Yoga Tidur Yuri

Rabu, April 28, 2021

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ramadan ke-16.


Hari ini mood saya ke laut! Entah mengapa buat apa semua serba tidak kena. Sudahlah banyak tugasan yang perlu dilangsaikan. Boleh lemau pulak hari ini. Hendak pergi claim parcel saya yang kurier sesat hantar rumah jiran pun malas! Makanya, berehatlah sebentar ambil nafas, cari mood yang hilang. Sedang belek-belek gambar dalam galeri telefon, rasa hendak blogging pula. Mana tahu boleh panas enjin untuk blogwalking lepas ini. Dah lama juga saya tidak atur langkah ke blog kawan-kawan. Jangan ambil hati ya. Nanti, insya-Allah saya akan sampai juga.

Anyways, pernah dengar tentang yoga tidur? Dahulu semasa saya baru-baru didiagnos dengan hypertiroid, memang saya alami kesukaran untuk tidur. Macam-macam caralah yang saya cuba supaya dapat lena termasuklah yoga tidur. Alhamdulillah, selain daripada minyak aromaterapi, ini antara solusi yang serasi dengan saya.


Pose untuk yoga tidur agak mudah. Ada 9 pose kesemuanya yang diperlu dilakukan selama 20 saat setiap satu. Jadi, usah risau tentang sama ada tubuh kalian fleksibel ataupun tidak. Apa yang penting, tenangkan fikiran dan bernafas dengan betul. Secara peribadi, bagi saya, melaksanakan yoga tidur adalah antara salah satu tips untuk dapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti.

Tetapi, hari ini saya tidak akan tunjuk sebarang pose yoga tidur hahaha 😆 Cuma hendak kongsi pose yoga tidur si Yuri. Si coklat berbulu saya ini memang jenis cepat lelap. Satu minit kita tengok dia tengah leka main-main bola kertas, toleh sekali lagi dia dah tidur terkedang dengan dua kaki belakang naik ke atas!

Harap ini dapat ceriakan kalian :)

Baringkan badan. Dapatkan posisi yang selesa.

Muhasabah diri sedikit. Fikirkan apa yang berjaya dicapai hari ini. Rancang apa yang ingin dilakukan pada esok hari.

Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas.

Zzzz ... Zzzz ... Zzzz


Selamat menikmati hari! 😁

15 ulasan

  1. Bagus senang tidur si Yuri. Tidak fikir banyak masalah.
    Tidur saya ikut keadaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Yuri memang kira kucing taraf kayangan. Dia tak perlu banyak fikir tentang hidup 🤣

      Oh, ikut keadaan. Kalau tertekan/ada masalah, NA tidur ke berjaga?

      Padam
  2. Haha. Kucing baring 2 saat je dah lelap. Yoga tidur tu dulu pernah buat, dalam usaha nak stop pil tido. Tapi tak suka tengah dok yoga adik masuk bilik pastu banyak tanya. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung jadi kucing kan… kalau kita ni tak salah sikit, mulalah susah tidur.

      Hihihi I can totally relate to your story 😂 Dah bukan yoga tidur dah … terus jadi yoga banyak tanya 😁

      Padam
  3. Balasan
    1. Tapi time dia tido terkedang tu tak comel sangat. 😅

      Padam
  4. Yuri ni nama orang Rusia.. ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul… bila dah bagi nama Yuri dan kucing ni pun dah tahu nama dia Yuri, dapat tahu pulaYuri ni nama macam orang Korea yang bunuh diri 😖

      Padam
  5. HAHAHAHAHAHA yuri yuri, senang betholll tidurnya eeii nasib baik comel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau senang tidur macam ni best kan … 😁

      Padam
  6. geramla si Yuri ni.. bila la dapat jumpa dia ni..
    btw utk sesiapa yang ada masalah sakit belakang (slip disc) blh amalkan beberapa pose dalam gambar diatas especially streching bridge..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for sharing the tips, Siti. 😘Cakap tentang slip disc ni, how’s your condition?

      Padam
  7. mama... apalah salahku diperlakukan sebegini? dah laa zoom smpi nmpk bulu idung... lps tu x guna flash. sj je nk nmpk muka kite ni belgium dark cekelat... ketahuilah olehmu tanpa yoga pun daku boleh lena dgn jayanya hahahaahahahahahahahhahahahah

    BalasPadam
  8. amboiii yuri.senangnyaaa dia tido eh.hahahahha

    BalasPadam
  9. Halah.. halah.. halah.. comelnya dia..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.