Ubi Cilembu Bakar

Rabu, Mac 25, 2015

Ni kisah beberapa hari lepas. Bangun pagi je tiba-tiba teringin nak makan ubi cilembu bakar. Melampau tak? Penangan edit manuskriplah ni. Ada pula sentuh bab ubi cilembu. Lepas tu, kenalan saya di Jakarta boleh pula upload gambar dia makan ubi ni. Pingin ubi cilembu! Pingin ubi cilembu!

Ubi cilembu sebenarnya salah satu spesies keledek yang banyak terdapat di Indonesia. Turut dikenali sebagai ubi madu dek kerana rasanya yang manis. Apabila ubi ni dibakar atau dipanggang, kandungan gula di dalam ubi ni akan meleleh keluar dan caramelized. Tekstur ubinya akan kelihatan seperti bersira dengan gula merah.

Pagi tu jugak saya rengek dekat Bott nak pergi cari keledek bakar. Tidak silap saya, dekat kedai yang selalu jual buah berangan, ada baked sweet potato juga. Bott pening kepala. "Confirm ke kat kedai tu ada ubi cilembu?!" Saya dengan confident angguk kepala. Dah masuk Malaysia, tak adalah pakai nama ubi cilembu lagi! Jadi 'honey sweet potato' atau keledek madu ;)

Alhamdulillah, misi pencarian saya tidak sia-sia. Kedai yang saya dan Bott pergi tu ada jual dua jenis keledek bakar; satu dari Jepun dan satu lagi dari Indonesia. Walaupun saiznya tidak sebesar yang biasa dijual di sana, OK jelah! Dengan senyum lebar saya order ubi cilembu saya...


Tattadaaaaaa!
Ubi Cilembu Bakar
Nampak tak bahagian isinya yang seolah-olah bersira tu?! Sedap sangat! Lemak-lemak manis. Makan ubi ni sambil sengih sorang-sorang tak pandang kiri kanan. Lepas dah craving gila saya ;)


60 ulasan

  1. as'salam..
    fuhh ubi keledek?fevret yaya..
    sedap nyer tgok.. @o@ nakkkk huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh dah abis lah Cik Yaya.
      Akak dah mamam semua :)

      Padam
  2. sedapnya kak adesss kempunan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. gi cari cepat! rasa-rasa tak jumpa, bakar sendiri keledeknya :)

      Padam
    2. Yes, tang nak cari tu memang susah sikit.

      Padam
  3. Balasan
    1. Kat sini orang panggil keledek madu atau ubi madu :)

      Padam
    2. kalu keledek nape panggil ubi?
      * Soklan cari pasal...

      Padam
    3. keledek tu ubi... ubi tu keledek...

      Padam
    4. Ada beza tak dengan sengal ubi? he he he...

      Padam
    5. Sengal ubi memang berbeza sama sekali dengan ubi kayu, ubi keledek, ubi kentang dan kerepek ubi :)

      Padam
  4. Nak jugak.. Makan petang2 sambil duduk bawah pokok, ditiup angin sepoi2 bahasa..hurm memang layan..
    hehe..

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Bukan bukan. Akak pun tak pasti ubi/keledek ni kita panggil apa kat sini. Akak kenal ni ubi cilembu pun sebab tengok gambar :)

      Padam
    2. ooo... nmpk mcm ubi merah dok jual kt pasar malam tu...tapi yg tu rasa tawaq

      Padam
    3. Haaa yang ubi merah tu local punya. Kalau kita nak buat bakar, kena letak garam sedikit supaya berasa :)

      Padam
  6. waaaaaaa..nampak sedap tu kak..wana pun jadi terliur dah ni..huhu..nak sket bleh ?

    BalasPadam
  7. sweet potato.. kite suke sangat,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan....tak kisah lah bakar ke goreng ke, jadikan mashed ke...saya suka semua :)

      Padam
    2. craving lak tibe2..huhu..mne mau cari...

      Padam
    3. Alamak,...sorry terbuat Anis teringin :)

      Padam
  8. macam sedap jer..macam sedap jer..hehehe..

    BalasPadam
  9. Sedapnya......Saya follow yek.

    Jemput singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang yummy! Akak dah balas kunjungan dan follow, Erna :)

      Padam
  10. Sedapnyaaaaaaa! Haih saya yang pulak mengidam dah T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik kira akak wariskan rasa mengidam akak pada Dylla ye.

      Padam
  11. Nasib baik den dah makan kak. hahaha. Tak pernah rasa lagiiii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau jumpa, jangan lepas peluang utk cuba :)

      Padam
  12. x aci makan sorang2..nak jugak!....nak makan ubi manis nih...supaya sis JM bertambah manis heheeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahhh.sis dh mmg manis pon...

      Padam
    2. Jangan makan manis2 sangat... Kang buah pinggang kat luar! Kah Kah Kah...

      Padam
    3. buang pinggang kat luar okey lagi yunk..jgn buah pinggan kena buag sudah..x kencing hambo nanti

      Padam
    4. Betul, sis JM dah sedia manis. Tak yah nak manis lebey-lebey :)

      Padam
    5. Sis JM jgn terlebih manis nti kena kencing manis hihihi... gurau jah ni

      Padam
  13. xpernah try lak ubi cilembu..selalu makan daging lembu jer...hihihihi

    tp teringin lak nk try ubi tuhhh...nnti nk carik jugak lah...hihihi

    BalasPadam
  14. comelnyaaa nama dia.. cilembu.. ooowh kedai jual brangan yang slalu ada kat jusco tu ke ?
    mmg sebelah dia jual keledek kan.. tapi tak penah beli sebab dok beli brangan aje ehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul betul! Tapi kena tanya dulu ubi dari mana. Kadang2 ada ubi jepun je. Cilembunya nggak ada.

      Padam
  15. adus Kak Faaarrrah why ooo why.. i is kenot seeee potato dan adik bradiknyaaa..

    BalasPadam
  16. Pernah sekali je try....heee..not.bad juga rasanya

    BalasPadam
  17. Tak pernah dengar pulak pasal ubi ni..hehe

    BalasPadam
  18. Saya ada tanam keledek madu blh Call me 0102057327 Ada jual

    BalasPadam
  19. yess. this is so melting.. and saya juga peminat kental ubi keledek. memang selalu bakar & steam keledek kat uamh. kalau tak, sanggup pergi ke AEOn atau The Mines beli keledek yang dah siap bakar kat situ

    BalasPadam
  20. Baru tanam di kebun Cilembu ni..bakar memang sedap..kuning emas...manis bergula

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.