Selesai!

Jumaat, Mei 01, 2015

Credit
Selamat sampai rumah. Saya dapat selesaikan kerja-kerja saya sebelum malam. Kiranya To Do List untuk hari ni semuanya dah ticked. Mood sekarang lebih kurang macam kucing kat atas tu. Nak landing pejamkan mata dan tak mahu fikir apa-apa. Kita rehat yea,...


Pergi ke hulu membeli bonsai,
Lega hatiku urusan selesai!
:)

Psst! Cuba komen pakai pantun dua kerat hihihihi


48 ulasan

  1. bonsai diikat tali kecapi
    kerja siap, senang hati

    awan mendung, bunyi guruh
    selamat hari buruh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan gelama, ikan tenggiri,
      Senang hatiku, tidak terperi.

      Duduk bertinggung tepi telaga,
      Selamat hari buruh juga! :)

      Padam
  2. Dari Daerah segamat ke daerah masai
    Apa urusan yang dah selesai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk bersenda di atas buaian,
      Urusan tertunda yg perlukan perhatian :)

      Padam
    2. Pulau rendang pulau tioman
      Urusan tu perlu diutamakan

      Padam
  3. bangun fagi nak gosok gigi,
    ubat gigi habis!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gendang rerufis tali kecafi,
      Dah tahu habis, fergilah beli... ;D

      Padam
    2. mengekek2 gelak baca komen felat nihhh.....adehhhhh hahahahha

      Padam
    3. ahahaahah...,korunk meme sforting lah

      Padam
    4. lawak laa baca pantun kak JM.. siap abis jadi bahan.. hehehe..

      Padam
  4. pegi ke kedai nak beli penutup
    bila sampai kedai tutup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli penutup mulut ke Jay emm? He He He

      Padam
    2. Saya nampak P! Saya nampak P!

      Padam
    3. sis JM dah ada byk P sekarang Farrah hehehehe

      Padam
    4. Oh ye,..sis sekarang dah ada external keyboard kan ;)

      Padam
  5. dari muar ke batu pahat
    so Farrah selamat berehat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh sangat tu muar ke batu pahat... Koya dekat... He He He...

      Padam
    2. Betul2! Koya lg dekat!

      Indah nian sanggar sang ratu,
      Sis JM, selamat berehat to you too!

      Padam
  6. Hujung minggu pergi berkelah,
    Kerja selesai ucaplah Alhamdulillah..


    Hehe.. Jadi tak kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga cina dan bunga kekwa,
      Sempurna pantunnya, Wawa :)

      Padam
  7. pagi2 makan roti
    Selamat bercuti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepi perigi tumbuh pegaga,
      Selamat bercuti buat Cikna juga :)

      Padam
  8. Beli bonsai dengan Pak Dolah,
    Urusan selesai Alhamdulillah :)

    Pagi-pagi jumpa pak mahat,
    Kak Farrah, selamat beristirehat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli ragi di kedai Pak Dolah,
      Syukur, segala puji bagi Allah.

      Hingga ke hulu cari jerami,
      Thank you duhai Cik Mimie :)

      Padam
  9. selamat bercuti akak ! hehe
    tak reti pantun :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bercuti, Nina! Hihihi tak reti pantun tetap boleh singgah sini :)

      Padam
  10. Balasan
    1. Anak kambing comot,
      Curi makan kobis,
      Dah puas tekan remote,
      Tapi tak de citer best!

      Padam
  11. Ok lah tu pantun dua keratnya. Hehe..=)

    BalasPadam
  12. jalan-jalan sampai ke penang,
    kerja siap hati pun senang..

    haha..wana x reti sangat berpantun..tapi boleh pakai la juga tu kan kak.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pula tak bolehnya,...ni akak beli pantun Wana,..

      Masa senggang duduk di beranda,
      Hati dah senang, lapanglah dada :)

      Padam
  13. Pergi kedai beli penapis,
    Hahaha.. komen-komen kat atas semua best!

    #asal buat pantun je, mesti kena ada pergi kedai.
    #nampak sangat takde idea. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah 'pergi kedai' yang paling senang nak fikir!

      Beli vitamin di kedai nyonya, (nampak tak elemen kedai di situ hehehe)
      Komen Gee apa kurangnya :)

      Padam
  14. seronok rasa duduk bersantai,
    habis sudah cuti berantai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petang Sabtu menanam kemboja,
      Dah sampai masa lunaskan kerja.

      Padam
  15. pergi shopping mall cuci mata
    kucing nampak betul2 selesa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga kiambang bunga kekwa
      Kucing tu memang menduga jiwa :)

      Padam
  16. Lauk lemak lauk kari,
    alamak, lambat plak komen disini..

    Hahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syida Suida nama diberi,
      Lambat sbb masak kari.....

      Padam
    2. Mencuci kolah di pagi hari,
      Sis Deanna lah si Ratu Kari :)

      Padam
  17. tu bantal busuk kan? nak pinjam sat hahahaa

    BalasPadam
  18. Pantun dua kerat? Ok Ros cuba.
    Santan kelapa telah di perah,
    Selamat malam kak Farrah.
    Eh, boleh la...kan? Hahhah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.