Resepi Mashed Cauliflower @ Kubis Bunga Lenyek

Khamis, Disember 11, 2014

OK, inilah resepi kubis bunga lenyek @ mashed cauliflower yang saya janjikan. Dah puas fikir-fikir, teka-teka dalam Jom Cuba Nasib minggu lepas, meh cuba buat pula :)

Saya dah beberapa kali dengar tentang mashed cauliflower. Tak pernah cuba sehinggalah minggu lepas. Pernah baca yang rasanya memang seperti mashed potato but of course lebih sihatlah sebab tukar kentang tu kepada kubis bunga. Dish ni sesuai sangat untuk ajar anak-anak supaya makan sayur. 



Resepi Kubis Bunga Lenyek @ Mashed Cauliflower

Bahan-bahan:
  • 1 biji kubis bunga (saiz sederhana besar)
  • 1/2 - 1 cawan susu full cream
  • 1 - 2 sudu mentega
  • sedikit garam
  • sedikit lada hitam/lada sulah
  • sedikit serbuk keju parmesan
  • sedikit serbuk oregano/parsley (optional - terpulang pada citarasa)
  • sedikit serbuk bawang putih (optional)


Cara-cara Penyediaan:
  1. Potong kubis bunga, bersihkan dan rebus sehingga teksturnya jadi lembut. Tuskan.
  2. Gunakan food processor untuk hancurkan kubis bunga. Jika tiada food processor, guna pengisar biasa (blender) pun boleh. Tuangkankan sedikit susu. Agak-agak je asalkan kubis bunga dapat dikisar dengan baik. Jangan tuang semua sekali. Kita tak nak kubis bunga lenyek yang terlalu cair.
  3. Pastikan kubis bunga dan susu dikisar sehingga betul-betul halus dan tak ada cauliflower chunks yang kelihatan.
  4. Masukkan kisaran ke dalam sebuah mangkuk besar. Tambah 1 - 2 sudu mentega, sedikit garam, sedikit lada hitam/lada sulah. Jika nak beri anak-anak kecil makan, guna lada sulah. Tak adalah strong sangat rasa peppernya.
  5. Masukkan juga sedikit serbuk/parutan keju parmesan. Keju ini jenis masin. Nak rasa yang lebih lemak, guna cheddar ye. Gaul rata.
  6. Kalau nak serve untuk adults, bolehlah tambahkan sedikit serbuk bawang putih. So, it's a bit of garlicky. Tak guna serbuk bawang putih pun tak mengapa. Dah cukup sedap dah!
  7. Akhir sekali, tabur serbuk oregano/parsley as garnishing.

Kena pandai bega-begakan sendiri untuk dapat rasa yang ummmphhh! Maaf, tak dapat nak beri sukat timbang yang tepat sebab resepi ni bergantung kepada saiz kubis bunga yang kita guna.Jangan risau, this is a fail-proof recipe. Letak sikit-sikit dulu garam, keju, susu dan pepper. Kalau perlu tambah lagi.

Hidangan ni saya buat untuk Cekebon (yang under low potassium diet). Jadi, ada beberapa modification yang dibuat.

  1. Butter saya tukar kepada extra virgin olive oil.
  2. Susu full cream tukar kepada susu rendah lemak.
  3. Saya tak guna keju, hanya kayakan rasa dengan serbuk bawang putih.

The Verdict: Best! Cekebon tak tahu pun itu cauliflower. Senyap je dia makan satu sudu,..satu sudu lagi,...satu sudu lagi. Bila dah habis baru Cekebon tanya:

"Hari ni hari cheat ibu, ye?"  
Kami adik-beradik refer 'cheat day' as hari ibu boleh langgar pantang (tapi masih dipantau) dan makan apa yang dia teringin. Normally, hujung minggu sebab we all berkumpul.

"Tak."

"Habis tu, ni kakak bagi makan kentang,.."

"Tu bukan kentang, tu cauliflower =)"


Haaa,..nampak tak?! Kalau Cekebon pun tak dapat bezakan rasanya...sedaplah tu kan!

Selamat mencuba. Nak betul-betul enjoy makan, buatlah resepi version yang pertama. Tetapi, kalau nak pilih yang yummy dan sihat, buat version untuk Cekebon ye.


