NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 27 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Isnin, 27 Mac 2017

Resepi Air Coklat Panas

Saya penggemar air coklat panas. Selalu minum malam-malam time cuaca sejuk atau ketika berjaga siapkan kerja.  Di bawah ini, resepi air coklat panas pekat kawww kegemaran saya.

Air coklat pekat dan lazatttt!

Resepi Air Coklat Panas | Resepi Air Koko Panas

Portion untuk 2 orang atau 1 mug besar untuk seorang 😆


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan susu (Full Cream/Fresh Milk/Low Fat) - Jika mahu lebih sedap, gunakan susu full cream
  • 20 - 25 gram dark chocolate. Saya suka air coklat yang strong rasa kokonya. Jika kalian suka yang lebih manis, gunakan milk chocolate. Coklat apa? Terpulang. Ikut citarasa masing-masing. Saya guna Ghirardelli Dark Chocolate yang kandungan cocoanya 60%. Guna Beryl's pun sedappp!
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • secubit garam

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Didihkan susu di dalam periuk. Apabila susu dah mula panas, masukkan dark chocolate. Pecahkan kepada serpihan kecil terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan serbuk koko. Gunakan whisk dan kacau sehingga coklat dan serbuk koko larut.
  3. Biarkan mendidih selama 1-2 minit supaya kanji kokonya masak. Akan ada buih-buih di permukaan air coklat, sendukkan dan buang. Jika mahu, boleh tapis air coklat menggunakan penapis ketika dituang ke dalam mug/cawan.
  4. Akhir sekali, taburkan secubit garam dan kacau menggunakan sebatang sudu. Ini bertujuan untuk menaikkan lagi rasa air coklat/koko kita.
  5. Sedia untuk diminum!
Selamat Mencuba!


30 ulasan:

  1. Saya lebih suka hot coco dari nescafe! hehehe.
    tapi jarang sangat beli air coklat ni haih. thanks for the recipe though.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat sendiri, Syed boleh adjust rasa ikut selera :)

      Padam
    2. Farrah mf , gula tak yah taruk ek?

      Padam
    3. Tak perlu sebab dah ada manis daripada susu dan coklat. Tapi jika kurang manis, bolehlah tambah sedikit gula.

      Padam
  2. sedapnya coklet panas...rasa tenang je kalau dapat hirup
    JanjiKita

    BalasPadam
  3. Baca resepi pun dah boleh imagine sedapnya hot choco tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi belum rasa lagi tu kan,...dah minum memang terangkat!

      Padam
  4. wah sedapnya, menarik resepi homemade hot choco nie :D
    best minum kalau musim hujan2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hot choco homemade memang marvelous!

      Padam
  5. dah terasa hujung lidah..ni kalau musim hujan, lepak petang weekend sambil baca buku. heaven OK!

    BalasPadam
  6. Rajinnya Farrah buat hot choc buatan sendiri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan2nya semua dah ada kat rumah, Siqah :)

      Padam
  7. memang sedap hot chocolate...dulu pernah minum cadbury hot chocolate

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadbury hot chocolate memang sedap kan,..

      Padam
  8. Balasan
    1. dua cawan pun boleh,..meh datang sini, saya jamu :)

      Padam
  9. Assalam kak , baca tajuk , terus rasa manis kat lidah

    BalasPadam
  10. sejak sejak kebelakang ni dah kurang sikit dengan coklat more to coffee

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh dah cenderung ke kopi pulak ye :)

      Padam
  11. Saya suka minum susu coklat tak kira yang panas atau sejuk.

    BalasPadam
  12. Kalo nk tambah ais boleh tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh sangat! Kalau nak lagi best, lepas sediakan air ni, bekukan separuh dalam ice tray. Nanti bila dah jadi ice cubes, masukkan ke dalam air coklat yang selebihnya. So, bila ais tu cair, rasa air tetap kekal, tak jadi tawar :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...