Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-15. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang telah kita lakukan sepanjang tempoh setengah purnama ini diterima oleh Allah. S.W.T.
Ada yang sudah mula buat kuih raya? Atau tahun ni kuih tunjuk-tunjuk je? Bagi yang alah pada telur, cubalah resepi biskut raya mudah di bawah ini. Biskut-biskutnya bukan jenis yang fancy. Simple je tetapi confirm akan makan ulang-ulang. Ajak anak-anak buat sekali pun boleh. Klik sahaja pada pautan yang berkenaan.
1. Resepi Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy
Semudah namanya, biskut ini kalau ada di rumah saya memang tidak pernah bertahan lama sebagai biskut raya. Inginkan biskut yang beraroma dan betul-betul lemak rasanya, gunakan pure butter. Memang tangan kita akan asyik hendak capai balang kuih dibuatnya. Lazimnya, saya akan buat dua versi. Satu, cornflakes sahaja manakala satu lagi cornflakes dengan sultana atau kismis. Dua-dua best!
2. Resepi Biskut Cornflakes Kopi
Tidak cukup dengan minum air kopi, makanan pun saya hendak yang berperasa kopi. Satu lagi biskut cornflakes yang lebih kurang seperti di atas cuma kali ini diolah dengan menggunakan serbuk kopi segera. Sekalipun kalian bukan penggemar kopi, saya rasa kalian akan enjoy menikmati biskut ini.
3. Resepi Biskut Badam Lemak
4. Resepi Oat and Oreo Cookies
Inginkan biskut raya enak dengan rasa sitrus? Cuba biskut badam ini. Memang tidak akan mengecewakanlah.
Bagi peminat biskut oat, mungkin biskut oat dan oreo ini bakal jadi kegemaran kalian. Resepi biskut yang sangat mudah, kemudian kita tambah oreo sebagai penyedapnya.
Oh, selain itu boleh juga cuba buat mufin coklat tanpa telur yang lembut dan yummy. Selamat mencuba!
Tengok kuih raya,tak sabar rasanya nak beraya. ������
BalasPadamMood raya sudah mari! 😊
PadamWow dh start buat kuih raya eh? 😅
BalasPadamTak sure kuih survive sampai raya ke tidak, kak. Dok mengunyah je malam-malam 😊
PadamTahun ni kuih raya tunjuk je hahahaha.
BalasPadamWahhh ada banyak jenis jugak ye kuih raya tak pakai telur ni heheheh
Banyak juga sebenarnya, Atiqah. Ni yang akak pernah cubalah 😊
Padamwahh thankyou share! 🤩🤩
BalasPadamYou’re most welcome 🤗
Padambiskut cornflake tu mmg fav..lastyear time pkp buat guna air fryer
BalasPadamTaknada biskut cornflakes, hilang feel raya sikit 😂
PadamKetagih makan biskut cornflakes tapi waktu raya memang tidak pandang sangat sebab tumpu makan juadah raya.
BalasPadamItulah … biskut ni beria kita makan sebelum raya selalunya. 🤣
PadamBelum ada mood nak buat kuih raya. Hehe. Oh by the way parcel dah sampai semalam. Thank you so much. Patut la mintak alamat, ingat nak datang beraya. Haha
BalasPadamKalau tak ada mood, tunjuk je Sal. Sekarang ni macam-macam ada 😊 Alhamdulillah, dah sampai. Tak leh datang beraya, nanti tengah syok makan ketupat, polis datang kira selipar 🤗
Padamtahun ni mood kelaut tambah2 dengar kata takleh rentas daerah pun..
BalasPadamstressssss !! order tart nenas je tu wajib. yang lain xdok.. buat pun malas..
Oh my… stress cenggini yang buat nak makan tart nanas banyak-banyak ni 😅
Padamjgn habiskan dulu. nnt sy dgn sal dtg beraya tau!
BalasPadamKat mana nak cari karpet merah nak bentang nanti … 🤔
Padamyang first tuu sy sukaaaaaaa. cuma mampu beli da siap jaaa.. hahahah
BalasPadamTahun nie Sha beli batang buruk je.. itupun dah tinggal separuh balang.. hehehe
BalasPadam