Malam tadi, lepas habis kelas, saya dihubungi oleh seorang teman yang nak tempah kad istimewa. Katanya dia mahu kad simple bertemakan Pikachu. Nak diberikan kepada someone yang tengah gila dengan Pokemon Go. Saya pun iyakan sahaja sebab sebelum ini saya pernah tengok di Pinterest kad ucapan Pikachu. So, dah ada general idea. Tak adalah pening kepala nak memikir ;)
Pagi ni masuk bilik kraf, sediakan apa yang patut. Saya guna Diamond Press Tool saya dengan dies bulat-bulat yang baru beli. (Baca mengenainya di sini).
Bahan-bahan yang diperlukan. |
Mujurlah stok kad kuning tona warna Pikachu ada dalam stok. Ngam-ngam tinggal sekeping. Selebihnya, tidak ada masalah. Kertas hitam, putih dan merah. Gegelang bulat tu dies yang saya maksudkan. Untuk potong bahagian mata dan pipi Pikachu.
Hasilnya,..
Si Pika! |
This is an explosion card. Jangan salah sangka. Kad ini tak meletup ye. Apa yang dimaksudkan sebagai explosion card, bukaan bahagian dalamnya seperti di bawah ini. Special sikitla berbanding kad ucapan biasa :)
Tapi, untuk kad Pikachu ni saya belum buat bahagian dalamnya lagi. Nanti akan siapkan sekali dengan sampul surat. Supaya lebih bersesuaian dengan tema, sampul surat saya akan buat style Pokemon Ball. Oh, bagi sesiapa yang nak cuba buat explosion card, boleh intai tutorialnya di sini, di sini dan di sini.
mmg demam pokemon skrg ni...
BalasPadamSis Jm terlibat jugak ke?
Padamgigih kira pokemon nih... hihihihhi
Padamiy pon?
Padampokemon tu cute..anak doraemon ke eh?
BalasPadamSS ada doraemon hahha
Padamkahkah.. rasanya anak sedara Doraemon kot Sis JM.. kihkih
Padamsesuai untuk orang yang tengah demam pokemon sekarang..
BalasPadamSana sini pokemon hehehe
BalasPadamakak buat apa pun cantik menjadi! :)
BalasPadamComel ja pika tu.. Nasib baik tak main game ni
BalasPadammeletup tu kira = kejutan
BalasPadamlepas dapat kad macam itu akan terkejut macam nak meletup jantung (*gembira sangat bila dapat) siapa yg tak gembira kan? hehehe
kreatif betul
nina pun tgh demam pokemon go sekarang... hahahaha
BalasPadamDies?
BalasPadamApe tu kak?
Comelnya kad Pikachu tu kalau anak saya nampak mesti die nak jugak.
BalasPadamComelnya farrah buat! Rupanya farrah ada ambil tempahan DIY kad ek? Hee.
BalasPadamcute miute nih...
BalasPadamdengar2 pokemon dah nak kena banned kat asia... ehhhhhh..
BalasPadameh? patutlah macam dah kurang je cerita pasai pokemon
Padamabang ekin main pokeman go hihihihi... comelnya kak farah buat tak sabar nak tengok dah siap nanti
BalasPadamehh da buat ke?..
BalasPadammcm xjumpe je
ke ayu terlpeas pandang ni
anteknyer!!
BalasPadam