39 ulasan

  1. Balasan
    1. Silakan, anies. Nanti share ye, kena dgn citarasa ke tak,..

      Padam
  2. hahaha.. saya dlu jawab pisang..puri pisang..lol..
    sayang nak makn bunga kobis yg dihancur.huhu..
    patutla mcm puri ada letak susu..

    p.s/ dlu saya kalau google resepi,jumpa yg resepinya suruh ikut citarasa sndiri,mcm bengang la sbb tak bagi details berapa sudu/gram kena letak,skrg saya dah sedar.. nak memasak pandai2 la kau..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha akak masa mula belajar nak masak macam tu jugak nana. Nak nangis rasa bila kena agak2..tapi rupanya memang sesetengah resepi macam tu :)

      Padam
  3. haha..memang sangat unik..wana pun tak terpikir langsung yang hidangan tu adalah mashed cauliflower..menarik untuk dicuba ni kak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik, Wana! Akak lagilah tak sangka yang cauliflower boleh rasa macam kentang heheh

      Padam
  4. bunga kobis rupanya ahaha mcm mana akak boleh guess its tempoyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Made sense jugak kak. Saya baru jumpa resepi tempoyak goreng ni :)

      Padam
    2. Tempoyak goreng? Hehe. Macam mana la rupa dia.

      Padam
    3. huii tudia tempoyak goreng? tempoyak biasa pon dah kaw dah hehe

      Padam
    4. Haaa itulah. Akak masa tengok gambar tempoyak tu, punyalah drooling. Mana nak cari tempoyak ni, nak goreng huhuhuh

      Padam
  5. boleh tahan simple gak resepinya. version yang pertama tu mesti lagi sedap. hehe

    BalasPadam
  6. Takde sukatan maknanya kita bebas utk menghasilkan kretiviti dalam rasa makanan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess...nak lebih rasa lemak ke,..rasa masin ke...terpulang :)

      Padam
  7. suka benda2 mashed and smashed ni.... wahhh macam sedap sangat je.. boleh try jugak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa nanti jangan lupa try mashed & smashed cauliflower pula :)

      Padam
  8. hehehe.. cian cekebon... xpa utk kesihatan kn..

    BalasPadam
  9. cutenye ada cheat day..
    CT mula atkins balik slow slow tapi cheat banyak gak sebab terlalu penat and bizi dia tiga minggu ni.. xdan nak prepare makanan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's ok, CT. Asal jangan putus asa :)
      Slow-slow cuba dapatkan rentak dan arrange jadual harian. Insya Allah.. semangat!!!

      Padam
  10. owh saya jawab salah la yer kak farrah hahaha
    mentang mentang minat pisang dijawabnya pisang

    BalasPadam
  11. hahaha.. tak bijak meneka rupanya Firah ni... mashed cauliflower rupanya.. cara nak buat sama dengan mashed potato.. huhu.. masuk dalam menu ye... tq kak Farrah ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa gambar tu memang boleh dikaitkan dengan banyak dish lain pun...nanti senang cuba buat ye :)

      Padam
  12. Queenpink masih loya2 lagi walaupun dah 22 minggu..nampak makanan,x lalu nak makan :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala shiannya. Hope things will get better soon. Insya Allah, lepas ni harap2 bertambah selera Queenpink.

      Padam
  13. hehehehehe... bagus jugakan kalau nak bg budak-budak makan.. menarik ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..budak2 confirm suka. Mak budak macam akak pun suka. Lagi banyaklah makan berbanding portion cauliflower biasa :)

      Padam
  14. eh nak try yang ni jugak.. aduhai, ni yang suka mai sini. ada resepi yang best2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, ros. Cubalah :) Simple je resepinya....

      Padam
  15. wahhhh.. hahaha. apakah reaksi cekebon? hikhik

    BalasPadam
  16. wah..macam tak caya rasa bunga kobis macam kentang jugak.. menarik sangat ni.. anak saya tak suka sayur tapi suka kentang lenyek.. copypaste lagi resepi Farrah ni.. berguna ni - cheatday kat anak..hihihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.