Jom Keledek Bakar

Khamis, April 16, 2015

Selamat petang semua! Dah lunch ke belum? Haaa, ingat lagi craving saya yang teringin sangat nak makan ubi cilembu dulu (Sila baca di sini ye)? Tak sudah lagi 'episod teringin' saya hehehe. Hujung minggu, masa Cekengah gi joging kat TTDI, kirim kat dia suruh beli keledek Jepun ni. Dekat park tempat si Cekengah joging, memang ada macam-macam gerai. Selalu dia jeling-jeling je gerai jual keledek Jepun tu. Kali ni saya suruh dia beli 1 kilo.

Resepi Keledek Bakar (Baked Sweet Potatoes) ini sangat mudah! Mula-mula, basuh dan bersihkan keledek-keledek yang ada. Saya potong dan buang bahagian hujungnya sedikit.

Keledek Jepun sedia untuk diproses :)
Sesudah dibersihkan, boleh sahaja kalau nak masukkan dalam oven dan bakar. Tetapi, memandangkan saya nak buat kerja lain sambil bakar keledek (dan tak mahu terintai terjenguk setiap sepuluh minit), saya balut keledek-keledek saya dengan kerajang aluminium (aluminium foil). Oh, sementara tu, jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu. Suhunya 230 darjah celcius.

Dah siap bungkus.

Susun keledek-keledek atas dulang pembakar dan bakarlah selama 35 - 45 minit. Selepas setengah jam, boleh cucuk dengan garpu untuk check keledek dah lembut ke belum.

Tattadaaaaa! Inilah hasilnya!

Keledek Bakar Nyum Nyum

Senang je kan! Sedia untuk dinikmati :)


33 ulasan

  1. Wow wee..hidangan berkhasiat ni Kak.. ^_^

    BalasPadam
  2. keledek dibakar atau direbus..memang sedap..

    BalasPadam
  3. suka mkn time pns2 da sejuk rs lain ;-)

    BalasPadam
  4. sedap tuh.. tetiba terliur laa plak.. kak Farrah, nak skit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nah, amik tisu ni. Kesat air liur yg meleleh tu hikhikhik

      Padam
  5. sedapp..feberet.. lg best buat sendiri kan..dulu pernah beli kat genting..sana kan sejuk..makan panas2 sedap..sekali beli sebijik je pon..dekat RM20.00 hahaha.. dah dia siap potong..xkan nak cakap x jd beli.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhhh! RM20?! Yelah dah sampai atas sana. Tapi memang syokk makan time hujan, time sejuk2 :)

      Padam
  6. Sedapnya.ubi keledek... nak akak... hai akak ekin datang bomhihihi

    BalasPadam
  7. sedapnya kak Farrah..saya pun suka kalau rasa lemak-lemak manis tu

    BalasPadam
  8. makan ngan kepala letak garam ngan gula sikit.. sedapnyaaaaa, makan ngan kopi o panas petang2 kala hujan turun..
    heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboiiiii bukan main lagi Syida feeling2 mkn keledek ;)

      Padam
  9. Cicah dgn sambal tumis...sedapnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh,...akak kalau cicah ngan sambal tumis tu akak prefer ubi kayu rebus yummmmmmmyyyyy!

      Padam
  10. sedappp..anis suka makan jugak...aummnomnom...

    BalasPadam
  11. membuat kan perot kembali lapo ni.. wuuu

    BalasPadam
  12. kalo CT pun balut gak.. x kuaaaasa nak jenguk selalu..
    tau2 dah rentung nanti ehehe.. daaaaapnye..

    BalasPadam
  13. sedapnya keledek. lepas tu minum air kopi.. fuhh

    BalasPadam
  14. sedapnya! selami ni saya dok rebus aje!
    nak cubalah bakar plak
    tetiba terbayang kemanisan keledek plak =)

    BalasPadam
  15. dok buat ubi kentang tu bakar ja..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.