Resepi Mudah - Kentang Bakar Rosemary

Sabtu, Januari 10, 2015

Satu lagi resepi berasaskan kentang yang sangat mudah untuk disediakan.

Kentang Bakar Rosemary


Bahan-bahan:
  • Beberapa biji kentang. Bersihkan, potong memanjang. Jika nak lebih berperisa dan nak dapat khasiat kentang sepenuhnya, tidak perlu buang kulit. Untuk hidangan kali ini, saya kupas kulit kentang kerana nak leach; - rendam untuk kurangkan kandungan potassium. Jadi, Cekebon yang on low potassium diet boleh makan sama :)
  • 2 - 3 sudu besar minyak zaitun
  • 5 siung bawang putih (dititik dan buang kulit)
  • beberapa tangkai rosemary
  • garam secukup rasa
  • sedikit parutan kulit lemon



Cara-cara Penyediaan:
  • Jika ingin tekstur kentang yang crispy di luar dan lembut di dalam, rebus kentang hingga empuk terlebih dahulu barulah kemudiannya dibakar. Kalau tidak, boleh terus bakar je. Oh ya, sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu - 230 darjah celcius.
  • Ratakan kentang atas dulang pembakar. Letak minyak zaitun, rosemary dan garam. Gaul sekata. Pastikan minyak zaitun cover potongan-potongan kentang supaya tidak terlalu kering apabila dibakar.
  • Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
  • Setelah siap dibakar. Tabur sedikit parutan kulit lemon. Hidangkan.

Sedap dimakan begitu sahaja atau boleh cicah dengan sos, mayones dan mustard.

Selamat Mencuba!


Psst! CT Humairah, you should try this :)

63 ulasan

  1. saya pernah cuba bakar potato..tp tak menjadi..agaknya masa cepat sangat kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa singkat and maybe suhu oven tak cukup tinggi. Don't worry,..boleh cuba lagi. Jgn nana serik sudah :)

      Padam
  2. Semudah 1, 2, 3 resepi kak farrah...hehehe :)

    BalasPadam
  3. dekat mana nak cari rosemary kak farrah? hukhukhuk. terliur lahh pulak akak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cold storage, Tesco...klu xjumpa yg fresh, boleh beli yg kering dlm botol. Cari kat bahagian rempah ratus :)

      Padam
  4. rajinya .. boleh la nk cuba.. bosan juga asyik makan ayam hehe

    BalasPadam
  5. Kalu SS yang buat.. Tak jadi Rosemary... Jadi RosnahMatAris... He He He..

    BalasPadam
    Balasan
    1. uishhh jgn SS... kan datang serbu plak rumah SS...

      Padam
    2. hahahahhaa... ade je modal si SS ni buat orang gelak! =D

      Padam
    3. Boleh dikomersialkan tu, SS :)

      Padam
    4. SS..RosmahMatAris okey lagi jgn Rosmah Mansor susah le

      Padam
  6. Balasan
    1. Silakan, Eny. Kalau nak lebih berperisa, sprinkle sedikit garam halus before hidang :)

      Padam
  7. rosemary tu yang susah nak dapat >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau susah nak dapat yg fresh boleh beli rosemary yang dah dikeringkan.

      Padam
  8. Tak tahu mana nak cari rosemary >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak boleh nak suggest kat Farah la...cuba cari kat fresh market :)

      Padam
  9. Mesti best dengan kehadiran rosemary....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa a bit different sebab rosemary ni manis-manis bunga :) heheeh macam tak wujud perkataan tuh tapi bolehlah buat bagi gambaran ;)

      Padam
  10. Balasan
    1. Ada. Yang fresh ada, yang dalam botol dalam bentuk kering pun ada :)

      Padam
  11. sedapnyer !!!! teringin nak buat,tapi anak eyja no.2 x boleh makan kentang. dia akan muntah.

    BalasPadam
  12. boleh try ni. boleh buat makan kudapan. hehe

    BalasPadam
  13. awww sedapp.. anis memang suka kentang..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai jugak yang suka kentang ye....boleh bukak kelab kita gamaknya :)

      Padam
  14. Mudah ni..anak-anak aaya mesti suka kalau mama diaorang rajin buat..heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak buat utk anak-anak, rosemary tu boleh omit. Takut diorang tak suka plak :)

      Padam
  15. ana suka apa saja base on kentang! hehe

    BalasPadam
  16. ohh... sedap ni.. febret2!! luna suke campur brokoli dengan carrot... =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good idealah, luna! Lain kali nak try macam luna buat pulak :)

      Padam
  17. ala, rosemary tu nak cari kat mana pula la >.< tapi nampak sedap.. saya pun suka kentang macam Ana. hahahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng!
      Tak de rosemary pun tak apa. Taburkan serbuk lada hitam je pun sedap!

      Padam
  18. wowwwww....mesti sedap kan. saya suka kentang ni

    BalasPadam
  19. simplenya nak buat..menu sihat ni kak..bagus2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sihat kalau makan sikitlah. Kalau makan sedulang dah cari nahas dah :)
      Yang penting, mengenyangkan...

      Padam
  20. uhuk uhuk uhuk.. kena seru kat sini hahaha.. saja aje kan Kak Farrah menjamu mataku dengan kentang-kentangmu.. low carb diet skrang. apa guna ada buku sampai rumah kalau tak guna =D but skali skala boleeeeh kan *mood ngelat* i is so lemah with kentang.. iman goyah hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala sorry! Tak pe...nanti cheat day makan ye. Buat masa ni kuatkan semangatmu, CT! CT boleh! Chaiyok! Gambatte Kudasai!

      Padam
    2. hehehe cheat day every 2 weeks hehe yeah !! nak ayu cantik jelita ni..

      Padam
  21. pakat tanya rosemary tu... saya rosemary tu bnda pon xtahu... sayuran ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. daun rasanya,,kalau x salah kan Farrah

      Padam
    2. Betul, sis. Sejenis herba. Zarul google image rosemary,...nanti kenalla :)

      Padam
  22. kalau gantikan Rosemary dgn benda lain boleh x..daun parsley ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh aja, sis. Ganti ngan sweet thyme ke, parsley pun buleh. Kita yg buat dia :)

      Padam
  23. ayu suka kentang
    xkisah la kentang bakar ke kentang goreng ke
    best kalau ade cheese kak farrah

    BalasPadam
  24. cicah dgn mustard memang menjilat jari

    BalasPadam
  25. Selalu guna rosemary yg dh jd serbuk tu je. Kalo daun dia dpn mata pn x tntu lg sy kenal. Hehe.
    Kalo kt pasaraya mcm mahal kn herbs dlm botol. Kalo kt BAGUS murah. Kakak sy rjin beli :)

    Akak, potassium kalo banyak tak elok utk diet ea? Maaf le sy ni xtau pape :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita perlukan potassium tapi tak leh lebih sangat. Mcm yg lain2 juga, kena balance. Cekebon akak ada kidney problem & kandungan potassium yg tinggi dlm food tak elok utk dia. It's ok budak, there's always s/thing new to learn everyday :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.