Entri hari ini saya ingin promote artikel yang saya tulis untuk Thread by Zalora Malaysia pada Disember tahun lepas. Selalunya kita memang akan berdepan dengan pelbagai kekangan kalau masuk bab-bab bersenam ni. Tidak tahulah kalian bagaimana, tetapi di pihak saya memang liat sungguh! Masalahnya, dahlah berat nak bersenam, makan sesedap rasa pula tu. Bayangkanlah, rutin senaman saya hanya sekitar 30 minit ke 1 jam sahaja. Selebihnya, saya cuma kena pastikan saya log in steps around 10 - 12 ribu tapak setiap hari. Itupun bercinta nak capai target!
Apa nak buat? Bagaimana hendak pastikan kita dapat workout secara konsisten. Kalaupun tidak dapat lakukan setiap hari, sekurang-kurangnya 3 - 4 kali seminggu.
Melalui artikel ini, saya kongsikan 9 cara untuk dapatkan motivasi agar kita konsisten bersenam. Ya, motivasi. Clearly, in my case, I need strong motivation to workout. Memang kena betul-betul paksa diri. Once dah mula workout, endorphins dah kicked in, dah OK dah. Nak mula tu yang jenuh!
Antara perkara yang boleh kita buat untuk dorong kita supaya bersenam ialah:
1. Tanya diri kita kenapa (Recall Your Why)
Apa sebab-musabab utama kita nak bersenam. Kenapa? Untuk apa atau untuk siapa? Once kita dah clear dengan hal ini, kita akan mula set priority.
2. Wujudkan 'mantra' sendiri untuk push diri.
'Mantra' ni bukan jampi serapah ke apa. Just something, a positive affirmation untuk suntik semangat kita.
3. Set target, matlamat dan impian.
Apabila kita set target, misalnya nak jalani gaya hidup sihat, nak turun 10 kilo by the end of the year,...secara tidak langsung kita akan lebih determined untuk bersenam demi capai target kita tu.
Apabila kita set target, misalnya nak jalani gaya hidup sihat, nak turun 10 kilo by the end of the year,...secara tidak langsung kita akan lebih determined untuk bersenam demi capai target kita tu.
4. Masa bersenam (workout) sebagai 'Me Time'.
Tak salah kalau 'Me Time' untuk diri kita diadakan di gym tanpa gangguan sesiapa. Dengan workout pun boleh relaks tau.
Tak salah kalau 'Me Time' untuk diri kita diadakan di gym tanpa gangguan sesiapa. Dengan workout pun boleh relaks tau.
...dan banyak lagilah. Ada 9 cara mudah yang dikongsikan. Boleh baca lebih terperinci dalam artikel tersebut.
Bagi yang ada pasang azam untuk lebih sihat, fit dan bertenaga tahun ini, jemputlah baca ya - 9 Ways to Make You Feel Motivated to Workout Everyday. Tak banyak, harap adalah dua atau tiga cara yang sesuai buat kalian dan boleh diguna pakai. Nanti, jangan lupa share di ruangan komen cara mana yang kalian rasa paling praktikal.
Niat dan matlamat perlu jelas..aamiin.
BalasPadamBetul tu, PC. Bila semuanya jelas, lagi mudah untuk kita capai target.
Padammotivasi mmg ada tp tu laa hit hot chicken sh*t je😆😆
BalasPadamItulah masalahnya 🤣🤣🤣
PadamAkak ni, dah beli kasut baru. Kononnya nak berjogging tapi sampai sekarang nan hado.. Takde kawan nak ajak sama. Tu yang tak gerak-gerak lagi tu. Nak gerak sorang, ada rasa segan dan takutpun ya jugak.
BalasPadamBadan? Bagai dipam-pam dah ni haaa.. Haha..
Kena cari geng gerak sama-sama ni, kak. Lepas tu kena janji, tak dia paksa akak, akak paksa dia heheh
PadamJelas tujuan..yakin diri pasti boleh
BalasPadamBetul tu, cikgu 😊
PadamI need this kak farah , Terima kasih :)
BalasPadamDon’t mention it, dear 😊
PadamSaya emang perlukan ni haha thanks Kak Farrah!
BalasPadamHahaha my pleasure, dik!
Padamsemoga dapatla nak konsisten. memang terbabas je keje.. kena sogok pulak makanan sedap2. ehhee.. sabar hati sabar hati !!
BalasPadamSiti kira dah konsistenlah tu. Gi exercise, jaga makan. Akak ni tengah teruk benar malasnya huhuhu
Padamjoget2 kat rumah kak.. pasang video zumba hehe..
Padambersenam vs malas......???
BalasPadamSadly malas yang selalu menang huhuh
Padamhu hu hu dah berbulan x bersenam ni, farrah.
BalasPadamaduhai.
concentrate on ganti puasa & puasa sunat dulu.
ntah bila nak start balik bersenam ni hu hu hu hu...
kalau nak sihat, memang kena lah kan.
BalasPadamselalunya masa mula-mula mmg bersemangat pastu bila datang penyakit M je, habis semuanya hehehe
BalasPadamBersenam ini memang ada dalam perancangan tapi tak berjaya lagi buat.. ada je alasan mengelak.. hehehe
BalasPadamHai..bersenam ni lah benda yang susah nak laksanakan. Otak dah cakap tapi badan x gerak2 haha
BalasPadamlama x buat aritu konsisten buat memang turun berat hahahha aduhaiiiii
BalasPadam