Mencari Wangi di The Parent Company

Selasa, Jun 13, 2023

Ini kisah awal bulan lima yang lalu. Balik dari melawat arwah Cekebon yang ketika itu dirawat di PPUM, saya dan Cekengah singgah di One Utama. Kami makan malam dengan adik lelaki kami dan keluarga mentuanya di salah sebuah restoran di sana.

Sambil makan, macam-macam yang dibualkan termasuklah tentang pop-up store The Parent Company yang menjual pelbagai miniature perfumes dan kosmetik berjenama. Perfume dalam vial yang selalu kita dapat as tester pun ada. Tahu-tahu, setelah makan, masing-masing dengan perut berat menapak ke arah kedai yang dimaksudkan. 😂

Seminggu sebelumnya, ada beberapa kali saya singgah One Utama naik MRT. Dari laluan MRT ke mall, memang akan nampak crowd di luar kedai. Saya tertanya-tanya juga kedai apa yang orang serbu sedemikian rupa. Ada event apa? Tetapi, disebabkan saya sendirian dan sedang mengejar masa, saya pandang sekilas sahaja. Rupa-rupanya kedai perfume.


The Parent Company, One Utama

The Parent Company

Setelah beberapa ketika bersidai di depan kedai menunggu giliran (sempatlah ringankan perut yang berat lepas makan tadi), akhirnya kami dapat masuk. Kalau waktu peak orang ramai, memang kena beratur panjang. Lagi-lagi, semasa kami pergi tu, pop-up store ni baru dibuka. 


Keadaan di dalam kedai.

Carilah wangian apa yang kalian mahukan di sini. Alat solek dan kosmetik bersaiz mini pun banyak. Terdapat promosi Buy 6, Free 1. Buy 10, Free 2. Range harga bermula dari RM15 (vial perfumes) sehinggalah ke seratus lebih. Rasa-rasa nak cuba wangian baharu, di bahagian belakang tu ada testing section. Ada staff yang akan bantu beri sample wangian kepada kita. 


Antara seleksi miniature perfumes yang dijual.

Wangian dalam botol mini. Saya tidak lama di sini sebab ‘sibuk’ di bahagian vial perfumes.


Hasil tengok-tengok 😂


Coach | Burberry | Marc Jacobs

Ketiga-tiga ni jenama kegemaran saya yang saya belum pernah pakai. Cekengah belanja. Kira saya tumpang free purchase dia 😂. Dia yang banyak memborong. Beli dalam vials begini, senang masuk dalam beg tangan.


Berbaloi ke tidak?

Bab ni saya rasa agak subjektif. Bergantung kepada individu.  Andai diukur dari nilai wang, secara peribadi saya rasa kurang berbaloi kerana agak pricey. Macam pek tester saya di atas, sebenarnya boleh beli dengan harga lebih murah secara online. Sekarang ni pun dah ada banyak penjual yang jual decant perfume. Cuma kita tidak dapatlah botol atau packaging originalnya sebab beli versi decant.

Dari segi convenient, saya anggap berbaloi. Dalam satu kedai, ada pelbagai jenama minyak wangi dan alat solek untuk kalian explore. Semua ada di depan mata. Tinggal sediakan RM dan grab apa yang berkenan. Bolehlah datang dengan kawan-kawan atau famili mencari ‘wangi’. 😁

Saya yang jenis tak obses sangat dengan perfume ni pun jadi rambang mata. Lama jugalah di dalam tu sebelum jumpa jalan keluar. 

Bagi yang suka mencuba aneka wangiansuka kumpul barang kecil cenonet atau ingin beli wangian jenama tertentu dalam saiz mini, inilah tempatnya. Dhila, adik ipar saya, cari perfume LV. Malangnya, bau yang diinginkan habis stok pula.

Pop-up store The Parent Company akan berada di One Utama sehingga 1 Julai 2023. Siapa-siapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke sana.

4 ulasan

  1. kalau RM15 kira ok utk jenama terkenal...mudah simpan dlm handbag..

    BalasPadam
  2. Saya suka wangian. Tak boleh ke tempat begini... nanti berjam-jam lamanya saya di situ hihihiii.

    BalasPadam
  3. saya nak singgah dah hari tu tp tu laa punya laaa panjang barisannyaaaaaa... tak.laratttt nak tungguuuuu... nnt dah reda sy dtg blk...

    BalasPadam
  4. Memang rambang mata kalau gini gayanya..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.