Melvados Honest Treats

Jumaat, April 10, 2026

Ini entri peram lama. Tetapi, saya tetap nak cerita pasal Melvados ni. 

Saya mula-mula kenal dan tahu tentang produk Melvados  sekitar raya haji tahun lepas. Masa tu, saya dan Cekengah dapat jemputan rumah terbuka raya haji keluarga mentua adik lelaki saya.

Kebetulan Cekengah berada di 1U (saya masih panggil OU 😊), saya pesan suruh dia cari sesuatu yang boleh dibuat sebagai buah tangan.

Sambil Cekengah ronda-ronda, dia nampak ramai orang beratur panjang dekat satu booth. FOMO mode is ON! Rupa-rupanya, hari tu official opening outlet Melvados.

Dipendekkan cerita, setelah beratur panjang, Cekengah bawa pulang dua kotak sebegini. Satu untuk dibawa pergi rumah terbuka, satu lagi tentulah untuk kami rasa-rasa! 

Melvados Assorted Cookies.

Tidak pasti sama ada set kotak bentuk suitcase ini available lagi sekarang ataupun cuma untuk opening/seasonal sebab belakangan ini apabila saya lalu depan outlet tu, tak nampak pula set kotak ni lagi. Lagipun kalau beli, saya pilih biskut yang saya suka sahaja.

OK, jom tengok pilihan biskut yang ada di dalam kotak ini. Ada 6 pek semuanya. 

Melvados Biscotti | Brittle | Cookies

Saya senaraikan ikut turutan kegemaran saya ya.

  1. Kopi Biscotti - Manis-manis pahit. Gabungan rasa kopi dan coklat cip memang sedap sangat! Tetapi, kalau kalian bukan penggemar kopi, mungkin biscotti ini tidak akan jadi pilihan utama.
  2. Almond Biscotti - Addictive! Sepotong tak cukup. Rasa kacang badam yang mewah, wangi beraroma.
  3. Almond Browney Brittle - Cookie and brownie in one bite! Satu lagi pilihan biskut coklat badam rangup untuk dinikmati. 
  4. Double Chocolate Chip Cookies - Apa yang kita expect dari double chocolate chip cookies. 😊
  5. Ondeh-ondeh Brittle - Saya suka akan usaha-usaha mengangkat ‘rasa Malaysia’ dalam sesuatu produk but this one is not my cup of tea. Terlalu manis buat saya.
  6. Rainbow Cookies - Anak-anak mesti suka. Coklat warna-warni di atas biskut ni pasti akan pancing selera si cilik! Bagi saya, biasa-biasa saja.


Melvados dah jadi go-to snacks untuk saya lagi-lagi kalau nak jadikan buah tangan, nak pulangkan pinggan jiran. Pembungkusan cantik, dalam sealable pouch. Harga pun berpatutan. 

Selain di outlet,  produk ni ada dijual secara online. Tidak silap saya, ada di Shopee dan TikTok. Cuba-cubalah intai, mana tahu ada yang kena dengan selera kalian.

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.