Beberapa tahun sebelum ini saya ada tulis entri tentang cara untuk buat huruf blok. Asas huruf blok penting dalam penghasilan poster grafik bagi anak-anak yang belajar lukisan atau yang ambil Pendidikan Seni dan Visual. Jemput baca entri-entri berkenaan di sini:
Hari ini saya ingin kongsi beberapa tips yang saya rasa berguna dan dapat dimanfaatkan supaya huruf blok yang dihasilkan lebih sempurna.
1. Berlatih di atas kertas grid
Kunci kesempurnaan huruf blok terletak pada keseragaman saiz. Secara dasarnya, kita perlu melukis kotak-kotak yang sama besar ukurannya (kotak-kotak inilah yang dipanggil tiga lima atau empat tujuh) sebelum mula membentuk huruf.
Melukis kotak mungkin suatu proses yang dianggap menyulitkan dan boleh buat kita putus angin. 😓Jadi, biasakan diri berlatih di atas kertas grid. Carilah kertas berpetak (free grid paper template) seperti gambar di atas dan cetak. Susah-susah, guna buku tulis Matematik pun boleh. Kita dah jimat satu langkah. Tidak perlu susah payah untuk lukis kotak lagi. Saiz? Terpulang. Ikut keselesaan masing-masing. Sementara hendak mahirkan diri, pilihlah beberapa saiz yang berbeza.
2. Gunakan syiling untuk lengkungan lebih kemas.
Sukar untuk menghasilkan lengkungan yang cantik bagi huruf-huruf seperti B, D, O, P dan S? Jangan bimbang. Mula-mula memang agak sukar kerana perkara ini memang memerlukan latihan. Sementara itu, apa kata gunakan duit syiling untuk mendapatkan garis lengkungan yang lebih kemas. Letakkan duit syiling 5 sen atau 10 sen pada bucu kotak di mana lengkungan hendak dibuat dan lukis. Mudah, bukan?
3. Gunakan pensel yang tajam untuk hasil yang tepat.
Mata pensel yang tumpul akan menyukarkan kalian mendapatkan huruf blok yang sempurna. Malah, berkemungkinan besar hasil kerja kalian boleh nampak comot.
Maka, pastikan pensel yang digunakan tajam (boleh juga guna pensel mekanikal). Satu peringatan penting, jangan guna tekanan (pressure) yang kuat ketika melukis. Seandainya terdapat kesalahan, tidaklah ketara kesan lakaran yang dibuat.
4. Ingat huruf-huruf 'istimewa'.
- Tidak semua huruf memakai formula 3 x 5 yang sama. Terdapat kekecualian untuk huruf M dan W (5 X 5).
- Huruf J 'gondol' tanpa perlu ada 'tangkai' (garis melintang) di atasnya.
Selamat berlatih! Apabila sudah mahir membuat huruf blok yang asas, bolehlah maju selangkah lagi dengan membuat huruf blok condong atau huruf blok dengan efek bayang.
Terus teringat zaman sekolah kena buat buku skrap.
BalasPadamHahah betul-betul, buat cover buku skrap pakai huruf blok 😊
PadamTak pernah menjadi kalau buat hahaha, last last fedup :D
BalasPadamBuat huruf blok ni antara dugaan terbesar masa sekolah hahahah
PadamThrowback zaman sekolah bila baca ni. Selalu stress sebab tangan keras dan tak minat kelas seni. Napelah cikgu saya dulu tak ajar cam kak Farrah
BalasPadamAkak pun tak minat seni dulu, Sal. Amik Seni semata-mata untuk cukupkan 9 subjek SPM yang senang-senang hahahah
PadamTangan keras sungguh tak pandai lukis pemandangan. Tu yang gigih belajar huruf blok supaya leh pilih soalan buat poster 😂
uishhhsheeyy teringat zaman sek men dulu ada belajar ni..shida budak kelas seni tau..Allah bila tgk menggamit betul..dulu melukis pn pkai grid..kotak2 cmtu..
BalasPadamYeayy, kita geng! Akak memang happy kalau kena buat huruf blok ni, Shida 😀
Padamfav sy ms sek ren dulu. pantang buku maths ada yg tak pakai selalu jd mangsa hahahaha
BalasPadamBetul betul... buku maths, kertas graf... asal kotak je jadi!
Padamwahhh.nampak lagi senang guna kertas grid niii..
BalasPadamMemang senang, dik.
PadamTerima kasih untuk perkongsian ohsem ini..
BalasPadamSha suka tengok hasilnya yang cantik.. hehehe.. boleh tunjuk dekat Amani ini..
Sama-sama, Sha. Nanti bolehlah cuba buat dengan puteri-puteri Sha 😊
Padam