Ahad, 25 April 2021

Sambal Uleg Finna

Assalamualaikum. Hari ini saya hendak bercerita tentang sambal uleg. Cerita kira-kira pertengahan Mac, tetapi baru nak tulis entri. 😅 Seorang teman lama menghubungi saya. Macam-macamlah yang kami bualkan memandangkan hampir dua tahun tidak bertukar cerita. Dalam pada sembang itu sembang ini, tertimbullah cerita saya dengan Sambal Uleg Finna saya. Suatu masa dahulu, saya memang tidak berenggang dengan sambal ini.

Dah berborak tentang Sambal Uleg Finna, terus kecur air liur dibuatnya. Lama dah saya tidak makan sambal uleg. 

Beberapa hari kemudian, saya dapat kiriman tidak dijangka yang berisi berpaket-paket Sambal Uleg Finna dengan ucapan berbaur usikan - ‘Sekarang semua bisa beli online!’

Alhamdulillah, rezeki! Gembira betul saya dibuatnya. Yalah, dalam pada rindu nak makan Sambal Uleg Finna, saya tak terfikir langsung untuk cari sambal Indonesia ni kat sini.

Okey, jom tengok dulu sambal uleg saya. Uleg atau ulek ni sebenarnya sejenis alat di Indonesia macam alu dan lesung batu kitalah cuma permukaannya lebih lebar. Pernah nampak, kan? Selalu kalau nak buat sambal, memang syok kalau cili dan ramuan lain dilumatkan guna ulekan.

Dari kiri: Sambal Terasi, Sambal Bawang, Sambal Ijo dan Sambal Pedas.

Selain daripada empat jenis di atas ini, terdapat juga sambal rawit (sambal cili padi) dan sambal kemiri (sambal buah keras). Disebabkan saya ini hantu sambal, suka makan pedas-pedas, semua saya suka terutama Sambal Bawang dan Sambal Pedas. Cuma Sambal Terasinya agak manis dan manja buat saya.

Berbalik kepada ada atau tidak sambal saya dijual di sini, memang ada. Tersengih-sengih saya tengok sambal-sambal ini di Lazada dan Shopee. Banyak kedai yang jual. Kalau hendak dapatkan deal terbaik, kena rajin explore sikitlah. Julat harga sepaket sambal kecil sekitar 20g ini dalam RM0.69 - RM1.10, bergantung kepada penjual.

Sambal ini turut dijual dalam botol. Tengok di bawah ini.


Ini pembelian untuk Projek Ramadan Bott. Dia hendak beri pada orang. Saya beli di Finna Food, Malaysia di Lazada. Siap dapat dua pek Sambal Pedas. Itu yang dahulu kami habiskan sebab expiry date bulan 4. 😀

Siapa yang suka makan sambal tu, bolehlah cuba beli dan rasa. Buat bekalan untuk bulan puasa ni pun okey juga. Tak perlu susah payah tumbuk sambal lagi. Stok saya insya-Allah cukup sampai dua tiga bulan lepas raya heheheh.


14 ulasan:

  1. Sekarang dah Lazada dan Shoppe dah mudah dapatkan barang dari luar negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... saya boleh pula tak terfikir tentang hal tu😅

      Padam
  2. wahhh first time tahu pasal sambal ni

    BalasPadam
  3. Terliurnya tengok walaupun tak tahan pedas sangat.. Huhu

    BalasPadam
  4. Kami selalu beli sambal dalam botol tu...sambal terasi. Anak-anak suka sangat.

    BalasPadam
  5. ada jgk staff kt tmpt kerja jual smbal ni. dah 1 paket, tp blom try lg. nmpk mcm sedap

    BalasPadam
  6. Banyak betul jenis sambal.
    ada.

    BalasPadam
  7. Banyak jenis sambal rupanya. Sambal uleg ni tak pernah cuba makan lg

    BalasPadam
  8. wuuu menarik sambal2 dia ni :)

    BalasPadam
  9. Hari tu dah add to cart, tapi tak jadi beli. Takut tak makan pula. Lepas ni nak beli .

    BalasPadam
  10. Memang seronoklah apa yang kita nak boleh dapatkan kat Malaysia je. Senang dah siap jual dalam pek buat stok.

    BalasPadam
  11. wahhhh banyak sambal...sambal khairul aming bila pula? hahahahahahaha #sebabsekarangtengahviral

    BalasPadam
  12. Macam-macam yang boleh dibeli secara online.. menarik pula sambal2 nya..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.