Khamis, April 29, 2021

Titipan Manis daripada Uyum

Petang semalam masa mata tengah berat buat kerja depan komputer, tiba-tiba kedengaran suara jiran sebelah laung-laung nama saya. Baru pukul 3.30 petang, tak kan Nenek P dah nak beri hidangan berbuka? 

Teringatkan yang mungkin Nenek P hendak beri parcel saya, meloncat saya pergi siap dan buka pintu. Kebetulan dari semalam, saya sudah dimaklumkan yang ada sesuatu ‘on the way’ untuk saya.

Benar jangkaan saya, buat sekelian kalinya parcel saya sesat di rumah Nenek P. Memang kalau guna J&T, alamat rumah saya seolah-olah tak diiktiraf. 😅 Adik kurier tu tetap akan hantar barang ke rumah sebelah.

Setelah sembang-sembang sekejap dengan Nek P, saya bergegas masuk. Bungkusan ini saya terima daripada seseorang yang istimewa 😊 Nak tahu siapa?

Maaf gambar kurang jelas. Hari ni saya kepenatan, tak larat nak mengedit gambar.

Tahniah kakak, (Saya sedar diri. Baca sebagai ‘acik’ 🤣)

Terima kasih sudi join GA Raya Gift by Uyum. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya!

Ikhlas, Uyum


Ini titipan daripada Uyum a.k.a. Qayyum. Bagi kalian yang biasa mengunjungi blog milik Kak Ako Retna, pasti sudah biasa dengan telatah manja Uyum yang comel dan ceria ni.

Baru-baru ini, Kak Retna anjurkan GA Raya Gift by Uyum dan Uyum sendiri yang pilih pemenang-pemenangnya. Alhamdulillah, ada nama Aunty Farrah dalam salah satu nama yang dicabut oleh Uyum. Boleh lihat aksi Uyum pilih pemenang di sini.

Uyum dan Kak Retna hantar Kek Molek. Dalam kotak ni ada dua biji kek sarang semut (Satu perasa original manakala satu lagi perasa pandan) dan sebuah tote bag. Berkenan betul saya dengan rekaan pembungkusan kek dan beg ini. Cantik!


Terima kasih, Uyum dan Kak Retna. 😘

Terima kasih banyak-banyak, Uyum! Domo arigato, Kak Retna. Moga kalian sekeluarga akan sentiasa dirahmati dengan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan kebahagiaan tanpa batas. Aunty doakan Uyum akan membesar menjadi anak soleh yang pintar dan berjaya capai apa jua yang Uyum inginkan.

Kek Molek - Kek Sarang Semut Asli

I really enjoyed the cake. Enak! Sebenarnya dah lama teringin nak makan kek sarang semut. Tapi, sengaja hold dahulu dalam cart di Lazada …  nak beli nanti-nanti. Alhamdulillah, dapat dua perasa sekaligus. Rezeki pemberian kalian ini dapat juga dipanjangkan kepada Nek P 😊 Merasalah kami semalam berbuka puasa dengan kemanisan Kek Molek. Terima kasih sekali lagi!


Bagi yang belum kenal Kak Retna dan Uyum, singgahlah  lawat mereka di sini. Jangan lupa follow sekali.




26 ulasan:

  1. Alhamdulilah selamat sampai dah ye..
    Lepas ni rerajin la join GA lagi ahahha.. mana tau ada rezeki lagi kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih daun keladi, kak. Insya-Allah, ada GA saya join lagi. 😁

      Padam
  2. Saya dapat beg tu, malam tu terus guna. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh geng. Akak dah guna gak sebab cantik 😊

      Padam
  3. seronoknyaa dapat parcel begini.. sedap tu nampak..
    saya pun suka kek2 macam ni style2 gini senang nak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok! Betul cakap Siti, kek dalam gift pack begini senang nak makan… just nice.

      Padam
  4. Alhamdulillah. Tahniah. Rezeki tu.

    BalasPadam
  5. Bestnya dapat hadiah! Dapat kek pulak tu hehehe. Tote bag tu cantikkk gila. Semalam tengok yang kak sal punya, memang cantikkk. Rezeki di bulan puasa kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik, dik! Akak daripada semalam tak puas lagi belek beg dan kotak kek tu. Kreatif betullah orang yang buat design…

      Padam
  6. Wah syoknya.. Ramai yang syg Farahhh.. Moga terus murah rezeki .. Aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Doa yang sama untuk mummy jugak na 😘

      Padam
  7. berbunga2 hati dapat hadiah comel kan? ;-)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Rezeki si comel Untuk untuk Kak Farah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik Aunty Farrah, Kak Amie. Kalau ‘Kak Farrah’ tu nanti buat saya lupa diri 😂🤣😂

      Padam
  9. alhamdulilah. nampak sedappp.. xsempat nak join. wuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah memang sedap pun. It’s ok, dik. Nanti ada rezeki lain boleh join 😊

      Padam
  10. Cantik betul kotak kek dan tote bag tu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.