Rabu, Julai 07, 2021

Wak Garmin Sudah Habis Nyawa

Minggu lepas, kurang pasti hari apa ... dalam pada saya sibuk merampungkan urusan harian, saya perasan juga yang jam penjejak aktiviti kecergasan agak senyap berbanding biasa.

Lazimnya, banyak notifikasi yang masuk. Saya baca Whatsapp pun selalu melalui jam sahaja. Hari tu memang hening sehening-heningnya. Tetapi, saya tidak syak apa-apa sehinggalah saya terdetik untuk periksa jumlah tapak saya.

Kosong! Langsung tiada paparan skrin. Bateri habis? Peliklah juga sebab baru beberapa hari sebelumnya saya caj jam saya. Apasal tiba-tiba jam mati ni? Cuba caj semula, tiada apa-apa perubahan. Skrin masih hitam. 

Lama jugalah sel-sel otak ni ambil masa nak hantar input yang jam saya sudah rosak. Oh, sedih! Wak Garmin saya sudah kehabisan nyawa rupanya.

Inilah Wak Garmin saya (Garmin Fenix 3 HR). Hadiah hari jadi pemberian adik lelaki saya. Sudah kurang lebih empat tahun Wak Garmin ni berbakti.

Teman saya masa berzumba. Catat intensity minutes untuk aktiviti senaman saya.



Rekodkan langkah harian saya dan kalori yang berjaya dibunuh.


Dengan Wak Garmin ini jugalah saya rajin sertai cabaran langkah (Garmin Steps Challenge) saban minggu. 


… dan pernah merasa catat rekod peribadi berjaya logged 10 ribu langkah/sehari selama satu tahun. 


Kira kami hadap susah senang bersamalah. Lari sama-sama, jalan sama-sama, jatuh terkungkang pun sama-sama. 😂

Banyak jasa Wak Garmin. Beberapa hari ni tak ada dia, pergelangan tangan rasa kosong je.

Nampaknya kena dapatkan jam penjejak aktiviti kecergasan yang baharu. Tak ada jam, sesuka hati je saya akan perasan yang saya dah bergerak banyak untuk hari tu. 

Ada antara kalian yang pakai fitness band? Jika tidak keberatan, kongsilah dengan saya jenama dan ciri-ciri jam tersebut yang kalian suka. Mana tahu saranan kalian dapat bantu saya putuskan hendak beli yang mana satu nanti.

29 ulasan:

  1. owh...tukar bateri tak boleh dah yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baterinya built-in. Tengah survey kat Garmin ni sama ada boleh tukar ke idak 😊

      Padam
  2. Belum pernah pakai fitness band. Teringin nak pakai juga satu hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cari satu band yang design dan featuresnya kena dengan cita rasa akak 😊

      Padam
  3. Lama juga bertahan tu. Semoga dapat pengganti yang baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Fiza. Kalau ikut rekod akak yang ganas dan clumsy ni… kira lama juga si Garmin ni bertahan. Dah puas terhantuk terhempas 😂

      Padam
  4. 4 tahun berbakti, sayang jg nak cari yg baru..

    tak pakai fitness band, teringin gak nak beli satu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sayang, kak. Lagipun dah serasi dengan features jam tu.
      Jom kak kita intai-intai fitness band. Mana tahu ada yang berkenan di hati akak.

      Padam
  5. dulu k ret pun ada sejenis jam lbh kurang camni, mmg rajin monitor step tp sejak tali putus, pastu abs bateri, lama dia terperap.... nak ganti malas hahaa, sudah nya jam pun merajuk ngan kita dah heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kalau dah putus tali ke, abis bateri ke memang boleh putus kasih dengan jam tu hahahah akak tak pujuk ke? Shian dia merajuk :)

      Padam
  6. 4 tahun berbakti, akhirnya pergi jua.
    Dulu pernah baca yang xiaomi pun okey tapi tak sure sebab tak pernah beli hehehe, masa tu tengah survey je, tapi tak terbeli :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah, akak rasa macam nak pakai Xiaomi je lepas ni. Yang simple2 features-nya. Dah tua-tua ni, tak larat nak belajar benda yang complicated hehehe

      Padam
  7. Sudah masanya.. setiap benda hidup pasti merasakan mati.. jam lama-lama pakai pun akhirnya rosak.. :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Hendak tidak hendak, terpaksalah merelakan berakhirnya riwayat jam saya ni.

      Padam
  8. Lama dh tu.. kena cari pengganti kot.. dlu pernah pakai xiaomi skjp pastu skjp je lah.. mungkin kakmim bkn jenis org yg fit kot.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena cari pengganti dah, Kakmim. Dah bagi CPR pun tak jalan hehehe
      Saya pun bukan jenis orang fit... tapi sejak usia dah banyak ni...terpaksa gagahkan diri ;)

      Padam
  9. tgh mencari jgk jam mcm gni..
    arap ade rezeki nk beli.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencari jam yang sesuai, ezy.
      Insya-Allah ada rezeki tu. Nanti sharelah dengan akak ezy beli apa ye.

      Padam
  10. Saya pakai Realmi band. Baru beberapa bulan. Ok jugak,ada water reminder, alarm,sleep monitor and basic function sukan macam yoga, running, even kriket.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait. Boleh consider ni. Thanks so much, Sal! 😊

      Padam
  11. ala sedihnya tak boleh guna. menarik juga gajet macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah, Tiara. Buat pantau aktiviti harian kita. Banyak gerak ke tidak :)

      Padam
  12. Balasan
    1. Itulah bila fikir-fikir balik... lama gak dah berjasa. So, kurang sedih sikit hehehe

      Padam
  13. Oh ingat habis bateri.
    Ala saya tiadalah jam begini, jam biasa sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis riwayat, NA. Dah pencen. tak boleh berbakti dah. :)

      Padam
  14. Sayangla kalau dah x boleh guna..cuba la tanya tempat beli tu kot2 boleh ganti bateri nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Syida. Ingat nak pergi hantar check, mana tahu boleh baiki ke ganti bateri ke. Tapi time2 pkpd ni susah la...

      Padam
  15. lama juga eh bateri ni bertahan... benda berkualiti ni mmg berbaloi guna����

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.