Sudah Jun | Monster Tower Burger

Khamis, Jun 01, 2023

Assalamualaikum. Salam 1 Jun. Entah mengapa, saya rasa macam cepat sangat bulan Mei berlalu. Tak percaya kita dah masuk bulab enam.

Hello, June! Be Nice to Me.

Selamat menempuh Jun!

30 hari baharu untuk diisi dengan kebaikan dan momen-momen indah. Moga Jun lebih baik, lebih indah dan menyenangkan buat kita semua. Bagi yang menyambut hari lahir, anniversary atau sebarang keraian istimewa pada bulan ini, saya ucap awal-awal … Selamat Hari Lahir! Happy Anniversary! Tahniah! 🥰

Kenyang Makan Monster Tower Burger 4Fingers

Cekengah belanja lunch. Kami singgah 4Fingers, makan ayam seketul dua sambil borak-borak. Kemudian, Cekengah tapaukan burger untuk saya bawa pulang. Bimbang kakaknya bertukar jadi naga sebab lapar.  

Pada mulanya, saya ingat burger biasa sahaja. Sewaktu hendak makan, terkejut saya tengok saiznya. Humongous! XXL gitu!

The Monster Tower Burger, 4Fingers

Keratan rentasnya - ayam dua tingkat 🤣

Sedap burger ni. Saya tidak pernah makan sebarang hidangan burger di 4Fingers sebelum ini. Well, not bad at all. Ayamnya enak berperisa dan rangup. Isi ayam juicy. Gabungan sos dan keju ngamm sangat. 

Portion agak besar untuk sekali makan. Saya bahagi dua. Sebelah makan as late lunch. Sebelah lagi untuk makan malam. Sebenarnya suku je termampu makan. Masih berbaki suku lagi di dalam peti sejuk.

Sekali-sekala makan begini bolehlah, kan… buat tukar selera. Tidak silap saya, ada dua lagi burger besar yang seangkatan dengan Monster Tower ni. Tapi saya tak perasan sangat. Cekengah yang buat pesanan.

Ada dalam kalangan kalian yang dah cuba burger gemuk ni? Suka tak? 

Okeylah, jumpa lagi nanti. 👋



9 ulasan

  1. x penah lg sbb bla masuk je 4finger ni asikkk penuhhh jee

    BalasPadam
  2. selalu 4 fingers makan ayam je.. x pernah try plak burger nya...mcm dap tu

    BalasPadam
  3. lama tak mkn 4fingers.. servis di sini slow dan makanan selalunya dpt mesti sejuk terutama fries

    BalasPadam
  4. Sekejap je dah pertengahan tahun.. Rasa macam baru je masuk tahun 2023.

    BalasPadam
  5. salam Jun kak farah ! haah betul terasa cepat Mei pergi tup tup dah Jun. Fuhhhh giant nya burger 4 fingers! nti nak kena try juga hehe

    BalasPadam
  6. Lama tak jenguk farah... hepi juni farah hehhe...!

    BalasPadam
  7. X berasa dh setengah tahun dah kan??

    BalasPadam
  8. Sha belum pernah lagi masuk 4fingers.. Kalau besar macam nie memang puas hatilah..

    BalasPadam
  9. Wah, dua tingkat ayam. Kena luaskan mulut untuk gigit dia .

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.