Dah lama tak makan keropok belinjau. Entah mengapa, tiba-tiba boleh rindu nak makan keropok belinjau cecah sambal macam dekat Dancing Fish. Apa lagi, mulalah aktiviti menjelajah Lazada dan Shopee dilakukan. Cari keropok belinjau. 😂
Kalian biasa makan atau tidak? Sesetengah tempat panggil keropok ini emping belinjo/belinjau atau kerepek belinjau. Ada orang kurang gemar makan keropok belinjau sebab rasanya pahit-pahit. Saya suka hehehe. Pahit-pahit tu yang buat asyik mengulang tak berhenti mengunyah.
Di Lazada, ada jual yang kering (belum goreng), siap bergoreng dan bersira dengan lada. Saya pilih untuk beli dekat satu penjual ni sebab harganya berpatutan dan banyak ulasan baik terutamanya berkenaan pembungkusan. Kalau hendak beli benda fragile seperti keropok ni, kena gigihlah sedikit baca reviews. Tak mahulah kecewa nangis dekat bucu katil apabila keropok yang dibeli sampai ke tangan kita dalam bentuk serpihan kecil pula.
Alhamdulillah, keropok sampai dalam keadaan selamat. Pembungkusan memang tiptop. Pakai bubble wrap dan kadbod keras untuk lindungi keropok. Tapi, saya lupa pula hendak capture gambar. Sudah dapat, kita gorenglah!
Sedia untuk dicecah dengan sambal uleg kegemaran saya - Sambal Bawang Finna Food.
Fave sangat ni. Pahit2 nikmat.. Sedap sangat..
BalasPadamAda gred eh. Baru tahu
First time dengar keropok belinjau. Macam keropok keping kalau di terengganu. Ke benda yang sama? Hehehehe
BalasPadamKita kurang minat kopok ni sbb pahit2 kan heheh.. Btw hadiah giveaway dh on day way tau.. Rasa jap lg dptt la tu
BalasPadamPeberet mummy kopok belinjau ni.. Sedap. pahit2. Lepas makan confirm nak makan lagi.
BalasPadamSaya makan kosong keropok belinjau. Tidak payah cicah.
BalasPadamOh yes, pahit tu yang buat sedap. Pastu stress terselit celah gigi. Tapi pastu sambung lagi.
BalasPadammasa arwah atuk ada lagi mmg kepok ni wajib ada.. kepok belinjau n kepok jering. perghh bau dia dedua kemain. kecik2 x makan la skrng besar ni makan la sikit. tapi tak minat sngt..
BalasPadamsedapnya belinjau... laa jg x mkn.... dulu ms kecik2 kalau ikut mama g tolong kenduri kahwin tuan rumah selalu jamu kopok ni. sy mmg x suka... kdg mrh (dlm hati) dgn tuan rumah sbb hidang kopok ni hahahhaha
BalasPadamalaaaa sedappppnya da lama xmkn :)
BalasPadamSama macam Sha.. Kalau nak beli makanan atau barang yang fragile secara online memang akan baca review terlebih dahulu.. Sha pun suka keropok ini.. Lama tak makan..
BalasPadam