Menu Sahur - Nasi Lembik Ayam Cajun

Ahad, April 25, 2021

Terliur tak tengok ketulan ayam cajun air fryer saya?Belakangan ni kan ... rasa macam malas sangat nak masak! Saya bilamana penyakit malas tu datang bertandang, sampai ke tahap nak bakar roti pun tak larat! Jadi, otak ni akan laju berfikir untuk masak satu hidangan sahaja tetapi yang lengkap ada protein, karbohidrat dan serat. Malas-malas pun, misi saya untuk makan diet yang seimbang tidak boleh pandang remeh. 

Makanya, menu pilihan saya untuk bersahur baru-baru ini - nasi lembik ayam cajun. Masak nasi lembik dalam periuk nasi. Satu pot beras, tiga ke empat pot air (bergantung kepada hendak lembik macam mana). Kemudian, ayam cajunnya saya sediakan menggunakan air fryer. Senang. Boleh tinggal begitu sahaja. 

Nota: Semua ini saya sediakan sebelah malam ya. Bukannya masa nak bangun sahur tu. Ada yang sampai azan tak sahur sebab nasi lembik belum siap. 😂


Ayam Cajun Buncis dengan Nasi Lembik

Resepi Ayam Cajun Sayur Buncis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250g isi ayam dipotong menjadi ketulan kecil
  • Rempah cajun secukupnya. Bab rempah hendak guna banyak mana bergantung kepada kalian. Tambahan pula lain jenama lain kekuatan rempahnya. Saya guna rempah cajun jenama Meriah, agak-agak sahaja asalkan rempah tu dapat salut ketulan ayam secukupnya.
  • Beberapa tangkai kacang buncis dipotong menyerong
  • Sedikit garam (jika perlu.)

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Gaulkan ayam yang telah dipotong dengan rempah cajun sesuai selera. Perap seketika dalam 10 - 15 minit.
  2. Masak dalam air fryer pada suhu 180 darjah celcius sehingga ayam masak. Tempoh masak bergantung kepada air fryer masing-masing dan saiz ketulan ayam. 
  3. Beberapa minit sebelum ayam betul-betul masak, masukkan potongan kacang buncis. Saya hanya masukkan kacang buncis pada proses akhir memasak kerana tidak mahu sayur tu jadi layu. Perasakan dengan garam jika perlu.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lembik.

Penggunaan garam bergantung pada kalian. Garam boleh diletak siap-siap ketika perap ayam atau sesudah ayam masak. Saya memang sedang cuba mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan harian. Jadi, apabila menggunakan rempah cajun, saya tidak tambah garam lagi. Lagi satu, jangan lupa periksa kandungan rempah cajun yang dipakai. Jika sudah ada campuran garam, tidak perlu tambah garam lagi ya.

Ayam cajun ini boleh juga disediakan tanpa menggunakan air fryer. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (atau jika mahu lebih sedap, gunakan mentega). Goreng ketulan ayam yang telah diperap sehingga masak sebelum masukkan kacang buncis. Jika kalian hendak tambah hirisan bawang besar pun sedap!


Selamat mencuba!

18 ulasan

  1. rempah cajun tk pernah guna...rasa pedas2..best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak. Pedas-pedas tu yang jentik selera 😊

      Padam
  2. Makanan yang ringkas dan pastinya sedap dimakan begitu sahaja. 😃😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu sahur kena ringkas (sebab makan masa mamai)... yang penting mengenyangkan! 😊

      Padam
  3. Simple je. Tapi first time dengar ayam cajun hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rempah cajun ni buat ayam bakar pun sedap 😊

      Padam
  4. Saya seminggu kot bangun sahur tapi x makan.. sediakan je mknn utk anak² mcm x larat nk mkn.. sudahnya bersahur dgn kurma je sambil tgk anak² mkn.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebatlah, Kakmim. Sahur kurma je. Kalau saya, menjelang tengah hari dah jadi ultraman yang dada nyala siren dah tu... 🤣

      Padam
  5. Wah.. Nampak sedap. Tapi buat masa ni tengah pantang ayam. Demi kulit. Asal makan ayam banyak je breakout. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berpantang elok-elok ye. Jangan usik ayam dulu. You can do it! 💪🏼

      Padam
  6. Boleh try nanti ni. Rempah tu dah ada. Jenama meriah juga tapi tak pernah guna.

    BalasPadam
  7. Tak pernah rasanya guna cajun. Masakan macam ni kena masak awal. atau bangun awal. Masak awal macam kak farrah pun okay juga tu. Menyelerakan makan waktu sahur :)

    BalasPadam
  8. stakat ramadhan kali ni saya rasa baru 2/3 kali makan nasik.. memang tak lalu.. at least makan roti ke biskut xpe. hehe..

    BalasPadam
  9. Nasi lembik kalau masa masa bangun sahur memang sampai ke azanlah tak masak.. hehehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.