Salam Jumaat! Pagi ini saya nak kongsi resepi stew kentang. Haaa,..siapa-siapa nak tukar selera, bolehlah cuba masak hidangan mudah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 biji kentang bersaiz sederhana (potong nipis dan goreng hingga empuk)
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 butir bunga lawang
- 1 inci halia (hiris memanjang)
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu besar kicap pekat
- 3 - 4 sudu besar kicap manis
- 8 tangkai cili api (Bagi yang suka makan pedas. Kalau ada budak-budak nak makan, jangan letak, OK)
- 1 sudu teh tepung jagung
- sedikit air
- sedikit minyak masak untuk menumis
Langkah-langkah Penyediaan:
- Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar dan halia. Biarkan seketika.
- Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan cili api. Kacau kuah hingga sekata. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng.
- Bancuh tepung jagung dengan beberapa sudu besar air. Masukkan dan tunggu hingga kuah memekat.
- Sedia untuk dihidang!
Wah, macam sedap je Farrah..nanti Cik Mimie nak cuba lah :)
BalasPadamSilakan, Cik Mimie. Insya Allah, sedapppp!
Padamterliur tgk cili hijau tu.slurppppppp3x..hehe..letak daging sikit pun sodap kak
BalasPadamFuhhh, klu letak daging toksah cakaplah, Nana. Memang terangkattttt!
Padamfarra..post ckit mai penang..ngee
BalasPadamAlamak,...hancur lunyai stewnya by the time sampai kat Khaty :)
Padamkak Farrah! apa khabar? hehe.. bestnya stew.. dulu mak cik buat stew... rasa sedap la pula.. in shaa ALLAH satu hari nanti nak try sendiri ^^,
BalasPadamKhabar baik, cayang. Haa,..dah suka tu, simpan resepi nih. Nanti rajin2 boleh cuba :)
Padamperghhhh...
BalasPadamkak farrah selalu dera nafsu makan ayu tauuu
Oh, tidak! I bukan pendera! Bukan pendera!
Padammacam masak kicap pun ada. boleh kan kalau tukar kentang dengan ayam?hehe
BalasPadamBoleh saja.. :)
PadamSalam singgah..saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog
BalasPadamsaya balik :)
http://seronoknyermelukis.blogspot.com
Terima kasih. Nantikan kunjungan balas saya :)
Padammlm ni tak makan nasik lagi sbb leka BW...sekali bila masuk sini ya ampun..sedapnya nak stew kentang tu terus telan air liur..esok cuti nk try masak..cah copy resipi nih..pesal pandai sgt masak nih..rajin lah tu..hai untunglah badan siapa dapat si Farrah nih
BalasPadamSis JM, kenapa tak makan nasik tu,...diet ke? Tak perlu dietlah, sis dah cukup langsing!
PadamHehehe 'rajin' sangatlah maka masak lauk senang-senang je ;)
Baru tau nama dia stew tu macam mana. Haha. Boleh try ni
BalasPadamSilakan, budak. Kepekatan kuah tu bergantung pada kita. Nak pekat lebihkan sikit tepung jagung,...nak cair sikit, kurangkan tepung jagung :)
PadamI labyu k.Farah sebab bagi resipi masak kentang.
BalasPadamTeringin nak masak, tapi satgi nak pi spital.
Oh, husband Shikin operate kan,...akak doakan semuanya berjalan lancar. Tak pe,..kentang tu boleh masak bila2.
Padamfuhh.. dah dpt bayangkan rasanya tuu.. hehe.. nt nak try resipi ni jugak la :)
BalasPadamSilakan, Nadyya. Mudah je nak membuatnya :)
PadamMacam sedap ja akak.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian resepi ni
Bolehlah, aRz. Buat tukar-tukar menu :)
Padamya Allah kentang ni masaklah apa pun.. konpem sedap. CT dahla hantu kentang ngan segala spesis ubi.. just kena kurangkan skarang ni.. diet carb laaa katakan..
BalasPadamCitarasa kita sama! Akak suka kentang, keladi, keledek, ubi kayu. Memang carbs semuanya ;)
PadamSimplenyee! tak tau lahai bila boleh try. :(
BalasPadamJangan risau, Aina. Kumpul je resepi senang2 ni dulu. Nanti tetiba ada mood/teringin nak masak,...dah ada idea nak cuba apa :)
Padamkentang kentang~ entah bile diri ini nak merajinkan diri ke dapur bonda~
BalasPadamakan tiba masanya,... :)
PadamThanks for sharing
BalasPadam