - 3 sudu besar minyak zaitun
  • 5 siung bawang putih (dititik dan buang kulit)
  • beberapa tangkai rosemary
  • garam secukup rasa
  • sedikit parutan kulit lemon

Stew Kubis Bunga dan Kentang

Khamis, Januari 08, 2015

Stew Kubis Bunga & Kentang

Kali ni tukar selera, buat stew cauliflower dengan kentang. Boleh dijadikan lauk atau buat cicah dengan roti. Nyummm nyummm. Resepi? Boleh rujuk entri terdahulu saya - Stew Ayam dan Stew Kentang. Bolehlah bega-begakan apa yang patut. Kalau nak yang berkuah seperti di atas, guna resepi Stew Ayam. Tetapi kalau nak pekat sedikit, rujuk resepi Stew Kentang ye :)




Resepi Mudah: Kentang Bakar Mustard

Selasa, Oktober 21, 2014

Satu lagi resepi berasaskan kentang. Mustard Baked Potatoes. Sedap tau! Nak cuba? Silakan. Boleh pakai sebarang jenis sos mustard yang kalian ada di rumah. Tidak kiralah yellow mustard ke... honey mustard ke... dijon mustard...apa sahaja pun boleh.


Bahan-bahan untuk kentang bakar

Kentang dibasuh bersih-bersih, dibelah kemudian direbus. Jika tidak mahu rebus dahulu pun tak mengapa, tetapi nanti kena bakar lama sedikit.


Sedia untuk dibakar.

Pastikan ketulan kentang tidak bertindan. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 30 minit.


Hidangan kentang bakar mustard.


Dah siap! Jemput makan!

Resepi Stew Kentang

Jumaat, Oktober 10, 2014


Salam Jumaat! Pagi ini saya nak kongsi resepi stew kentang. Haaa,..siapa-siapa nak tukar selera, bolehlah cuba masak hidangan mudah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 biji kentang bersaiz sederhana (potong nipis dan goreng hingga empuk)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 butir bunga lawang
  • 1 inci halia (hiris memanjang)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 - 4 sudu besar kicap manis
  • 8 tangkai cili api (Bagi yang suka makan pedas. Kalau ada budak-budak nak makan, jangan letak, OK)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • sedikit air
  • sedikit minyak masak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar dan halia. Biarkan seketika.
  2. Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan cili api. Kacau kuah hingga sekata. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng.
  3. Bancuh tepung jagung dengan beberapa sudu besar air. Masukkan dan tunggu hingga kuah memekat.
  4. Sedia untuk dihidang!


Bergedil @ Bergedel Tuna

Isnin, Mac 10, 2014

Ada yang sebut begedil,...ada yang sebut bergedil. Di sesetengah tempat pula dipanggil pegedil atau pergedil. Sebenarnya perkataan yang tepat ialah 'bergedel' dan 'pergedel'. So, hari ini dari dapur FAMF Tower, saya nak kongsi resepi Bergedel @ Pergedel Tuna.


Resepi Bergedel @ Pergedel Tuna

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 tin tuna
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 3 biji cili hijau (hiris)
  • 4 biji kentang saiz sederhana besar (kupas kulit dan rebus)
  • 1 - 2 biji telur
  • 2-3 sudu besar jus perahan lemon
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • Minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng.


Cara penyediaan:
  1. Tuskan tuna. Masukkan ke dalam mangkuk sederhana besar. Hancur-hancurkan dan gaul bersama bawang besar, kentang yang telah direbus dan dilenyek dan cili hijau.
  2. Masukkan jus perahan lemon. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Tambah jus lemon jika ingin lebih masam atau lebihkan lada hitam jika suka.
  3. Kepal dan bulat-bulatkan ikut saiz yang dikehendaki. Padat-padatkan isi bergedel supaya tidak mudah pecah apabila digoreng.
  4. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Kacau sedikit hingga kembang.
  5. Panaskan minyak. Celup bergedel dengan telur dan goreng hingga keperangan.
Kebiasaannya, untuk membuat bergedel kentangnya digoreng (supaya lebih senang melekat apabila dibentuk). Saya memilih untuk rebus kentang sebab nak meminimakan penggunaan minyak. Itu sebabnya sewaktu membentuk bergedel, kita kena padat-padatkan isinya.

Saya juga tidak 'deep-fry' sebaliknya menggunakan sedikit minyak canola dan goreng bergedel di atas kuali tidak melekat (non-stick pan). Goreng setiap sisi lebih kurang 2-3 minit.

Selamat Mencuba!