Salam Ramadan ke - 6.
Entah mengapa, pagi tadi liat sangat hendak bangun sahur. Mata ni ibarat ditampal dengan gam! Intai jam, cakap lima minit lagilah. Intai lagi, lima minit lagi. Adalah dalam dua puluh lima minit tangguh waktu bangun.
Dalam pada mata berat tak mahu buka tu, gagahkan diri juga masuk dapur. Saya memang jenis kena sahur makanan berat. Kalau tidak, belum setengah hari dah menggeletar lapar. Buka peti sejuk tengok apa yang ada untuk dimakan. Kebetulan ada nasi lebihan semalam. Ada kobis. Ada pula jagung manis pemberian orang yang saya sudah kikis, asingkan isi daripada tongkolnya dan disimpan dalam peti dingin beku. Jadi, kita buat nasi gorenglah senang.
Fresh dari dalam kuali - Nasi Goreng Jagung Manis.
Tak mengapa. Ini nasi goreng ringkas orang berat mata untuk sahur. Kita guna apa ada, buat mana yang senang. Yang penting, hasil akhir tidak mengecewakan. Janji kenyang dan perut berlapik.
Resepi Nasi Goreng Jagung Manis
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Nasi dingin
- 2 - 3 biji bawang merah dihiris. Tidak masukkan bawang putih kerana dalam mentega yang saya pakai sudah ada bawang putih 😊
- 1/4 biji kobis dihiris halus
- 1 cawan jagung manis
- sedikit lada sulah (dalam 1/2 ke 1 sudu teh sesuai cita rasa)
- 2 sudu besar mentega. Biar semerbak aroma nasi goreng. Jika tiada mentega, marjerin pun boleh juga. Saya gunakan lemon garlic herb butter saya yang pernah saya ceritakan di sini.
- garam secukup rasa
sedapnya! ni kalo buat ank sy suka ni sbb ade jagung.. hihi
BalasPadamYeayyy! Boleh geng dengan your lil’ princess. Suka makan jagung 🤗
PadamHehehe nasi goreng ni makan panas2 letak telo je pun dh sedapp kan
BalasPadamFuh, itu memang nikmat! 😊
PadamSamala saya. Malas macamana pun nak bangun sahur tapi kenangkan diri tu tak larat kalau tak makan makanan berat, gagahkan jugakla diri
BalasPadamKan... akak kagum dengan yang boleh minum air dan makan kurma je utk sahur tu. Dapat kat akak...baru pukul sepuluh dah lemah longlai!
PadamKan. Mana diorang simpan tenaga. I is cannot
PadamAkak pun. Orang lain boleh aktif buat macam-macam, akak dah macam siput gondang habis tenaga. 🤣
PadamFuhh boleh try menu ni
BalasPadamMenu campak-campak ni namanya 🤣
PadamTambah telur goreng lagiiii best hehehe
BalasPadamBetul betul betul! Patut ada telur goreng kan....
PadamAlhamdulillah. Antara menu yang membuka selera.
BalasPadamAlhamdulillah 😊
PadamSedap ni nasi goreng untuk sahur. Panas-panas lagi tu.
BalasPadamPanas-panas tu terbuka lah sikit mata dan selera untuk makan 😊
PadamAlhamdulillah
BalasPadamsedap aje
Alhamdulillah. Bolehlah, wak.
PadamSedap tu.. 😋
BalasPadamAlhamdulillah. 😊
PadamRajin pula masak waktu sahur. Kalau saya makan lauk lebihan berbuka. Kalau malas minum air mineral.
BalasPadamMasak simple-simple je, NA. Kadang-kadang tu lauk berbuka tak sempat bawa ke sahur 😂
PadamDah pernah cuba resepi ni. memang sedap :)
BalasPadamAda jagung lawan dengan butter memang dap dap dap!
PadamBujang dulu Sha memang bangun, minum air lepas tu tidur balik sementara tunggu subuh.. Tapi sekarang ini pukul 4 dah bangun masak nasi.. Kalau sahur tak makan nasi belum pukul 12 dah melepek.. hahaha..
BalasPadamSamalah kita, Sha. Zaman muda-muda dulu sahur setakat teguk air je boleh maintain tenaga sampai buka. Sekarang ni memang jangan bercita-cita tinggi sangatlah nak buat macam tu 😂
Padamok. bolehlah buat utk sahur esok. semua barang ada kecuali jagung. blk opis bleh singgah kejap bazar ramadan cari jagung ;-)
BalasPadamNanti bila makan ingat kat kita tau (saya dan Yuri)😊
Padam