Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Pernah dengar tentang huruf blok? Saya ada dua tiga orang pelajar sekolah menengah yang ambil kelas lukisan dengan saya. Minggu ni dan minggu lepas kami banyak buat sesi berlatih membuat huruf-huruf blok. Huruf-huruf blok ini antara asas yang penting bagi memudahkan mereka untuk buat poster, signage, kad dan macam-macam lagi. Dalam erti kata lain, senanglah hendak siapkan tugasan seni visual yang diberikan oleh guru.
Ada banyak cara dan jenis huruf blok yang boleh kita hasilkan. Antaranya, huruf blok tiga lima (3 X 5), huruf blok (4 X 7) dan huruf blok 3D. Nanti jika ada kesempatan, saya kongsikan satu persatu di sini.
Hari ini saya ingin kongsi dan tunjukkan cara membuat huruf blok tiga lima (3 X 5). Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan 'tiga lima' ialah bilangan kotak melintang (mendatar) dan kotak menegak yang digunakan dalam menghasilkan huruf blok yang seragam. Perhatikan gambar di bawah, setiap huruf dilakar di atas 3 kotak melintang dan 5 kotak menegak (kecuali huruf M dan W yang guna 5 X 5).
Saiz huruf blok, bergantung pada kalian. Jika mahu buat huruf bersaiz besar, ukuran satu kotak buatlah 3cm (dan ke atas). Jika hendak yang bersaiz kecil, 1cm/kotak sudah memadai. Apa yang penting, ukuran kotak kita mesti sama. Biar tepat. Barulah huruf blok terbentuk dengan cantik dan kemas.
Jika dilihat pada gambar di atas, garis putus-putus yang ada pada sesetengah huruf bertujuan untuk dapatkan ketepatan (accuracy). Setelah siap, garis-garis putus itu boleh dipadam sebelum huruf diwarnakan.
Lihat juga: Tips Buat Huruf Blok. Saya ada kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk mendapat hasil huruf blok yang terbaik.
Selamat mencuba!
Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
dulu dah belajar buat huruf blok untuk mata pelajaran lukisan kejuruteraan.. masa tu tulisan kena cantik laa..
BalasPadamHihihi saya Cekebon yang ajar sebab masa kecik untuk pendidikan seni saya suka buat poster. Tangan keras nak lukis pemandangan :)
Padamohh ya ka.. kakak Eyda masa sekolah dulu suka lukis pemandangan bagai.. sekarang dah tak pandai sebab dah lama tinggal..
PadamAkak ni semua boleh jadi cikgu seni cikgu anak anak sampai lah remaja
BalasPadamAmboi, bukan main lagi komen dia! Ajar benda2 simple bolehlah, Yana :)
Padammoga Allah limpahkan pahala buat akak, juga kejayaan buat anak anak didik akak
BalasPadamsaya buat huruf blok pakai yg alat siap tu,pembaris blok kot orang panggil,sbb buat macam ini selalu fail,sebab tak tahu ukuran dan jadinya tak seragam.
BalasPadamOhhh, pembaris tu,..tahu..tahu. Lepas ni, Nana kalau nak buat boleh practice guna kertas matematik. Tak adalah saiznya satu tu je,..boleh buat besar, buat kecil :)
PadamHappy Weekend kak farah yg kreatif.
BalasPadamSiqah guna font kat word dan print je.. Hee..
BalasPadamdulu time saya masuk pertandingan melukis cikgu seni saya suruh guna cara ni.. guna kertas tebal potong ikut petak2 tu.. mmg senang,,
BalasPadamzaman sekolah dulu2 terer bab buat huruf ni sebab kita ambik Pendidikan Seni kan.. hahahahahha...
BalasPadamkalau 2x5 pun boleh lah ek cuma size huruf tu akan jadi lebih kecik kan
BalasPadam2x5 rasa xleh la sis JM
PadamThank share
BalasPadam