Kentang Bakar Sos Cajun

Jumaat, Jun 09, 2023

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari. Moga hari ini indah dan baik-baik sahaja buat kita semua.

Lama benar rasanya saya tidak menulis entri resepi di blog ini. Kali ini, saya ingin kongsikan resepi mudah Kentang Bakar Cecah Sos Cajun. Kentang yang crispy di luar, lembut empuk di bahagian dalam, dicecah dengan sos cajun yang mewah. Memang sedap sangat untuk dibuat kudap-kudap.

Okey, jom intai resepi. Kentang boleh dibakar menggunakan air fryer atau ketuhar pembakar (oven) biasa.

Kentang Bakar Sos Cajun

Resepi Kentang Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Beberapa biji kentang (dipotong memanjang atau bentuk wedges). 
  • 1/2 - 1 labu bawang putih. Saya memang suka lebihkan bawang putih. Basuh dengan bersih setiap ulas tanpa perlu buang kulitnya. Tumbuk sedikit setiap ulas bawang. Jangan tumbuk hingga lumat. Cukup sekadar untuk pecahkan isinya.
  • 1 - 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun limau. Biasanya, saya suka guna parutan kulit lemon. Biar ada rasa tangy sedikit pada hidangan kentang ni. Tetapi, sebab lemon tiada, saya gantikan dengan daun limau. 


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Rebus kentang sehingga separuh masak. Tidak perlu tunggu sampai betul-betul empuk sebab nanti kentang tu kita akan bakar. Angkat kentang, tus dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak (dalam 1 - 1 1/2 sudu besar) di dalam kuali. Tumis ulas-ulas bawang putih yang sudah ditumbuk sedikit tadi sehingga naik bau.
  3. Pindahkan kentang ke atas dulang pembakar. Tuangkan bawang putih yang telah ditumis dan gaul sekata. 
  4. Bakar pada suhu 200 darjah celcius sehingga kentang masak. Tempoh masa membakar kena agak-agak sendiri mengikut kesesuian oven atau air fryer masing-masing.
  5. Sesudah kentang masak, keluarkan. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan kulit limau.

Siap! Saya suka makan kentang, kunyah sekali dengan bawang putihnya. Yummeh! Bawang putih bakar memang sedap sangat. Kalian cubalah.

Untuk sos, terpulang cita rasa masing-masing. Sos cili, sos keju, sos bawang putih ... apa sahajalah yang kalian suka. 

Di bawah ini, saya kongsi semula resepi sos cajun mudah.

Resepi Sos Cajun Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan mayones
  • 2 sudu teh pes tomato
  • 1 sudu besar rempah cajun
  • 1 sudu teh serbuk bawang
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gabungkan semua bahan kecuali garam dan serbuk lada hitam ke dakam sebuah mangkuk. Kacau semua bahan menggunakan spatula atau gelung pemukul (whisk) sehingga tergaul sekata.
  2. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam sesuai cita rasa. Kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
  3. Sedia untuk dihidangkan.


*Rasa sos cajun ini boleh disesuaikan ikut selera. Jika ingin rasa cajun yang lebih kuat, tambahkan rempah cajun. Jika ingin sos yang lebih lembut, tambah mayones dalam 1/4 - 1/2 cawan lagi. Begitu juga dengan paprika. Andai suka pedas, lebihkan sukatan paprika. Tak mahu pedas, jangan guna langsung.


Selamat mencuba!

11 ulasan

  1. Sesekali tukar menu macam ni mesti best kan..sihat pun sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul betul. Sihat dan mengenyangkan 😊

      Padam
  2. kalau sy kentang potong wedges, uli dgn garlic powder, tabur cheese, mix herb, masuk oven, fuh campak² mcm tu pun dh sedap.. apatah lg kalau ada special sos mcm ni.. lg la boleh masuk majlis

    BalasPadam
  3. Menu yang ohsem.. Sedap bawang putih yang dibakar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ohsem! Bawang putih bakar begini memang favourite akak, Sha. Kadang2 di rumah ni, bukan berebut kentang, tapi berebut bawang putih. 😂

      Padam
  4. buat kudap-kudap tgk TV ni best betul...especially sos cajun tuu

    BalasPadam
  5. Boleh cubalah buat kentang bakau.. Cicah sos cili pun sedap kot

    BalasPadam
  6. Aduhai... sedapnya dapat jamah kentang bakar sos cajun!

    BalasPadam
  7. ni kalau dpt makan tepi pantai fuhhhh heavennnnn

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.