Creamy Sweet Potatoes

Isnin, September 21, 2015

Hidangan ini sepatutnya hidangan salad. Hajat hati nak buat salad keledek. Kebetulan ada lebihan keledek jepun bakar dan sedikit romaine lettuce. Tengah prep bahan-bahan lain, saya pergi buat panggilan jap. Lepas tu terus hilang fokus. Pergi kemas fail, angkat kain, main kejar-kejar dengan Yuri, sakat Cekebon,...dah buat macam-macam baru teringat yang saya nak buat salad sebenarnya.

Masuk dapur balik, I lost my greens! Dengan muka tak bersalah, si Bott tengah mengunyah daun salad terakhir. Bott ni memang dah macam kambing dah. Pantang nampak sayur! Daun salad ke,..ulam ke,..semua dia bedal dengan penuh selera.

Makanya,..tukar plan! Jadilah Creamy Sweet Potatoes.

Creamy Sweet Potatoes

Keledek tu dipotong supaya jadi chunks. Masukkan satu sudu mayonis, dua sudu susu segar, sedikit lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Siap! Mamam depan TV :)

Oh ya,..selamat memulakan minggu baru!


46 ulasan

  1. Nampak sedap..lah. rasanya makan begitu ja kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dimakan begitu sahaja, Etuza. Buat kudap-kudap :)

      Padam
  2. ni good idea, keledek unggu ni mmg manis kan... bott tu sape? hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni memang favourite akak ni, Eny. Memang manis keledeknya. Ohhh,...si Bott tu kawan baik akak :)

      Padam
    2. ehehe geng geng =D i love all potatoes family..

      Padam
  3. Nampak menyelerakan la! ermmm mesti sedap rasanya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ietams. Sekejap je habis semangkuk tu.

      Padam
  4. terbaiklah kak.. Ada je ideal kan..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah adjust sikit sana sini, Ikhwan. Buat makan dan yang penting tak bazir :)

      Padam
  5. Salam singgah petang FM...sedapnya creamy sweet potatoes...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat petang, Diana. Memang sedap dimamam sambil buat kerja :)

      Padam
  6. berangin x makan?? tapi mcam sedap dan teringin nak mencuba. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa-rasanya tak. Tapi kalau Eyja jenis alah pada ubi2 ni, jamah sikit je lah :)

      Padam
  7. rebus or bakar dulu tak kak Farrah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua-dua boleh. Yang akak punya ni lebihan yang akak bakar beberapa hari sebelumnya :)

      Padam
    2. makan terus Kak Sal.. fresh gitu..
      mapuh laaaa kang Kak Sal pelaku ceq.. Kak Farrah tlg protect please..

      Padam
  8. sedappp ni... nak cuba lah lepas ni..

    BalasPadam
  9. Farrah.. betull saya dah start busy sekarang.. sem baru dah start & nak pulak, tinggal 1 tahun lagi nak deadline submit tesis ni... sebab tu lah busy.. and plus, FL pulak tak sehat sebab jerebu.. lagi bertmbah ke"bizi"an Nye. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, saya ingat Intan ada mentioned di blog, masuk bulan september Intan dah start your final year. All the best, ye. Moga FL cepat sembuh! Shian dia.

      Padam
  10. Balasan
    1. Don't worry, Intan. Sangat2 memahami. Thanks sudi tinggal jejak di sini walaupun tengah busy :)

      Padam
  11. Bott bedal semua?
    Hahaha..Kelakarlah Bott ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye, Shikin. Dia cakap sayang tengok salad tu terdedah atas meja tak de orang makan hihihih alasan....

      Padam
  12. Kita merancang allah menentukan..kikiki..bott punya angkara. Nak kena ni bott ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi betul tu. Dah tak ada rezeki, depan mata pun boleh orang lain kunyah ;)

      Padam
  13. "main kejar-kejar dengan Yuri, sakat Cekebon" <--- sweet lah dah Farrah ni hiksss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu namanya cepat hilang fokus, sis. Macam2 dah buat, benda utama yang nak dikerjakan terabai :)

      Padam
    2. ehehe lepas tu tak ignat eh aku patut buat apa eh.. lupaaaa..

      Padam
  14. wah.. farrah makan begitu saja ke? nampak sedap, tapi aiza tak pernah cuba lagi.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Makan begitu sahaja, Aiza. Cubalah. Lebih kurang macam potato salad tapi kita guna keledek la :)

      Padam
  15. ahahaha Bott, bott...potong stim tul

    BalasPadam
    Balasan
    1. miaahaha.. agak2 Kakak Bott bace tak blog Kak Farrah.. ? dapat tu kambing =P

      Padam
  16. itu keledek yg dah di bakar eh..klau keledek yg dh di rebus sedap tak?

    BalasPadam
  17. Senang gilaaa. Lepas tu mesti mmbuang. hehe.

    BalasPadam
  18. Simple2 resepi Kak Farrah..hehehe.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. tapi kalo simple pun.. kalo malas cem CT ni x jalan gak.. ehehe..

      Padam
  19. sy suka mkn keledek rebus...sedap....manis lak tuhhhh....

    BalasPadam
  20. waduhhhhhhhh sy lapo laaa...da laa xdan lunch td

    BalasPadam
  21. Nampak sedap tu xpernah makan lagi...

    BalasPadam
  22. Oooo mmg ada ke kalee purple ni...
    Kita mkn purple sweet potato ni ms g okinawa hrtu...

    Jakun mcm apa je... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. eheheh now u can get it in malaysia.. no need okinawa noooo neeeeed hahaha..

      Padam
  23. Ros Jarang beli dan makan yang jenis ni...

    BalasPadam
  24. ahahahaha Kakak Bott lawaklah.. mai tlg habiskan salad dalam fridge CT please..
    MamiZ bising dah tu x makan =P i kan konon nak diet.. bahaha.. da balik travel kembali membolat..

    oh no.. kena teruskan..

    BalasPadam
  25. alamak...
    1st time tgk keledek tu dgn mayo mcm tu..
    jadi purple suda
    heheheh uihhhh hahha lawak la bott ni
    ade ke kak farrah kate dia mcm kambing

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.