Minggu lepas, kurang pasti hari apa ... dalam pada saya sibuk merampungkan urusan harian, saya perasan juga yang jam penjejak aktiviti kecergasan agak senyap berbanding biasa.
Lazimnya, banyak notifikasi yang masuk. Saya baca Whatsapp pun selalu melalui jam sahaja. Hari tu memang hening sehening-heningnya. Tetapi, saya tidak syak apa-apa sehinggalah saya terdetik untuk periksa jumlah tapak saya.
Kosong! Langsung tiada paparan skrin. Bateri habis? Peliklah juga sebab baru beberapa hari sebelumnya saya caj jam saya. Apasal tiba-tiba jam mati ni? Cuba caj semula, tiada apa-apa perubahan. Skrin masih hitam.
Lama jugalah sel-sel otak ni ambil masa nak hantar input yang jam saya sudah rosak. Oh, sedih! Wak Garmin saya sudah kehabisan nyawa rupanya.
Inilah Wak Garmin saya (Garmin Fenix 3 HR). Hadiah hari jadi pemberian adik lelaki saya. Sudah kurang lebih empat tahun Wak Garmin ni berbakti.
Teman saya masa berzumba. Catat intensity minutes untuk aktiviti senaman saya.
… dan pernah merasa catat rekod peribadi berjaya logged 10 ribu langkah/sehari selama satu tahun.
Kira kami hadap susah senang bersamalah. Lari sama-sama, jalan sama-sama, jatuh terkungkang pun sama-sama. 😂
Banyak jasa Wak Garmin. Beberapa hari ni tak ada dia, pergelangan tangan rasa kosong je.
Nampaknya kena dapatkan jam penjejak aktiviti kecergasan yang baharu. Tak ada jam, sesuka hati je saya akan perasan yang saya dah bergerak banyak untuk hari tu.
Ada antara kalian yang pakai fitness band? Jika tidak keberatan, kongsilah dengan saya jenama dan ciri-ciri jam tersebut yang kalian suka. Mana tahu saranan kalian dapat bantu saya putuskan hendak beli yang mana satu nanti.
owh...tukar bateri tak boleh dah yer?
BalasPadamBaterinya built-in. Tengah survey kat Garmin ni sama ada boleh tukar ke idak 😊
PadamBelum pernah pakai fitness band. Teringin nak pakai juga satu hari nanti.
BalasPadamNanti boleh cari satu band yang design dan featuresnya kena dengan cita rasa akak 😊
PadamLama juga bertahan tu. Semoga dapat pengganti yang baru.
BalasPadamItulah, Fiza. Kalau ikut rekod akak yang ganas dan clumsy ni… kira lama juga si Garmin ni bertahan. Dah puas terhantuk terhempas 😂
Padam4 tahun berbakti, sayang jg nak cari yg baru..
BalasPadamtak pakai fitness band, teringin gak nak beli satu..
Memang sayang, kak. Lagipun dah serasi dengan features jam tu.
PadamJom kak kita intai-intai fitness band. Mana tahu ada yang berkenan di hati akak.
dulu k ret pun ada sejenis jam lbh kurang camni, mmg rajin monitor step tp sejak tali putus, pastu abs bateri, lama dia terperap.... nak ganti malas hahaa, sudah nya jam pun merajuk ngan kita dah heheh..
BalasPadamMemang kalau dah putus tali ke, abis bateri ke memang boleh putus kasih dengan jam tu hahahah akak tak pujuk ke? Shian dia merajuk :)
Padam4 tahun berbakti, akhirnya pergi jua.
BalasPadamDulu pernah baca yang xiaomi pun okey tapi tak sure sebab tak pernah beli hehehe, masa tu tengah survey je, tapi tak terbeli :D
Tulah, akak rasa macam nak pakai Xiaomi je lepas ni. Yang simple2 features-nya. Dah tua-tua ni, tak larat nak belajar benda yang complicated hehehe
PadamSudah masanya.. setiap benda hidup pasti merasakan mati.. jam lama-lama pakai pun akhirnya rosak.. :'(
BalasPadamBetul. Hendak tidak hendak, terpaksalah merelakan berakhirnya riwayat jam saya ni.
PadamLama dh tu.. kena cari pengganti kot.. dlu pernah pakai xiaomi skjp pastu skjp je lah.. mungkin kakmim bkn jenis org yg fit kot.. haha
BalasPadamMemang kena cari pengganti dah, Kakmim. Dah bagi CPR pun tak jalan hehehe
PadamSaya pun bukan jenis orang fit... tapi sejak usia dah banyak ni...terpaksa gagahkan diri ;)
tgh mencari jgk jam mcm gni..
BalasPadamarap ade rezeki nk beli.. hihi
Selamat mencari jam yang sesuai, ezy.
PadamInsya-Allah ada rezeki tu. Nanti sharelah dengan akak ezy beli apa ye.
Saya pakai Realmi band. Baru beberapa bulan. Ok jugak,ada water reminder, alarm,sleep monitor and basic function sukan macam yoga, running, even kriket.
BalasPadamOrait. Boleh consider ni. Thanks so much, Sal! 😊
Padamala sedihnya tak boleh guna. menarik juga gajet macam ni :)
BalasPadamBolehlah, Tiara. Buat pantau aktiviti harian kita. Banyak gerak ke tidak :)
Padam4 tahun eh. Lama tu kak.
BalasPadamItulah bila fikir-fikir balik... lama gak dah berjasa. So, kurang sedih sikit hehehe
PadamOh ingat habis bateri.
BalasPadamAla saya tiadalah jam begini, jam biasa sahaja.
Dah habis riwayat, NA. Dah pencen. tak boleh berbakti dah. :)
PadamSayangla kalau dah x boleh guna..cuba la tanya tempat beli tu kot2 boleh ganti bateri nya..
BalasPadamItulah, Syida. Ingat nak pergi hantar check, mana tahu boleh baiki ke ganti bateri ke. Tapi time2 pkpd ni susah la...
Padamlama juga eh bateri ni bertahan... benda berkualiti ni mmg berbaloi guna����
BalasPadam