Resepi Telur Dadar Ubi | Omelette with Potatoes

Jumaat, Mac 19, 2021

Gemar tak makan telur dadar untuk sarapan? Hidangan telur ini sangat mudah disediakan dan boleh kita pelbagaikan ramuannya mengikut selera. Antaranya tentu sahaja keju, hirisan tomato, hirisan kobis, lobak merah, jagung manis, bayam, sosej atau peperoni. Pilihannya tanpa batas, terserah selera.

Hari ini saya ingin kongsi resepi telur dadar ubi kegemaran saya. Saya menggunakan ubi kentang dan ubi keledek kuning. Kebetulan ada kedua-duanya di dapur. Selalunya saya akan buat guna ubi kentang sahaja. Kali ini biar bergabung keenakannya. 

'Keratan rentas' telur dadar ubi saya. Terliur tak?

Jom tengok resepi.

Resepi Telur Dadar Ubi

Bahan yang diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 1 - 2 biji kentang saiz kecil (dipotong dadu)
  • 1 biji keledek kuning saiz kecil (dipotong dadu)
  • dua sudu teh bijan putih
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak/mentega/marjerin


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak/mentega/marjerin di dalam kuali leper. Masukkan kentang dan keledek yang telah didadu dan masak sehingga empuk. Angkat dan ketepikan. Saya gunakan air fryer untuk proses ini. Lumurkan kentang dan keledek yang telah didadu dengan beberapa titis minyak. Masak di dalam air fryer sehingga empuk.
  2. Pecahkan telur dan pukul telur bersama garam dan sedikit serbuk lada sulah.
  3. Panaskan sedikit lagi minyak di dalam kuali leper. Masukkan dalam satu sudu teh bijan putih dan biarkan seketika sehingga bijan bertukar warna.
  4. Setelah itu, masukkan kentang dan keledek tadi. Ratakan sekata di dalam kuali leper sebelum tuangkan bancuhan telur. Taburkan satu lagi sudu teh ke atas permukaan telur.
  5. Kawal api. Guna api sederhana dan tutup kuali leper supaya bahagian atas juga masak perlahan-lahan. Apabila tekstur atas telur mula mengeras, terbalikkan telur agar keseluruhan telur dapat masak dengan sekata. Untuk proses ini, boleh gunakan tutup kuali atau pinggan besar untuk terbalikkan telur agar telur tidak pecah atau terbelah.


Hasil akhir:


Potonglah omelette kepada beberapa bahagian sebelum dihidangkan. Telur dadar ini enak dimakan begitu sahaja atau boleh juga nikmati bersama roti bakar. Jangan lupa sos kegemaran kalian. Saya suka nikmati omelette ini dengan sos sriracha dan mayones. Memang tak cukup sepotong!


Selamat mencuba! Hidangan ini sesuai untuk 2 - 3 orang makan. Jika ingin buat portion hidangan yang lebih besar, misalnya untuk 4 - 5 orang, tambah kuantiti telur ke 6 biji. Lebihkan sedikit ubinya. 


Intai-intai juga hidangan sarapan berasaskan telur ini: 





23 ulasan

  1. Kenyang teruk ni kalau makan dengan nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kenyang! Selalu makan begitu je feeling2 piza telur 🤣

      Padam
  2. first time plak tgk org masak telur dadar letak ubi...
    slalu letak bawang je hehehe...

    tapi pape [pun telur dadar mmg menusuk idung... berselera klu makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini telur dadar kenyang lagi mengenyangkan namanya 😂

      Hahahah betul sangat. Bau telur dadar ni, kalau dah kenyang pun jadi lapar.

      Padam
  3. waduhhh... tp skrg sy dah kena stop mkn telur ;-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan bimbang, tak boleh makan telur... kita buat hash brown 🤗

      Padam
  4. Xperlu nasik kalau makan ni. Konfem kenyang! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul betul! Memang confirm kenyang! 😊

      Padam
  5. WOWWW.sedap ni kak. confirmmm kenyang ni :)

    BalasPadam
  6. thank you sharing resepi ni, boleh cuba

    BalasPadam
  7. First time ni tengok orang letak ubi dalam telur dadar. Biasa bawang and cili je. Next time boleh try. Tapi telur dadar ni memang sedap sungguh baunya. Makan dengan tomyam lagi padu hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini telur dadar untuk kasi kenyang namanya. Dah ada protein, kita tambah karbohidrat 😊

      Padam
  8. Uish.. ini buat menu minum petang pun menarik..

    BalasPadam
  9. Menarik. Ada carbs jadi lebih mengenyangkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada protein ada carbs...kalau tak kenyang jugak mesti makan lupa baca doa 😂

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.